Siapa sahaja yang tidak sedih jika kehilangan anak akibat keguguran. Apatah lagi, kandungan tersebut sudah sekian lama dinantikan. Inilah yang terjadi kepada penyanyi bervokal hebat, Jessie J.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, pelantun lagu Bang Bang ini membuka cerita tentang keguguran yang dialami. Menurutnya, kelmarin dia sempat bergurau dengan temannya tentang bagaimana keadaannya apabila membuat persembahan di LA tanpa memberitahu seluruh penonton yang dia sebenarnya mengandung.
Namun begitu, langit tidak selalu cerah, selepas melakukan imbasan ketiga terhadap kandungannya, tiada degupan jantung dapat didengari.
“Selepas pergi untuk imbasan ketiga saya dan diberitahu tiada lagi degupan jantung, pagi ini rasa saya tidak dapat mengawal emosi. Saya mungkin menyesal menyiarkan ini ataupun tidak. Saya sebenarnya tidak tahu.
“Apa yang saya tahu ialah saya mahu menyanyi malam ini. Bukan kerana saya mengelakkan kesedihan, tetapi kerana saya tahu menyanyi malam ini akan membantu saya. Saya telah melakukan dua persembahan dalam masa dua tahun dan jiwa saya memerlukannya. Lebih-lebih lagi hari ini. Saya tahu sesetengah orang akan berfikir saya patut membatalkannya.
“Tetapi pada masa ini saya mempunyai kejelasan mengenai satu perkara. Saya mula menyanyi ketika saya masih muda untuk kegembiraan, untuk mengisi jiwa saya dan terapi cinta diri, itu tidak pernah berubah dan saya perlu memproses apa yang terjadi dengan cara saya.
“Saya mahu jujur, bersikap benar dan tidak menyembunyikan apa yang saya rasa. Saya layak untuk berperasaan begitu. Saya mahu menjadi diri saya seperti yang saya boleh pada masa ini. Bukan hanya untuk penonton tetapi untuk diri saya dan bayi kecil saya yang melakukan yang terbaik.
“Saya tahu diri saya dan saya tahu saya akan bercakap mengenainya di atas pentas kerana itulah saya. Oleh itu, bukannya ucapan emosi yang sebak cuba menerangkan tenaga saya. Ini terasa lebih selamat,” kongsinya penuh emosi.
Penyanyi berusia 33 tahun ini menjelaskan yang kandungan tersebut adalah keputusannya untuk memiliki bayi sendiri dan pengalaman sepanjang kehamilan adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
“Saya memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri. Kerana itu semua yang saya inginkan dan hidup ini singkat. Untuk hamil adalah satu keajaiban dan pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan saya tahu saya akan alami lagi. Saya masih terkejut, kesedihan yang teramat sangat.Tetapi saya tahu saya kuat, dan saya tahu saya akan baik-baik saja.
“Saya juga tahu berjuta-juta wanita di seluruh dunia telah merasakan kesakitan ini malah ada yang lebih teruk. Saya rasa berhubung dengan mereka yang saya kenali dan mereka yang tidak saya kenali. Ia adalah perasaan paling sunyi di dunia. Jadi saya akan jumpa awak malam ini LA. Saya mungkin kurang bergurau malam ini tetapi hati saya akan berada di situ,” ujarnya.
Nampaknya penyanyi ini memang kuat semangat dan keputusannya untuk terus menyanyi adalah untuk kebaikan dirinya sendiri dari segi emosi. Dia dijangka menyanyi pada 24 November, 9.30 malam (waktu Los Angeles) ataupun hari ini bersamaan pukul 1.30 petang (waktu Malaysia).
+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber & Kredit Foto: Instagram Jessie J
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI