Pelakon Raja Atiq Raja Azman tidak menafikan model, hos yang juga pelakon baharu, Amy Nur Tinie merupakan wanita yang paling rapat dengannya ketika ini.
Meski sering dilihat bersama, namun Atiq atau nama sebenarnya, Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah lebih senang menyatakan hubungan mereka sekadar sahabat baik sahaja memandangkan Amy banyak membantunya dalam urusan perniagaan yang baru diceburinya.
“Saya memang rapat dengan Tinie kerana dia ialah sahabat baik saya. Malah, dia orang yang menjadi rujukan dalam perniagaan kecantikan yang baharu saya ceburi iaitu produk serum wajah.
“Dia banyak beri tunjuk ajar dalam selok-belok perniagaan sebab dia pun ada keluarkan produk kosmetiknya sendiri.
“Selain Tinie, saya pun banyak minta nasihat dan pandangan daripada ibu Tinie yang mempunyai hampir 30 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan spa kecantikan, jadi memang Tinie orang yang tepat untuk saya rujuk berkaitan hal bisnes,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai statusnya kini, Atiq berkata buat masa sekarang dia lebih senang memberikan fokus terhadap kerjaya dan perniagaannya terlebih dahulu.
“Saya masih single dan belum berpunya… saya tidak fikir soal cinta buat masa sekarang.
“Lagipun pada usia 22 tahun, fokus saya hanya pada kerjaya lakonan dan perniagaan yang baharu saya ceburi,” katanya yang mulai dikenali menerusi drama Nur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hati Ini Sangat Berat Untuk Melepaskan Anak Sulung,” – Ibu Zahirah MacWilson Yakin Aiman Hakim Mampu Jadi Menantu Baik
Gembira atas perkahwinan puteri sulung baru-baru ini, ibu kepada Zahirah MacWislon iaitu Maslinda Yusoff kini menarik nafas lega apabila Zahirah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu.
Kongsinya, meski berat untuk melepaskan Zahirah, namun Maslinda yakin dengan menantunya (Aiman) yang akan menjaga dan melindungi anaknya dengan baik.
“Walaupun hati ni sgt berat untuk melepaskan puteri sulong saya, namun saya bersyukur dia diijab kabulkan dgn seorang suami yg saya yakin akan menjaganya dgn baik dan ikhlas #zahirAH love you so much kak,” tulisnya.
Sementara itu, bapa Zahirah, Zainol Macwilson turut meluahkan rasa gembira diatas perkahwinan anaknya itu.
“Al’hamdullilah! Dgn kehendak Allah swt, dua insan ini, telah pun selamat di ijabkabulkan & walinya, saya sendiri.
“Sama-sama kita berdoa semoga mereka berdua hidup bahagia hingga ke Jannah, amin,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Zainol Macwilson (@zainolmacwilson) on
Terdahulu, Zahirah,25, sah bergelar isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 31, dengan sekali lafaz di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada 20 Februari lalu.
Pasangan ini kemudiannya mengadakan majlis resepsi pada 21 Februari.
Malah, kek perkahwinan berbentuk chandelier yang digantung dari bahagian siling menjadi tumpuan ramai.
Kek unik berperisa vanila itu dihasilkan tujuh tingkat secara menurun dari bahagian terbesar berada di tingkat paling atas, manakala bahagian paling kecil di bahagian bawah.
Secara tak langsung, ia menampakkan kek itu disusun secara terbalik dan kelihatan seperti lampu chandelier gergasi yang mewah.
View this post on InstagramA post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
View this post on InstagramA post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
View this post on InstagramA post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
Foto: Instagram Maslinda Yusoff, Zainol MacWilson, Zahirah MacWilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nampak Best! Ramai Terpana Tengok Momen Sweet Ayda Jebat, Video Salam Taiwan 2023 Ditonton Lebih 1 Juta Tontonan
Umum mengetahui, Biro Pelancongan Taiwan sekali lagi telah membawakan Kempen Salam Taiwan – sebuah program percutian mesra Muslim sebagai satu usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkunjung ke negara “Jantung Asia” tersebut.
Bagi memeriahkan lagi kempen ini, selebriti tempatan yang tidak asing lagi, Ayda Jebat, telah diumumkan sebagai Duta Salam Taiwan 2023/24.
Antara bahan promosi yang melibatkan Ayda Jebat termasuk sebuah filem pendek, yang memaparkan bintang terkenal itu dibawa ke pelbagai destinasi pelancongan menarik di seluruh Taiwan untuk merasai sendiri pengalaman bercuti ke pulau indah tersebut.
Video tersebut juga memaparkan empat sisi menarik Taiwan iaitu Mesra Muslim, Romantik, ‘Trending’ dan ‘Vibrant’, sekaligus kian menjadi pilihan pengunjung dari seluruh dunia.
Antara destinasi menarik yang dikunjungi juara program The Masked Singer Malaysia musim terbaharu ini termasuk kunjungannya ke pergunungan Alishan, Keelung Harbour, Shifen dan Taipei.
Malah video berkenaan juga menjadi sorotan ramai, hingga ditonton lebuh juta kali di media sosial, termasuk ratusan ribu tontonan menerusi beberapa laman media sosial milik Biro Pelancongan Taiwan sendiri.
Susulan kejayaan itu, Biro Pelancongan Taiwan merancang pelbagai lagi aktiviti menarik melibatkan Ayda, termasuklah membawa Ayda dan pemenang bertuah untuk bercuti bersama ke Taiwan.
Sekadar informasi, Kempen Salam Taiwan 2023 dianjurkan oleh Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia bagi mempromosikan Taiwan sebagai Destinasi Sensasi Mesra Muslim kepada rakyat Malaysia.
Sementara itu menerusi perkongsian video berkaitan di Instagram Ayda Jebat yang turut disertai suaminya Nabil Mahir, rata-rata peminat turut memuji keindahan Taiwan.
Malah tak kurang yang mengimpikan untuk turut sama melawat destinasi sama selepas ini.
“Tempat indah untuk memori yang indah.”
“Bestnya! Cantik pemandangan di situ.”
“Cantik tempat ni. Pernah pergi.”
“Segar-segar bunganya, suasana pun tenang sahaja.”
Taiwan sebelum ini telah diiktiraf sebagai Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC) dalam majlis Anugerah Pelancongan Halal 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Dah Kamjad Sangat, Pi Pejabat Agama,” – Perkahwinan Tak Macam Drama TV, Faezah Elai Nasihat Jangan Jaja Kisah Pasangan Di Media Sosial
Pelakon, Faezah Elai menyifatkan realiti alam perkahwinan tidak akan selalunya indah dan ada kalanya ia juga akan disulami dengan ujian serta dugaan.
Menurut Faezah, hidup berumah tangga jauh lebih berbeza daripada apa yang kita gambarkan menerusi drama-drama yang sering kali ditayangkan di televisyen.
“Kawin ni nk habaq mai kt ampa, bukan macam cerita korea yang ampa dok layan kat neplix tu dok salanghae. Kawin ni kadang-kadang happy, kadang berkeleih terbang habih pinggan mangkuk. Kalau mai yang hat qibut taupan,1 taman perumahan boleh dengaq.
“Haaa tu blom masuk watak-watak extra, mentua, satgi ipaq, mai pulak biraih seropa haram jadah dok jadi tukang cucuk. Ada jugak yang dapat laki tetiba gila betina. Dalam rumahtangga ni memang akan ada ujian and ujian kita tak sama,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Tanda Putera itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Faezah turut mengingatkan para pasangan yang telah berkahwin untuk tidak sewenang-wenangnya menjaja kisah rumah tangga mereka terutamanya menerusi platform media sosial.
Katanya lagi, ada pelbagai cara yang lebih baik untuk kita meluahkan masalah dan berkongsi di media sosial hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Terok mana pon ujian, sejahanam mana pon pasangan kita, se-pelaq mana pon perangai depa, jangan dicanang dalam socmed, buka aib laki/bini sama macam buka aib sendiri. Kalau kata dah kamjad sangat laki hang, tak tau nk luah kat sapa, ya lah satgi tk luah gila pulak, pi pejabat agama, pejabat agama ni bukan tempat nikah ceqai ja ampa ooii.
“Kalau rasa nak kena cerita jugak, luah kat mak pak, adik, mentua atau sapa-sapa lah yang dekat dengan kita. Bila canang kat socmed akan buat hang nampak lg pathetic and bagi ruang untuk laki hang carik salah.
“Bini ni, especially yang tak qerja, depa ada laki ngan anak-anak ja, bila laki buat hal lepaih dah bagi bulan bintang, memang mintak kaki lah. Tapi canang kat socmed is a bad idea. Tengoklah muka anak-anak pandang dalam-dalam, semua mak nak anak-anak jadi soleh/solehah.
Bagaimanapun, Faezah turut menjelaskan sekiranya permasalahan tersebut menemui jalan buntu, adalah lebih baik untuk pasangan yang telah berkahwin memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.
“Jangan ajaq anak benci bapak sendiri. Ajaq anak tentang kasih sayang tentang hormat pada orang tua. Sampai masa depa akan paham tapi kalau dah dipukui canang busuk pak dia, sampai besaq dia akan tau. Google semua benda keluaq. Kawan-kawan sekolah pon tau, kesian anak-anak.
“Kalau dah dok makan hati sampai makan diri elok lepaihkan diri. Sebab tu orang kata Divorce isn’t a tragedy. A real tragedy’s staying in unhappy marriage and teaching our children the wrong thing about love.
“Nobody ever died of divorce.
As much as u want ur kids to be happy, same goes to ur parents, they want you to be happy bukan dok menangis tepi bucu katey.
“P/S : Self reminder jugak,bukan nak tunjuk pandai sekadar berkongsi cause my husband failed in his first marriage and now both of them happy with their lives.
Hurmm i think my husband is happy la kot.. tk happy ku pecah cermin kereta dia!,” akhirinya.
Sumber: Instagram Faezah Elai
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI