“Saya Maklumkan Supaya Tak Ada Yang Ambil Kesempatan Cuba Kaitkan Saya Menuduh Jadi Punca Klauster Tertentu,” – Jalani Kuarantin, Ini Reaksi Datin Seri Shahida

Share

Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Alif Syukri, Datin Seri Shahida mendedahkan kini sedang menjalani tempoh kuarantin selepas didapati ada melakukan kontak rapat sama adik serta adik iparnya yang baru-baru ini telah disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, menurut Shahida, setelah dua kali menjalani ujian seraingan Covid-19, dia bersyukur kerana kedua-dua keputusannya negatif.

 “Assalamualaikum, saya sekarang tengah menjalani kuarantin di rumah memandangkan adik saya dan isterinya positif covid-19. Isterinya merupakan seorang JURURAWAT dan dia juga mendapat jangkitan Covid-19 daripada pesakit yang dirawat.

“Alhamdulillah dah 2 kali saya swab test iaitu pada 30/11 dan yang terbaru semalam 3/12 dan kedua-duatest PCR saya negatif.

“Hanya saya seorang saya yg dikuarantin kerana saya sahaja kontak rapat yang berjumpa dgn adik saya dan isterinya. Suami saya @aliffsyukriterlajaklaris dan anak-anak saya tidak berjumpa mereka,” tulisnya di Instagram.

Jelas ibu kepada lima orang anak itu lagi, tujuannya memaklumkan mengenai perkara tersebut adalah supaya orang ramai tidak tersalah anggap dan dia kini hanya dikehendaki untuk memakai gelang berwarna putih.

“Sabtu 28/11 saya jumpa mereka dan 30/11 mereka telah disahkan positif, saya sendiri telah mengambil inisiatif untuk kuarantin dan menjalankan swab test. Sementara menunggu KKM menghubungi saya sebagai kontak rapat.

“Saya maklumkan supaya tak ada pihak-pihak yang megambil kesempatan cuba mengaitkan saya menuduh menjadi punca kluster-kluster tertentu. Saya pakai gelang tapi bukan gelang pink tapi gelang putih ok, gelang ada 5 warna. Ikut stok dan daerah tak silap.

“Saya juga tidak mendekati/menyentuh anak2 saya juga…..walaupun sedih tgk anak-anak nangis-nangiskan tapi keselamatan mereka lebih penting.

Dalam pada itu, Shahida turut menyeru orang supaya tidak meminggirkan pesakit Covid-19 memandang perkara tersebut adalah di luar kawalan manusia.

“Doakan adik saya @shaiful_rashid dan isteri @ainilameera yang berada di Hospital Sg Buloh kembali sihat.Kita doakan semua juga mereka yg dijangkiti covid segera sembuh.

“Covid bukan satu jenayah untuk kita sisihkan mereka juga bukan musibah kepada sesiapa yang kena. Pandang dari sudut yang baik adalah ujian Allah kepada hamba-hamba yang dia sayangi,” kongsinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar semuanya baik-baik sahaja buat Shahida dan juga keluarga.

Sumber: Instagram Datin Seri Shahida

Published by
Aizam Manaf