Bersyukur diberikan Allah kesempatan untuk kembali bertemu bulan yang penuh keberkatan buat umat Islam itu, penyanyi Ameng mengakui Ramadan kali ini istimewa apabila dia turut berpeluang mendekati peminat dengan buah tangan terbaru.
Muncul dengan lagu raya berjudul Aidilfitri Yang Ku Rindu, ia pastinya menjadi hadiah berharga buat peminat yang sentiasa menanti kemunculan terbarunya.
Menurut Ameng, lagu itu juga menjadi simbolik silaturahim antara dirinya dan peminat kerana ia dihasilkan oleh peminat setia yang mengikuti perjalanan karier seninya sejak bersama Spring lebih tiga dekad lalu, dikenali sebagai Rash.
“Memang saya pernah merakamkan lagu raya, tetapi usaha sebelum ini tidak memberikan kepuasan jitu kepada diri saya sebagai penyanyi. Dalam projek itu, saya berganding bahu dengan barisan penyanyi popular yang bernaung di bawah pengurusan Sony Music Entertainment, sedikit masa lalu.
“Secara peribadi, saya melihat ada ruang baharu untuk saya teroka kerana saya masih belum mempunyai lagu raya yang betul-betul popular. Di samping itu, saya juga ingin kembali mendekati peminat yang mungkin merindui kemunculan terbaru saya.
“Saya ambil peluang itu dengan merakamkan lagu raya kerana mahu memberikan sedikit kelainan. Secara tidak langsung, usaha saya itu turut memberikan lebih pilihan kepada peminat, selain menambah khazanah komposisi lagu raya baharu untuk dinikmati pencinta muzik,” katanya.
Aidilfitri Yang Ku Rindu masih mengekalkan genre muzik yang sinonim dengan dirinya iaitu pop balada.
“Sebagai peminat fanatik kumpulan Spring, Rash sangat memahami cara nyanyian dan genre lagu yang saya hasilkan ketika bersama kumpulan itu.
“Untuk memastikan sentuhan ini memenuhi kriteria yang saya inginkan, saya turut memberikan idea dari segi komposisi melodi kerana saya mahukan keselesaan ketika rakaman.
Ads
“Dengan pengalaman yang ada, saya dan Rash berkongsi idea serta mencari titik tengah kerana mahukan proses penghasilan lagu ini memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak,” katanya.
Ameng juga percaya, lagu ini bakal menjadi pilihan peminat setia yang merindui kemunculan terbarunya, meskipun dia menghadirkan karya yang sedikit berbeza.
“Kebanyakan lagu raya menyuntik elemen nostalgia dan kemelayuan dengan mengetengahkan genre muzik tradisional dan seperti asli, joget serta keroncong.
“Saya pula memilih untuk tampil dengan genre balada kerana muzik seperti itu adalah cerminan jiwa saya,” katanya lagi.
Sebagai penyanyi yang sudah lama bertapak, dia juga begitu teliti dalam pemilihan lagu. Namun pada satu sudut, dia juga perlu mengimbangi antara kemahuan peribadi dan kehendak peminat.
Ads
“Saya perlu akur dengan selera peminat, tetapi pada masa sama cuba menghasilkan karya yang mengikut peredaran zaman, tanpa mengetepikan identiti muzik yang sinonim dengan diri.
“Pada asalnya, melodi lagu ini kedengaran sangat berbeza dengan apa yang dirakamkan.
“Memandangkan saya agak teliti dalam pemilihan lagu, saya tidak kisah mengambil sedikit masa untuk memastikan lagu ini memenuhi kriteria yang saya inginkan.
“Kerja penghasilan lagu ini mengambil masa hampir setahun kerana ia melalui beberapa proses tambah baik. Hanya selepas betul-betul berpuas hati, baru saya mengambil keputusan untuk merakamkannya,” katanya.
Tidak menafikan, tempoh promosi untuk lagu raya agak terbatas memandangkan ia hanya diputarkan pada musim perayaan.
Ads
Ameng bagaimanapun yakin, Aidilfitri Yang Ku Rindu bakal bertahan, seterusnya menjadi pilihan peminat setiap kali lebaran menjelma.
“Aidilfitri Yang Ku Rindu mempunyai nilai sentimenal yang tersendiri dan saya percaya, ia mampu merentas sempadan masa untuk terus menjadi pilihan peminat setiap kali musim perayaan tiba.
“Saya berharap pencinta industri muzik bersikap lebih terbuka dan terus memberikan sokongan terhadap karya terbaru saya, meskipun lagu raya nostalgia lebih mendapat tempat kerana sudah sebati di pendengaran ramai.
“Lagu baharu akan tetap ada kerana sebagai pengkarya, kami perlu sentiasa mencuba dan menghasilkan karya untuk terus memajukan industri muzik.
“Secara peribadi, saya tidak terlalu mengharapkan penerimaan yang luar biasa, tetapi saya percaya sudah memberikan yang terbaik seperti yang dimahukan peminat,” katanya.
Aidilfitri Yang Ku Rindu boleh didengari menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Janna Nick berang apabila salah seekor kucing peliharaaanya didapati mengalami kecederaan pada bahagian badan selepas mendakwa dihalau jiran dari kawasan kejiranannya.
Janna,27, turut meminta pandangan ramai untuk membuat laporan dan kejadian tersebut terdahulu telah dimaklumkan oleh adiknya.
