Uncategorized

‘Saya Malas Untuk Komen Panjang Lebar’- Respon Kamal Berkaitan Kenyataan Emma

Share

Semalam, MH ada melaporkan bahawa pelakon,Emma Maembong kecewa apabila membaca tajuk surat khabar tempatan mengenai hubungannya dengan Kamal Adli.

Berikutan itu, pastinya Kamal turut menerima tempias memandangkan namanya dikaitkan dalam laporan berita tersebut.

Bagaimanapun, dia ketika dihubungi Kosmo Online enggan memberikan komen lanjut mengenai isu tersebut yang dianggap perkara tidak berkesudahan itu.

Katanya, dia ingin mengelakkan memberi kenyataan yang sia-sia berkenaan hubungan percintaan mereka berdua sebelum ini.

“Pengakuan itu keluar daripada mulut Emma dan saya pun tidak begitu pasti tentang kesahihannya. Cerita seperti ini sudah keluar banyak kali dan berulang kali. Saya malas untuk komen panjang lebar.

“Kalau saya terus fikir, buat serabut kepala sahaja. Lebih baik berdiam diri dan kalau ada perkara serius yang boleh dikongsi, saya sendiri akan tampil memberi keterangan,” katanya kepada Kosmo.

Berdasarkan pemerhatian MH, hubungan kedua-dua pelakon itu masih baik walaupun dikhabarkan putus cinta hujung tahun lalu.

Selain itu, netizen juga masih mengharapkan Emma dan Kamal kembali menjalin hubungan namun sehingga kini kedua-duanya masih berdiam diri mengenai status hubungan mereka.

Bagi MH, kalau ada jodoh tak kemana kan? apa-apapun, MH doakan agar Kamal dan Emma jumpa bahagia yang dicari.

sumber: Kosmo Online

 

Published by
MH