Pengacara dan pelakon senior, Datuk AC Mizal, menyifatkan dirinya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak kerana dia merasakan setiap individu berhak untuk meluahkan pandangan masing-masing.

Meskipun ada pihak yang melabelkan dirinya sebagai pengacara yang suka ‘cakap lepas’, AC bagaimanapun menjelaskan dia hanya mahu menjaga momentum dan tuntutan sesebuah program atau rancangan tv.

“Pandangan orang bergantung kepada diri masing-masing. Ada orang suka dan ada yang tidak. Saya cuba bahagikan perkara yang patut dan tidak patut untuk dilakukan.

“Bagaimanapun, kadang-kadang keadaan bukan memaksa tetapi memerlukan kita untuk menjaga momentum program, rating, semangat penonton dan beberapa aspek lain lagi.

“Perkara-perkara seperti ini sangat subjektif tetapi tidaklah sampai mencarut. Itu teruk sangatlah,” katanya kepada MH.

Pelakon filem, Abang Long Fadil 2 ini berkata sedemikan ketika ditemui di penggambaran program MHThrowback, baru-baru ini.

IKLAN

“Saya Masih Beragama Islam & Tahu Apa Yang Dilakukan,” – Dilabel Sebagai Hos ‘Cakap Lepas’? Ini Respon Datuk Ac Mizal “Saya Masih Beragama Islam & Tahu Apa Yang Dilakukan,” – Dilabel Sebagai Hos ‘Cakap Lepas’? Ini Respon Datuk Ac Mizal

“Saya Masih Beragama Islam & Tahu Apa Yang Dilakukan,” – Dilabel Sebagai Hos ‘Cakap Lepas’? Ini Respon Datuk Ac MizalDalam pada itu, AC menjelaskan dirinya masih tahu mengenai batas-batas agama namun dia turut mengakui dirinya juga tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.

“Saya masih lagi beragama Islam dan saya tahu apa yang saya lakukan. InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik.

“Mungkin kadang-kadang ada kesilapan yang berlaku. Saya tak boleh kata tiada kesilapan tetapi saya cuba untuk mengelak dari melakukan kesilapan.

IKLAN

“Setiap kali bila saya berada di atas pentas, saya akan pastikan saya sudah bersedia. Saya juga akan pastikan yang saya sensitif dengan permintaan orang dan juga para penonton yang menyaksikan program kendalian saya.

“Bagi saya, itulah antara sebab-sebab sampai sekarang orang masih lagi menggunakan khidmat AC Mizal sebagai pengacara,” katanya lagi.

“Saya Masih Beragama Islam & Tahu Apa Yang Dilakukan,” – Dilabel Sebagai Hos ‘Cakap Lepas’? Ini Respon Datuk Ac Mizal “Saya Masih Beragama Islam & Tahu Apa Yang Dilakukan,” – Dilabel Sebagai Hos ‘Cakap Lepas’? Ini Respon Datuk Ac Mizal

IKLAN

“Saya Masih Beragama Islam & Tahu Apa Yang Dilakukan,” – Dilabel Sebagai Hos ‘Cakap Lepas’? Ini Respon Datuk Ac MizalAC bakal menjadi tetamu undangan episod pertama program anjuran Media Hiburan itu.

Menerusi program ini, suami kepada pelakon, Datin Emylia Rosnaida ini akan merungkai pahit manis sepanjang lebih tiga dekat bergelar anak seni, berdasarkan artikel yang disiarkan menerusi Media Hiburan.

“Saya Masih Beragama Islam & Tahu Apa Yang Dilakukan,” – Dilabel Sebagai Hos ‘Cakap Lepas’? Ini Respon Datuk Ac Mizal “Saya Masih Beragama Islam & Tahu Apa Yang Dilakukan,” – Dilabel Sebagai Hos ‘Cakap Lepas’? Ini Respon Datuk Ac Mizal

“Saya Masih Beragama Islam & Tahu Apa Yang Dilakukan,” – Dilabel Sebagai Hos ‘Cakap Lepas’? Ini Respon Datuk Ac MizalMHthrowback akan bersiaran selama 13 episod, dihoskan oleh Radin Era bermula esok, jam 9.00 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI