Dah lama MH tak dengar berita mengenai Kilafairy. Dengar cerita, lagu duetnya dengan artis antarabangsa dah keluar.

Apa yang MH dengar, percubaan Kilafairy ingin menembusi pasaran antarabangsa adalah melalui lagu duetnya dengan Sean Kingson dan DJ Aku Ash bertajuk ‘Put The Word In’.

IKLAN

Kata Kila, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada syarikat pengurusannya, Paranormal mengenai lagu tersebut.

“Saya masih bayi dalam industri nyanyian dan kolaborasi ini merupakan perkara terbesar pernah berlaku dalam hidup saya.

“Ya, memang saya meletakkan harapan yang tinggi untuk lagu ini ke peringkat antarabangsa.

“Saya sudah melakukan yang terbaik dan seikhlas hati malah style tarian yang lain daripada lain pun akan dipertontonkan dalam muzik video ini.

“Selebihnya, saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk atur strategi mempromosikann lagu ini,” katanya.

Bagi MH, setiap orang ada impian masing-masing dan kini Kilafairy sedang mengejar impiannya untuk bertatih sebagai penyanyi di arena antarabangsa.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu doakan kejayaannya. Mana tahu, kalau popular lagu tu, nama Malaysia juga yang dikenali kan?

sumber: Awani