Lapan tahun lalu anak lelaki Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani atau lebih dikenali dengan nama popular Dul telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang mengakibatkan tujuh orang meninggal dunia. Dul yang dikatakan terbabas setelah memandu laju kereta jenis Mitsubishi Lancer yang dihadiahkan ayahnya itu sedang dalam perjalanan pulang dari Bogor ke Jakarta.

Kejadian tersebut berlaku pada tanggal 8 September 2013 di Tol Jagorawi dan menjadi perhatian media bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia juga. Mana tidaknya, anak bongsu hasil perkahwinan Ahmad Dhani dan bekas isterinya, Maia Estianty, ketika itu baru sahaja menginjak usia 13 tahun. Menjadi persoalan umum bagaimana remaja semuda itu sudah dibenarkan memandu kereta.

“Saya Masih Tanggung Janda Mangsa Yang Dilanggar Dul,” – 8 Tahun Berlalu, Ahmad Dhani Akui Masih Membayar Nafkah Buat Isteri-Isteri Mangsa Yang Dilanggar Anaknya
Bersama abang dan kedua ibu dan bapanya.

Walaupun kecuaiannya itu mengakibatkan tujuh orang meninggal dunia, Dul yang didapati bersalah telah dibebaskan kerana bersikap baik sepanjang proses penghakiman. Hakim ketika itu turut menyatakan yang berlakunya perjanjian perdamaian di antara keluarga mangsa dan keluarga popular Indonesia ini.

Menyingkap kembali kisah ini, vokalis kumpulan Dewa 19 itu dalam satu temubual bersama pengacara terkenal, Deddy Corbuzier, telah berkongsi tentang hal tersebut ketika pengacara itu bertanya mengenai pandemik Covid-19 yang merubah banyak perkara termasuk perniagaan mereka.

“Saya Masih Tanggung Janda Mangsa Yang Dilanggar Dul,” – 8 Tahun Berlalu, Ahmad Dhani Akui Masih Membayar Nafkah Buat Isteri-Isteri Mangsa Yang Dilanggar Anaknya

Ads

“Kalau anda masih ingat, saya masih menanggung janda-janda yang suami mereka dilangar oleh Dul. Wang untuk membayar mereka adalah hasil dari pendapatan Masterpiece (pusat karaoke miliknya).  Tetapi janda-janda itu tidak peduli, harus tetap ada bayaran tersebut sama ada saya ada atau tidak ada,” ujar Ahmad Dhani.

Bila ditanya sama ada perjanjian tersebut memiliki dokumen hitam putih. Ahmad Dhani menyambung lagi cerita, “Tiada. Perbuatan tersebut atas dasar moraliti. Kerana sudah berjanji. Saya harus menanggung sampai anak-anak mereka selesai kuliah. Dari 2013 sampai sekarang saya menanggung. Kini apabila Dul sudah dewasa, Dul sudah boleh bekerja dan dia menanggung satu janda dan saya menanggung lima janda yang lain.”

“Saya Masih Tanggung Janda Mangsa Yang Dilanggar Dul,” – 8 Tahun Berlalu, Ahmad Dhani Akui Masih Membayar Nafkah Buat Isteri-Isteri Mangsa Yang Dilanggar Anaknya

Ads
“Saya Masih Tanggung Janda Mangsa Yang Dilanggar Dul,” – 8 Tahun Berlalu, Ahmad Dhani Akui Masih Membayar Nafkah Buat Isteri-Isteri Mangsa Yang Dilanggar Anaknya
Dul bersama ibu dan dua abang serta ayah tirinya.

Sekadar informasi, Dul yang kini berusia 21 tahun merupakan seorang penulis lagu, penyanyi dan juga pelakon. Dia yang membesar dalam dunia muzik menerusi pembabitan dalam kumpulan Lucky laki bersama dua lagi abangnya, pertama kali mencuba nasib dalam bidang lakonan menerusi filem Dear Imamku yang ditayangkan pada musim Aidilfitri tahun ini di Indonesia.

Sumber: YouTube Deddy Corbuzier, Kompas.com, Liputan6.com

Ads

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI