Pelakon, Faye Kusairi memberitahu dia kini sedang menjalani tempoh kuarantin selepas disahkan positif Covid-19, sejak semalam.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan khabar berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

“Saya Masih Demam, Batuk, Sakit Tekak,” – Sukar Untuk Bernafas, Faye Kusairi Maklum Positif Covid-19 “Saya Masih Demam, Batuk, Sakit Tekak,” – Sukar Untuk Bernafas, Faye Kusairi Maklum Positif Covid-19

Menurut pelakon berusia 34 tahun ini, dia mengalami gejala seperti demam, batuk serta selsema dan sakit tekak.

Jelas bintang kelahiran Sarawak ini lagi, dia turut alami sakit kepala dan kesukaran bernafas.

Ads

“Salam everyone. Semalam saya tewas dan basically this is my second day quarantine as a confirmed case.

“Keadaan saya inshaAllah ok. I’m still having fever/chills, coughs, sorethroat, flu, headaches and difficulty breathing at time,” tulisnya.

Faye bagaimanapun berdoa moga seluruh ahli keluarga dilindungi selain mengharapkan dirinya diberikan kesembuhan.

Ads

“Tolong doakan saya pulih sepenuhnya dan doakan juga ahli keluarga saya dijauhi dari Covid19 especially my kids.

“So far they are all well dan covid negative. Hanya saya saja dapat keputusan positif,” tulisnya lagi.

Ads

Terdahulu, Faye telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Azmi Hatta pada tanggal 9 April 2017.

Faye dikurniakan sorang anak lelaki yang diberi nama Alif Azmi, 2 dan Asha Azmi yang telah dilahirkan pada 15 Disember lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Faye Kusairi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI