Meskipun terpaksa kerap berulang alik dari Sweden ke Malaysia, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan hubungan jarak jauh bukanlah satu masalah buat dirinya dan suami, Michael Hansen.
Menurut Sakinah, selain memberikan sepenuh kepercayaan terhadap pasangan, dia dah suami juga enggan terlalu memikirkan mengenai perkara-perkara remeh.
“Bercakap soal kepercayaan pun macam tak guna kalau kita tak percaya dengan pasangan kita. Ketenangan itu yang paling penting.
“Apapun, kita kena ingatkan diri kita sendiri dahulu. Jangan hanya mengharapkan pasangan nak kena percaya dan nak call sentiasa.
“Diri sendiri kena tahu tanggungjawab dan dia pun tahu tanggungjawab dia. Bagi saya ketenangan itu datang dari situ,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia dan suami tidak terlalu meletakkan harapan yang tertinggi diantara satu sama lain sebaliknya mereka bersyukur dengan kehidupan yang sedang dijalani ketika ini.
Ads
“Saya tak mahu energi hubungan jarak jauh ini hanya dihabiskan dengan bergaduh. Kalau kita asyik sibukkan fasal bila kita nak jumpa, bila nak ada baby atau nak hidup macam keluarga orang lain, dekat situ sahaja kita dah habis masa.
“Kami hanya mahu menikmati masa sekarang tanpa perlu terlalu risaukan masa hadapan atau lampau. Saya dah penat dah.
“Walaupun orang nampak saya ini merupakan seorang yang dramatik, tapi di fikiran saya tidak. Kalau fikiran saya pun dramatik, rasanya habislah hidup saya. Saya akan terkesan dengan apa netizen cakap. Kalau jadi sebegitu, sedihlah hidup saya.
“Saya tak mahu ada perasaan sebegitu. Saya mahu sentiasa tenang dan gembira dalam hidup. Saya juga bersyukur dengan apa yang saya miliki ketika ini. Jauh atau tidak, yang penting kita gembira,” kongsinya lagi.
Ads
Bercakap soal zuriat pula, Sakinah memberitahu, dia dan suami masih lagi belum ada perancangan.
“Kalau saya hamil, saya memang inginkan perhatian yang lebih. Saya mahu suami dan anak ada di sisi saya. Walaupun bunyinya agak sell fish tapi itulah hakikatnya.
“Saya mahu kedua-duanya dekat dengan saya. Jadi, perkara itu saya tak boleh dapat dalam kehidupan saya.
“Jadi, kami belum ada perancangan untuk mengenai soal zuriat. Keluarga belah suami pun tiada bertanya. Mereka tak macam orang kita dan tak terlalu terbuka,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, pemilik nama penuh Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu memberitahu dirinya kini kerap berulang alik daripada Sweden ke Malaysia untuk bertemu dengan anaknya yang kini sedang membesar.
Ads
Meskipun penat, namun, dia menyifatkan perkara tersebut sebagai pengorbanan yang harus ditempuhinya bersama suami.
Terdahulu, pada Februari lalu, Sakinah mengumumkan dirinya telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Sweden, Michael Hansen.
Sekadar informasi, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha Jamil sekitar tahun 2015 sebelum bercerai pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seornag anak perempuan Anais Adha kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Sharifah Sakinah & Michael Hansen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Apa yang saya muat naik di lama Instagram itu adalah diri saya yang sebenar. Macam mana yang peminat saksikan di dalam laman sosial, begitu juga saya di luar.
“Saya pakai apa yang saya rasa nak pakai. Komen negatif itu normal. Sebab itu saya tutup ruangan komen.
“Dari orang bercakap buruk, lebih baik saya tutup komen. Saya tidaklah stress kalau nak baca komen-komen melampau, sebab saya pun tak kenal mereka.
“Tak beri efek, cuma saya selesa kalau ada yang memikirkan bahawa masing-masing lebih baik buat hal sendiri mungkin? Semua orang ada cara mereka sendiri,” katanya yang lebih dua tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.
Scha ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Juliet terbitan Zeel Productions.
Memegang watak Lily, Scha sekali lagi membawakan watak antagonis.
“Saya gemarkan watak sebegini kerana ia memberi cabaran kepada saya.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan tenaga produksi drama bersiri Juliet kerana ia memberi banyak pengalaman yang baik,” katanya lagi.
Bakal disiarkan di RTM September depan, Juliet diarahkan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Drama bersiri ini turut membariskan pelakon hebat lain seperti Redza Rosli, Rita Nadira, Rozita Che Wan, Haliza Misbun, Azza Elite, Sofia Ibrahim, Louisa Chong dan ramai lagi.
Foto: Instagram Scha Elinnea
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal bersama suaminya Aeril Zafrel antara pasangan selebriti yang sering mendapat perhatian ramai.
Keakraban yang dijalinkan sebagai suami isteri menjadikan mereka utuh dan bahagia sehingga hari ini.
Malah, hari ini juga genap ulang tahun perkahwinan mereka yang kelapan.
“Hidup kita ini terlalu pendek jika ukurannya hanya dunia, kerna itu marilah bersamaku memperpanjangkan hubungan kita dalam kasih sayang yang sejati bersama anak2 permata hati dengan memilih akhirat tujuan utama. @w4w4_zainal,” tulis Aeril sambil disertakan foto throwback.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kebahagian pasangan itu.
Untuk rekod, Aril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 7 tahun, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 tahun dan Aya Soffya, 8 bulan.