Teka-teki terjawab apabila nama pelakon, Nas-T diumumkan sebagai pelakon utama filem adaptasi animasi terkenal Keluang Man.
Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar dipilih berdasarkan video ujibakat yang dihantar kepada Astro Shaw beberapa bulan lalu.
“Saya masih nervous, masih tak percaya saya dipilih sebab prosesnya sangat sukar. Ia punyai empat fasa, ramai pelakon hebat pun mencuba nasib. Saya rasa sangat kerdil,” katanya, lapor Gempak.
Pengumuman sama turut dikongsikan Nas-T di dalam hantaran terbaharunya di Instagram.
“Setelah berhari-hari korang meneka. Mesti dah tertunggu-tunggu. Hari ni kitaorang nak bagitahu watak KELUANG MAN untuk filem KELUANG MAN yang akan datang ialah NAS MUAMMAR ZAR atau lebih dikenali sebagai Nas T!,” tulisnya.
Terdahulu, Keluang Man merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri di negara ini.
Versi filem Keluang Man akan memulakan penggambaran tahun hadapan dan dijadualkan tayangan pada 2025.
Selain Nas-T, pendukung tiga watak utama lain turut diumumkan iaitu Shamsir yang dipegang oleh Remy Ishak, Ahmad (Datuk Rosyam Nor) dan (Anwar Beg Mughal).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Disahkan Mengidap Kanser Usus, Hancur Hati, Jiwa Raga,” – Anak Ubat Paling Mujarab, Enot Kongsi Kisah Hitam
Pelawak Enot ada berkongsi fasa hitam di laman Instagram apabila disahkan mengidap kanser usus pada 2013.
Menurutnya, apabila disahkan hidap kanser, walau dalam peringkat awal membuatkan hati, jiwa raganya hancur.
Dia memilih untuk berkurung, murung dan menjauhkan diri.
“(Dah sembuh 3 tahun yer)
“Assallamualaikum . 2013: aku disahkan menghidap kanser usus, early stage. Hancur hati, jiwa dan raga! Aku buntu. Aku pilih tuk terperap kat rumah, murung dan kecewa. But 1 day, aku tersedar; Sampai bile aku nak macam ni? Aku ada anak-anak yg msh perlukan aku dlm hidup diorg. Aku kena kuat!”
Harus bangkit untuk menamatkan penderitaan, dia mencari kekuatan menerusi anak-anak.
“Klu org tanya dari mane dtgnya kekuatan tuk aku bangkit? Jawapannye adalah ANAK! Bagi aku, anak2 la ubat paling mujarab! Mereka bagi aku kekuatan tuk aku bangkit dan lawan smpailah tamat zaman penderitaan tu.
“Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah. Terima kasih berikan aku anak2 yg memahami keadaan aku ketika itu. Aku yakin Allah adalah sebaik2 perancang. Dia merancang kehidupan aku dr senang ke sakit & kembali sembuh macam biasa. Semua tu aku anggap takdir supaya aku belajar bersyukur dgn nikmat yg Allah beri,” ulasnya.
Bersyukur diberi kesembuhan meneruskan hidup, Enot atau nama sebenarnya Aliza menjelaskan dia kini sudah sedia kembali ke industri seni. Malah dia turut mengajak pesakit kanser agar sama-sama terus positif dan terus berjuang.
“Alhamdulillah. Sekarang, aku berdoa pada Allah supaya aku sentiasa sihat, kuat dan bertambah2 meletop untuk aku mampu meneruskan perjuangan hidup aku :). 2019: Enot dah comeback ke dunia seni. In sha Allah semoga tahun ini akan menjadi tahun kebangkitan dan kejayaan kepada aku! Amin. P/S: Jika ada follower2 Enot yang sedang menghidap kanser / kanser survivor kat luar sana, Please always think positive. Be strong! Enot doakan kita sama-sama sembuh sepenuhnya. Amin.
“ALHAMDULILAH sumenya dah berakhir 3thn lps.. jd jgn ada lg yg bertanyakan ttg pnyakit sy yer.. pemulihan untk melupakan kesakitan tu x smudah yg disangka! yg pntg harus kuat di kuar dan dlm ok syukur,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by ENOT (@enot_78) on
Instagram – Enot
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak… Tak Kacau, Cuma Ia Comel. Saya Tergelak Sebab…,” – Kak Lina ‘Masuk’ Tengah Pentas, Jaclyn Respons Hal Sebenar
Penyanyi Jaclyn Victor menjelaskan dia okay dan tidak terganggu susulan beberadaan hos Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Elly Mazlein yang ‘masuk’ tengah pentas bagi sama-sama menari menerusi persembahannya, malam tadi.
Menurut Jac, dia sebenarnya sudah merancang ‘gimik’ berkenaan sebelum membuat persembahan.
“Tak… Tak kacau. Cuma ia comel. Saya tergelak sebab bila tengok reaksi dia (Elly) seolah macam ‘kurang ajar kau panggil aku tapi sekejap je eh?’.
“Tidak, tak terganggu langsung. Not at all. Dia (Elly) tak tahu sebenarnya, i just planned. Sebab dia pernah bawa lagu ini kan? Dan dia sangat bertenaga atas stage. Jadi sebab itulah,” katanya.
Artikel Berkaitan;
Ngilu Tengok! Anak Lelaki Jaclyn Victor Cedera Patah Tulang Bahu
Sementara itu, mengulas mengenai lagu dangdut, Perawan Atau Janda yang dipersembahkan, Jac akui ia mencabar kerana naskhah berkenaan berbeza daripada genre kebiasaannya.
“Sesuatu yang saya tidak biasa. Sebab saya memang akan serius di atas pentas meski lagu berentak rancak. Cara dan stail nyanyian saya begitu.
“Jadi bila diberikan lagu tersebut, saya sahut cabaran itu. Tambahan pula minggu ini setiap bintang perlu membuat persembahan menerusi lagu yang bukan kebiasaan masing-masing.
“Saya pun tak pernah bawakan lagu genre dangdut. Malah ketika bersama band dulu pun, rasanya memang tak pernah. Apa pun saya cuba yang terbaik ,” katanya lagi.
Terdahulu pada minggu ketiga saingan, Jac berada di kedudukan kelima dengan markah sebanyak 71.40 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Usha Drama & Program TV Terbaik Alif Satar, Pernah Dibenci 1 Malaysia Gara-Gara…
Alif Satar merupakan antara selebriti paling versatil di Malaysia ketika ini. Selain aktif dalam dunia nyanyian dan pengacaraan, Alif juga mempunyai bakat besar dalam dunia lakonan.
Antara drama yang menaikkan nama Alif adalah Dia Semanis Honey yang ditayangkan pada 2016.
Drama ini mengisahkan mengenai watak Ahnaf yang terpaksa taat dengan permintaan orang tuanya untuk bertunang dengan Hani lakonan Siti Nordiana.
Pelbagai konflik telah tercetus sehingga menimbulkan bibit-bibit cinta diantara Ahnaf dan Hani.
Daripada benci menjadi suka, kisah romantis diantara Hani dan Ahnaf ini membuatkan karya arahan Hadith Omar ini sebagai drama paling popular tahun itu.
Bayangkan Alif pernah menjadi manusia paling dibenci di Malaysia hanya disebabkan babak membatalkan pernikahan bersama Hani.
Malah, drama ini juga secara tidak langsung telah menaikkan nama Alif sehingga meraih dua juta pengikut di Instagram.
Menerusi drama ini, anda dapat melihat keserasian lakonan diantara Alif dan Nana ketika melakonkan babak romantis. Pada masa sama, watak Ahnaf ini juga memaparkan sisi charming seorang Alif Satar yang membuat para penonton cair.
Plot drama ini juga tidak klise sehingga membuatkan kita ternanti-nanti episod seterusnya.
Sebuah lagi drama lakonan Alif yang masih diingati sehingga hari ini adalah Memori Pajeri Nanas yang dilakonkan bersama Tiz Zaqyah dan Siti Saleha.
Drama ini mengisahkan mengenai watak Chef Armand (Alif) yang juga merupakan antara cef terkemuka negara yang kehilangan sentuhan masakan.
Hal ini ternyata mengganggu Armand sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga bersama isterinya, Kayla (Tiz Zaqyah).
Ditambah pula kedua-dua mereka sibuk menguruskan kerjaya masing-masing sehingga tiada masa bersama. Akibat dahagakan perhatian, pelbagai konflik telah tercetus sehingga kehadiran orang ketiga.
Armand sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan dan pendekatannya adalah menerusi masakan-masakan tradisional yang dihidangkan buat Kayla ketika berbuka puasa.
Effort Armand tu memang A plus. Korang kena tengok. Memang akan tersenyum sendiri. Drama-drama ini boleh ditonton menerusi platfrom On Demand dan Astro Go.
Sementara itu, dengan profil yang bersih dan bebas kontroversi, tidak hairanlah mengapa Alif dipilih sebagai duta saluran Astro Oasis.
Alif akui bertuah kerana dapat terlibat di dalam program-program keagamaan seperti Tazkirah Malam Jumaat, Geng Ngaji dan Alif Tanya Mufti.
Bagi Alif, peluang bertemu dengan para agamawan membuka ruang buat dirinya menimba ilmu baharu untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri bersama Sang Pencipta.
Meskipun sibuk dengan jadual kerja, penyanyi lagu Cukup Indah ini juga akan tetap membahagikan masanya untuk bersama keluarga.
Ketika mononton tv bersama keluarga, program yang menjadi pilihan Alif seisi keluarga antaranya adalah “Anthony Bourdain: No Reservations” dan “Jamie Oliver: Cooking for Less”. Dua program ini berkisarkan tentang masakan dan sesuai untuk tontonan satu keluarga.
Malah, Alif dan isteri turut mendapat ilham untuk mendekorasi rumah mereka selepas menonton program-program di saluran Home & Garden TV. Dari program ini, Alif dan isteri mula mendapat idea untuk mendekorasi rumah mereka.
Ditanya mengenai idolanya dalam bidang lakonan, Alif berkata dia amat meminati Datuk Rosyam Nor selepas menonton filem Suami, Isteri &..?.
Katanya lagi, dia amat mengagumi Rosyam kerana sehingga kini masih menjadi pilihan pengarah menerusi drama seperti Jack Yusof dan X-Change.
Terdahulu, jika anda ingin menonton drama atau program tv yang dicadangkan oleh Alif itu, jom usha secara On Demand dan strim di Astro Go, bila – bila masa dan di mana sahaja korang berada.
Bukan setakat itu, korang juga boleh mengimbau nostalgia dengan menonton program-program terbaik yang pernah disiarkan di platform Astro. Jom usha sekarang.
Saksikan video penuh temu bual Alif Satar ini di saluran Youtube Astro Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI