Legenda NFL yang juga pengulas sukan, Shannon Sharpe secara tidak sengaja telah menyiarkan siaran langsung dirinya sedang melakukan hubungan intim dengan seorang wanita di Instagram.
Walaupun begitu, saat sesi siaran langsung terjadi, paparan video bukanlah menampakkan dirinya sedang melakukan aksi seks sebaliknya kedengaran bunyi aksi bersama temannya itu.
Susulan insiden itu menjadi tular, Shannon pada mulanya menjelaskan kepada umum bahawa akaun Instagramnya digodam. Namun tidak lama kemudian dia mengakui bahawa akaun Instagramnya tidak digodam.
Namun kesalahan adalah pada dirinya yang tidak begitu mahir dengan fungsi Instagram Live di aplikasi media sosial popular itu. “Saya tidak pernah buka fungsi IG live jadi saya tidak tahu bagaimana ia berfungsi,” ujarnya
Bekas pemain NFL itu memohon maaf atas kejadian yang berlaku dalam satu siaran podcastnya.
“Jelas sekali saya malu. Saya merupkan seseorang yang sangat peribadi dan kini mempunyai salah satu perkara yang paling intim didengari oleh dunia, saya malu kerana beberapa sebab,”katanya.
Walaupun menyampaikan kenyataan dengan nada bergurau tentang kejadian itu dan kekurangan pengetahuan teknologinya, dia mengakui bahawa dia telah mengecewakan ramai pihak.
Mengimbas kembali saat insiden memalukan itu terjadi, Shannon menyedari kesilapannya itu apabila dia menerima banyak panggilan dan juga mesej daripada mereka yang cuba memberitahu dia sedang bersiaran langsung tanpa sengaja. Menurutnya, ketika itu jantungnya terasa soalah-olah jatuh berderai.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan