Selepas muncul menerusi single berjudul Keliru hasil kolaborasi bersama rapper muda, Lil J, penyanyi, Ara Johari tidak mengambil masa lama untuk melancarkan single terbarunya yang bertajuk Sumpahan Salju.
Menurut Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, karya ciptaan Ziin, manakala lirik oleh Jerry ini sebenarnya mengangkat kisah dongeng popular dunia ‘Show White’.
Katanya lagi, lirik-lirik yang diketengahkan juga banyak berkait rapat dengan kisah dongeng rakyat tersebut.
“Sumpahan Salju adalah sebuah adaptasi dari cerita dongeng kanak-kanak yang popular iaitu ‘Snow White’, dan kalau pendengar amati bait-bait liriknya, pasti mengerti dengan jalan cerita lagu ini.
“Saya sebenarnya gemar dengan melodi-melodi yang unik, dan lagu ini nyata berbeza daripada ‘genre’ yang pernah saya bawakan sebelum ini. Cuma pada kali ini, saya mahu mencuba sesuatu yang baharu serta berbeza dan tidak pernah terjangka oleh sesiapa,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Ara turut mendedahkan Sumpahan Salju turut mencabar dirinya untuk keluar daripada zon selesa terutamanya daripada aspek pemilihan fesyen yang ditonjolkan di dalam muzik video.
Ads
Demi memberikan kelainan, muzik video lagu Sumpahan Salju ini juga menerapkan elemen Jawa dan Barat yang belum pernah dicuba Ara sebelum ini.
“Saya sentiasa cuba memperbaiki penampilan diri dari segi berfesyen agar sejajar dengan perkembangan muzik yang saya bawakan. Bukanlah berubah seratus peratus, saya masih Ara, cuma lebih ‘up-to-date’.
“Bersesuaian dengan jalan cerita kisah dongeng serta konsep ‘single’ Sumpahan Salju, ia juga memaparkan sesuatu yang istimewa dengan menerapkan konsep tradisi Jawa dan Barat yang tidak pernah terlihat sebelum ini.
Ads
“Saya juga memainkan tiga watak yang berbeza dalam MV ini, dan kalau hendak tahu lebih lanjut, kena lah tonton!” kongsinya lagi.
Tambahnya lagi, meskipun kini dia sibuk mengurus perniagaan restorannya, namun, kerjayanya sebagai penyanyi tetap diberikan keutamaan.
Ads
“Alhamdulillah perniagaan saya semakin berkembang dengan tertubuhnya cawangan di Klang, tidak menang tangan dibuatnya!
“Namun begitu, kerjaya sebagai penyanyi tetap nombor satu. Ceritanya begini, ketika itu saya berada di studio muzik bagi mendengar ‘material’ baru daripada abang Zimi (Ziin) dan terus terpikat dengan melodi Sumpahan Salju yang memaparkan muzik tradisional Jawa yang dimodenkan.
“Setelah itu, kami memulakan sesi rakaman dalam kadar yang agak pantas, ia mengambil tempoh kurang dari tiga jam sahaja, manakala selebihnya abang Zimi yang bertanggungjawab melakukan proses adunan bagi mempercantikkan lagi bunyi lagu tersebut,” ujarnya lagi.
Terdahulu, lagu Sumpahan Salju kini sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman digital manakala muzik videonya pula juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebak. Itu yang dapat diungkap apabila usahawan Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi video di Instagramnya sebentar tadi.
Video sedih yang dikongsikannya itu melihatkan DSV menziarahi pusara anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrri Zikri.
“SIAPA YG KEHILANGAN MRK YG TERSAYANG BARU RASA..BAGAIMANA SAKITT..PEDIH..DERITA..
“Mereka sangat rapat..Akrab..Bersemadi dalam 1 LIANG LAHAT..SY REDHO PEMERGIAN 2 PUTERA SAYA. DALAM TRAGEDI MUSIBAH 6 TAHUN LALU..
“MASIH DALAM INGATAN.. 25 Ramadan..Malam yg mrk nak Jumpa Lailatul Qadar..Kuat rindu..inagatan pada mrk..sangat sangat..
“SEHINGGA SAYA MOHON PADA ALLAH..KELUARKAN MEMORI BERSAMA MEREKA …HAZAB MENANGGONG RINDU PADA YG DAH PERGI..
“NAMUN PERGI 2 PUTERA ADA ISYARAT YG SY TAK NGERTI..KEPOLAN ASAP & MATA YG BESAR KEARAH SAYA PADA MALAM NIFSU SAABAN DI MEKAH DEKAT HOTEL CLOCK TOWER..DISAKSIKAN PA SAYA..36 HARI LEPAS KEJADIAN PELIK ITU.. PUTERA SAYA DI JEMPUT ILAHI.
AL FATIHAH YE KPD MUHAMMAD EDDIE ZUHDIE & MUHAMMAD EDRRI ZIKRI,” tulis DSV menziarahi pusara anaknnya di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh.
Berlatarbelakangkan lagu Rapuh, nyanyian Opick, video tersebut telah mendapat lebih 50,000 tontonan.
Untuk makluman, Allahyarham Eddie dan Edrri terkorban dalam insiden yang membabitkan kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru pada tahun 2013.
Video : IG Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dua tahun tidak bertegur sapa, akhirnya Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie sudah pun kembali berbaik semula di antara satu sama lain.
Pertemuan kedua-dua pelakon itu dikongsikan pendandan rambut selebriti, Ridzokimura menerusi laman Instagramnya. Ia sekali gus dilihat menjernihkan hubungan di antara dua pelakon ini.
Menerusi video pendek yang dikongsikan itu, Fathia dan Zarina mendedahkan mereka sudah dua tahun tidak bertegur sapa selepas ditanya.
Malah, Ridzokimura turut mendedahkan Fathia berhasrat untuk mengajak kawannya itu untuk belajar ilmu agama bersama-sama.
“Dulu diaorang bergaduh kaw-kaw. Sekarang dah berbaik. Dah ‘bercium mulut’ dah. Alhamdulillah, berapa tak berkawan? Dua tahun.
“Sekarang hari ini baru berjumpa. Fathia nak ajar Anju agama. Betul tak Fathia? Alhamdulillah, bagus dia orang,” kata Ridzokumura.
Meninjau ke ruangan komen posting yang sudah mendapat tontonan lebih 30,000 kali itu, rata-ratanya memberikan respon positif terhadap perkembangan tersebut.
Malah, ada yang tumpang gembira dan mengharapkan agar apa yang berlaku sebelum ini dapat dijadikan pengajaran.
Terdahulu, hubungan Fathia dan Zarina tidak berapa baik sekitar dua tahun lalu selepas keduanya berdepan konflik di dalam hubungan persahabatan.
Foto: Instagram Ridzokumura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan Hari Bapa hari ini, usahawan Safiey Illias ada menitip ucapan buat bapa tercinta.
Malah, perkongsian Safiey atau mesra disapa Syinta itu telah mendapat ribuan tanda suka (likes).
“Selamat Hari Bapa untuk ayah syinta®️yang tersayang . Maafkan apit jika ada mengguris perasaan ayah .
“Maafkan apit sebab lama x balik kampung 2 tahun sebab pentingkan lelaki .
“Terima kasih ayah besarkan apit dan selalu doa untuk apit jadi anak pandai , sampai UPSR apit dapat 5A, PMR apit dapat 8A , SPM apit dapat 8A1B+ .
“Terima kasih sebab doa apit jadi kaya dan pandai dalam bisnes . Memang tak terhitung nk balas jasa ayah . Semoga ayah terus berdoa untuk apit .
“Maafkan apit jika dlu apit banyak pakai sexy dan buat video sexy tunjuk punggung apa semua .
“Sejak apit balik kampung apit rasa mcm banyak kesalahan yg apit nk betulkan,” kongsi Safiey.
Dalam pada itu, Safiey berjanji mahu membawa kedua ibu bapanya mengerjakan Haji pada tahun depan.
“Apit janji bawak mak dan ayah pergi Haji tahun depan bersama apit sekali . Apit harap ayah happy apit dh potong rambut pendek .
“Terima kasih ayah yang selalu apit nangis untuk lepaskan stress walau ayah tak tahu pun apa masalah apit . APIT SAYANG AYAH !!,” akhiri Safiey yang popular dengan lagu Syinta Gila.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap perkongsian usahawan itu.
Foto: IG Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
RPM Beri Amaran: Henti Jual Rakaman Haram Konsert Wings!
Pengarah Urusan Rumah Produksi Merah (RPM), Datuk Eddy Amir Salim, memberi amaran keras kepada pihak tidak...