“Kita boleh report tak kalau jiran kita pergi… tak tahulah kalau cucuh rokok ke kat kucing aku sampai bulu tercabut macam tu. Siap ugut kata nak sembelih kucing kita. Korang rasa boleh report tak macam ni? Aku geram sangatlah,” luahnya.
Perkongsian tersebut dibuat bekas hos Melodi ini menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Menerusi status seterusnya, Janna turut memuat naik kesan cedera yang dialami kucing berkenaan.
“Tak fahamlah aku macam mana boleh ada jiran macam ni. I kan jarang dekat rumah. So i rasa kucing ni selalu pergi rumah dia. Tu yang dia nak warning.
“Dulu dia pernah simbah air dekat kucing i, sampai basah. Tapi kalau basah air tu kita fahamlah. Kalau sampai tercabut bulu kucing aku tu. Dah kenapa?
“Tu tak tahu cabut ke… sebab dia merah-merah. Takut bakar ke apa ke. Kenapa jadi macam tu? Tak baiklah buat macam ni, aku marah betullah.
“Dia jerit dekat sebelah. Shushh… shushh… i sembelih kucing you. Adik akulah cerita, so aku tak tahulah kejadian dia macam mana,” katanya lagi.
Janna bagaimanapun faham sekiranya ada individu yang tidak selesa andai bintang peliharaan jiran memasuki kediaman jiran lain. Namun dia cuba yang terbaik dengan menyediakan jaring.
Dia pada masa sama turut menjelaskan, kucing berkenaan yang belum cecah setahun usianya itu sedikit agresif berbanding dua kucing belaannya yang lain.
“I faham orang akan marah kalau I as a neighbour, kenapa jiran punya kucing masuk dalam rumah. Saya faham je dan we tried our best untuk tak nak kucing kita pergi sana. Kita letak net (jaring) dekat pagar,” katanya.
Pelakon Cari Aku Di Syurga ini juga turut meminta bukti sekiranya kucing berkenaan di dapati membuang najis di kediaman jiran.
Atas situasi yang berlaku, Janna turut sambil menangis memaklumkan keadaan kucingnya yang kini seolah-olah ‘trauma’ dengan manusia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas 10 minggu bersiaran, Mentor Milenia 2019 telah melabuhkan tirai dengan menobatkan Apex Tajudin sebagai juara pada pentas akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam ini.
Kemenangan tersebut melayakkan protege kepada Hazama itu membawa pulang wang tunai RM100,000, dua buah motor Benelli RFS 150i dan sebuah trofi.
Berbekalkan dua persembahan menerusi lagu Merisik Khabar dan duet bersama mentornya menerusi lagu Fantasia Bulan Madu & Langit Dan Bumi, Apex telah menewaskan tiga protege lain untuk menjulang gelaran itu.
Bintang sinetron dan penyanyi popular, Marshanda dalam satu video di laman YouTube miliknya telah berkongsi mengenai isu mengapa dia kini berada di Amerika Syarikat. Selebriti yang terkenal dengan nama manja, Caca, sedang mengikuti terapi Ketamin bagi membantu masalah tekanan yang dihadapinya.
Dia yang disahkan menghidap penyakit gangguan bipolar sejak zaman remaja lagi sebelum ini mengambil pelbagai ubat-ubatan seperti antidepressant dan ubat tidur untuk memastikan mindanya boleh berfikir seperti sediakala.
Menerangkan dengan lebih lanjut mengenai terapi itu, Marshanda berkongsi dengan lebih lanjut kepada umum. “Jadi ketamin tidak ada di Indonesia, maksudnya ketamin merupakan bahan yang haram di Indonesia. Sepanjang menjalani terapi ini di Amerika Syarikat, saya menjalani teripi ketamin yang dilaksanakan oleh doktor. Jadi ada ahli psikiatri yang akan memantau bagi memastikan proses terapi ini berjalan lancar.
“Jadi saya disuntik dengan cairan ketamin yang dicampur dengan cairan saline dengan dos yang cukup dan tidak berlebihan. Tujuan utama terapi ini adalah untuk meredakan tekanan, untuk membantu saya berhubung dengan diri saya sendiri,” ujarnya.
Terapi ini masih belum diterima dan dilabel haram dibanyak negara kerana bersangkut paut dengan penggunaan bahan iaitu ketamin yang disenaraikan sebagai dadah berbahaya.
Wanita anggun ini berkongsi lagi, “Saya mendapatkan nasihat dari dua ahli psikiatri, satu di Indonsia dan satu di Amerika Syarikat. Jadi ahli psikiatri di Amerika Syarikatlah yang mencadangkan kepada saya untuk melakukan terapi ini. Jadi setelah saya melakukan kajian, ternyata terapi ketamin diambil oleh mereka yang sedia memiliki depresi dan melalui segala perubatan dan kaunseling namun masih merasakan tekanan. Jadi ketamin membantu, dan di Amerika Syarikat terapi ini dijalankan di banyak lokasi. Saya memilih sebuah klinik di New York untuk melakukan terapi ini.”
Marshanda sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan Ben Kasyafani pada tahun 2011 sebelum bercerai pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada tanggal 22 Januari 2013.
Walaupun sudah bercerai hubungan Marshanda dan keluarga baharu bekas suaminya akrab dan sikap positif tersebut mendapat pujian ramai.
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada Isnin tepat jam 10.01 malam.