“Saya Masih Single, Belum Berpunya…,” – Raja Atiq Ulas Hubungan Rapat Dengan Model Amy Nur Tinie

Share

Pelakon Raja Atiq Raja Azman tidak menafikan model, hos yang juga pelakon baharu, Amy Nur Tinie merupakan wanita yang paling rapat dengannya ketika ini.

Meski sering dilihat bersama, namun Atiq atau nama sebenarnya, Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah lebih senang menyatakan hubungan mereka sekadar sahabat baik sahaja memandangkan Amy banyak membantunya dalam urusan perniagaan yang baru diceburinya.

“Saya memang rapat dengan Tinie kerana dia ialah sahabat baik saya.  Malah, dia orang yang menjadi rujukan dalam perniagaan kecantikan yang baharu saya ceburi iaitu produk serum wajah.

“Dia banyak beri tunjuk ajar dalam selok-belok perniagaan sebab dia pun ada keluarkan produk kosmetiknya sendiri.

“Selain Tinie, saya pun banyak minta nasihat dan pandangan daripada ibu Tinie yang mempunyai hampir 30 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan spa kecantikan, jadi memang Tinie orang yang tepat untuk saya rujuk berkaitan hal bisnes,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai statusnya kini, Atiq berkata buat masa sekarang dia lebih senang memberikan fokus terhadap kerjaya dan perniagaannya terlebih dahulu.

“Saya masih single dan belum berpunya… saya tidak fikir soal cinta buat masa sekarang.

“Lagipun pada usia 22 tahun, fokus saya hanya pada kerjaya lakonan dan perniagaan yang baharu saya ceburi,” katanya yang mulai dikenali menerusi drama Nur.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

Published by
Juliana Johar