Penyanyi rap terkenal, Aman Ra mengakui dia masih lagi bergelar suami orang.

Bagaimanapun, bintang berusia 33 tahun itu enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai  sama ada dia dan isteri masih tinggal sebumbung atau sebaliknya.

Aman Ra berkata, dia memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi, biarlah ia untuk dirinya sahaja dan selesa untuk tidak diperkatakan di mana-mana.

“Saya masih lagi memegang status sebagai suami. Namun saya lebih selesa sekiranya hal peribadi disimpan untuk diri sendiri dan segala hal berkaitan kerjaya saya akan kongsi secara terbuka.

IKLAN

“Bagi saya cara itu lebih mudah untuk saya sebagai insan atau erti kata lain saya tak mahu komen,” katanya jujur.

Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, turut menambah, dia terpaksa akur sekiranya hal berkaitan rumah tangga menjadi spekulasi ramai meski l ia bukan keluar dari mulutnya sendiri.

IKLAN

“Saya tak boleh nak buat apa-apa. Ia di luar kawalan saya. Namun, kalau ia menggugat sebagai insan, saya akan terasa.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, saya ingin kehidupan peribadi kekal menjadi sesuatu yang privasi,” jelasnya lagi.

IKLAN

Terdahulu teka-teki status penyanyi rap ini terjawab apabila dia mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga.

Penyanyi lagu Bangun itu sebelum ini jarang mendedahkan kisah peribadi termasuklah mengenai anak-anaknya untuk perhatian umum.

Hasil perkongsian hidup, Aman dan isteri yang dikenali Atikah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa dan Tuah Khalifa.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI