Selepas filem dialek Negeri Sembilan, Gadis Jolobu The Movie, Syarikat Zebra Studio kini dalam proses menghasilkan filem baharu, JanGo.
Menariknya, naskhah ini mengetengahkan budaya Melayu dan Cina untuk tayangan global yang sekaligus, menjadi filem rentas budaya dalam dwi-bahasa pertama di Malaysia, menggabungkan empat pelakon Melayu dan Cina sebagai pemain watak utama.
JanGo iaitu ringkasan untuk Jangan Goyang ialah produksi usaha sama antara Zebra Studio dari Malaysia dan Times Multimedia Innovation Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.
Pengasas dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi, berkata idea menghasilkan filem JanGo dicetuskan dua pelakon utamanya, Khir Rahman dan Joey Daud.
“Ketika penggambaran filem Gadis Jolobu The Movie, Khir dan Joey mengetengahkan idea menghasilkan filem JanGo. Saya tanya apa maksud JanGo, ini kerana saya tidak melihat program realiti yang pernah mereka sertai.
“JanGo adalah nama kumpulan Khir, Joey dan Vicha, mereka pernah diangkat sebagai juara dalam program realiti itu. Dari pada situ, datangnya idea menghasilkan filem JanGo.
“Namun, lebih istimewa kami turut menggabungkan pelakon berbangsa Cina. Untuk JanGo 1.0, kami akan fokus di Malaysia, kemudian, Khir dan Joey akan terbang ke Shanghai, China menjalani penggambaran filem JanGo 2.0.
“Sepatutnya, kami perlu ke China terlebih dahulu disebabkan mempunyai pelabur dari China. Namun, kami belum sempat membuat kajian. Jadi kami terpaksa menghasilkan filem JanGo 1.0 di Malaysia,” katanya.
Tambah Saraleana, JanGo juga mengetengahkan beberapa unsur komedi antara budaya Melayu dan Cina di Malaysia.
Malah, pihaknya teruja menjalin kerjasama dengan syarikat produksi Hong Kong kerana projek itu menonjolkan campuran budaya dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Ads
“Saya mahu pelakon Malaysia diberi peluang mengetengahkan bakat ke luar negara terutama di Hong Kong dan China.
“JanGo dianggap suatu peluang untuk menarik penonton antarabangsa. Dengan pendekatan ini, ia membolehkan kita mencapai matlamat membawa karya dari Malaysia ke peringkat global,” katanya pada majlis pelancaran filem JanGo, baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pengarah Pengeluaran, Syarikat Times Multimedia Innovation Ltd Hong Kong, Tony Leung.
Mengulas tahap keyakinannya untuk menerbitkan filem JanGo 2.0 ketika sambutan terhadap filem sulung masih belum pasti, Saraleana percaya karya komedi mampu diterima baik di mana-mana sahaja.
“Genre filem ini adalah komedi dan aksi. Jadi, ia boleh diterima dengan baik di seluruh dunia.
Ads
“Sebelum ini, jika kita tengok komedi di Malaysia, ia membabitkan Melayu sahaja. Sama juga dengan filem komedi Cina.
“Namun, menerusi filem JanGo, kami mahu campuran komedi Melayu dan Cina. Jadi, pelakon Cina yang dipilih dalam filem ini boleh bercakap dalam bahasa Melayu.
“Joey dan Khir akan bertutur bahasa Cina untuk menceritakan bagaimana kita hidup dengan dua kaum ini.
“JanGo seperti filem Rush Hour yang menggabungkan pelakon Cina dan kulit hitam. Jadi, kami yakin filem JanGo boleh diterima dengan baik,” katanya lagi.
Selain Khir dan Joey, filem JanGo turut mengetengahkan pelakon Cina yang popular di Singapura, Zhang Yaodong dan Chris Tong.
Ads
Bagi Saraleana, gabungan pelakon memainkan peranan penting untuk membawa filem tempatan ke peringkat global.
Sehubungan itu, dia yakin gabungan empat pelakon terbabit boleh membawa filem JanGo ke peringkat lebih tinggi.
“Kalau hendak bawa karya ke peringkat global, kita tak boleh menggunakan pelakon sama. Perlu campur dan ketengahkan pelbagai pelakon dengan pelakon berpengalaman dan baharu perlu seiring,” katanya.
Bakal diarahkan sutradara berpengalaman, CL Hor, filem JanGo mula menjalani penggambaran di Lembah Klang, sejak beberapa hari lalu.
JanGo mengisahkan dua sahabat karib yang bekerja di ladang durian. Suatu hari, mereka membuat keputusan meninggalkan kampung halaman demi kehidupan lebih baik di kota.
Secara tidak sengaja, mereka ditawarkan dua ketua agensi perisikan untuk menjadi ejen rahsia dan melakukan misi ke China.
Susulan itu, kelihatan ramai memuji cara didikan Shuib dan Siti Sarah itu, malah ada juga yang ingin mengikuti cara mereka kepada anak masing-masing.
Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan tindakan Shuib dan Sarah yang merakam perkara itu, serta pemakaian anak mereka yang hanya ber’singlet’ saat membaca ayat suci Al-quran di dalam video tersebut.
Pada MH, apa yang Shuib dan Sarah lakukan itu bagus kerana bukan sahaja ia mengajar anak mereka untuk berusaha mendapatkan sesuatu malah mendekatkan mereka dengan Al-quran juga.
Terdahulu, Shuib dan Siti Sarah baru pulang daripada menunaikan umrah bersama pasangan Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan, baru-baru ini.
Foto/Instagram: Shuib Sepahtu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher tampil menjelaskan kekeliruan di kalangan netizen berhubung video perbandingan saiz perut individu berbadan kurus yang berpenyakit dengan individu berbadan gempal yang kurang komplikasi.
Menurut Dr Mustafa atau sinonim dengan sapaan Pak Long, saiz kantung perut tidak boleh diukur dengan saiz fizikal seseorang.
Ehh ingat kalau korang kurus sihat sangat ke? Tengok ni ada yang kurus badan, tapi perut dia besar lepas tu macam2 sakit ada.
“Salam semua. Pak Long terkejut juga bila Assistant Pak Long @rafeahariffin inform video Pak Long jadi viral kat Twitter.
“Ramai yang tak puas hati cakap tiga-tiga perut tu perut besar, atas 100kg, kena kecam sebab semua perut tu perut orang yang obes. Tapi ada juga yang sokong, ada jugak yg samakan perut dgn makanan viral tong mo tu, macam-macam netizen ni.
“Biar Pak Long explain. Ada yg tanya kenapa tiga-tiga perut tu nampak mcm sama je. Apa yang Pak Long tunjuk adalah contoh. Actually, kalau tgk secara dekat, perut yang 101kg bersaiz lebih besar.
“Realitinya pula skrg, ada yg berat badan cuma 60 atau 70 kg tapi kantung perut tu lagi besar dari org berat 100 kg. Bahaya tu!
“Selalunya kita ambil kira kombinasi berat badan & ketinggian (BMI). Bacaan BMI mempengaruhi ye. kiraan dari segi BMI, mengukur tinggi dan berat, paling ringan itu secara luaran nampak kecik mungkin kerana dia sgt tinggi orangnya,” jelasnya.
Dr Mustafa pada masa sama turut mendedahkan, saiz perut tidak boleh diukur secara fizikal melainkan melalui kaedah pembedahan.
“Ada juga yg tanya, kenapa ada yg makan banyak, tapi kenapa berat badan masih maintain tak naik. Perkara Ini dipengaruhi dengan cara makan, waktu makan, jenis makanan, lifestyle, dan banyak faktor sebenarnya.
“Kemudian ada yg tanya mcm mana nak ukur perut sebenarnya. Mmg tak boleh nak ukur perut secara fizikal. Cara seperti X-ray or CT scan boleh tengok size tapi hanya agak2 sahaja, the actual size tu tak dapat diketahui. Hanya ketika pembedahan, barulah dapat tahu, ketika itu akan dilakukan measurement.
“Harap jawapan Pak Long dpt membantu mereka yg tak faham. Jadi, cost pembedahan bukan tertakluk kepada berat badan seseorang. Kurus ke plus size ke, semua kena check dulu dan Pak Long charge pun package price tak pakai timbang kati ya,” tulis Dr Mustafa yang pernah membuat rawatan bariatrik kepada pelawak Angah Raja Lawak dan penyanyi Aisyah.
Penyanyi, Avril Lavigne akhirnya memberikan komen mengenai konspirasi teori yang dicipta oleh netizen 15 tahun lalu bahawa dia sudah meninggal dunia.
Teori itu mula diperkatakan pada tahun 2003 setelah kematian datuknya memandangkan penyanyi lagu Complicated itu sangat rapat dengan mendiang.
Dalam teori itu juga mengatakan bahawa setelah bintang tersebut dikatakan membunuh diri kerana kemurungan setelah kehilangan datuknya, ada pihak lain yang berwajah serupa telah menggantikan tempatnya, dikenali sebagai Melissa Vandella.
Memandangkan ketika itu nama Avril berada di puncak membuatkan Melissa mengambil tempat Avril untuk meneruskan populariti Avril ketika itu.
Bagaimapun, teori tersebut kembali hangat diperkatakan pada tahun lalu apabila ada netizen memberikan bukti-bukti ‘kukuh’ bahawa Avril sebenar sudah mati menerusi foto sebelum dan selepas penyanyi tersebut.
Antara bukti-bukti yang dikemukakan netizen adalah dari segi stail pemakaian yang lebih feminin, tulisan tangan dan juga lirik lagu dalam album terbarunya Under My Skin yang menunjukkan seolah-olah teori yang diperkatakan sebelum ini adalah benar.
Sepanjang masa netizen berbicara mengenai perkara ini, Avril tidak pernah menjawab perkara tersebut sehinggalah dalam temu bual di stesen radio Australia, KISS 1065 baru-baru ini.
“Ada orang ingat saya bukanlah diri saya yang sebenar dan itu sangat pelik, kenapa mereka boleh berfikiran sedemikian?,” katanya.
Sebelum ini, penyanyi lagu When Your Gone itu menhilangkan diri daripada industri seni selama lima tahun kerana bergelut dengan masalah kesihatan iaitu penyakit Lyme.
Sumber: E News!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!