Impian penyanyi Aina Abdul untuk memenangi trofi Vokal Terbaik akhirnya tercapai apabila persembahannya menerusi lagu Sepi diumumkan sebagai pemenang kategori tersebut di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36, pada Ahad lalu.
Di samping menyatakan rasa syukur, Aina akui dia memang mengimpikan anugerah berkenaan sejak kali pertama bertanding di pentas berpestij itu.
“Sebenarnya saya memang impikan anugerah Vokal Terbaik semenjak kali pertama saya masuk AJL. Ini kerana, saya sentiasa mahu perbaiki vokal nyanyian saya,” kata Aina.
Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani menambah, dia sentiasa cuba berusaha untuk memperbaiki mutu kualiti persembahannya setiap kali bertanding.
Ads
“Setiap kali saya masuk AJL, saya belajar melihat karya-karya artis lain sebab saya sentiasa rasa kena buat lebih baik lagi. Saya pun tidak lah begitu lama dalam bidang penulisan lagu, jadi kalau diberi peluang lagi untuk tahun hadapan.
“Saya nak keluarkan sesuatu yang berbeza dengan apa yang pernah saya lakukan sebelum iniz Ini bukan sahaja untuk mahu buktikan kepada orang ramai tapi nak ada rasa kelainan daripada persembahan saya pada tahun sebelumnya,” jelasnya lagi.
Ads
Aina berkongsi mengenai impiannya itu ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan bual bicara Wanita Hari Ini, TV3 pada Isnin.
Dengan kemenangan tersebut, Aina membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000 berserta trofi.
Ads
Anugerah Juara Lagu Ke-36 telah diadakan di Dewan Merdeka, (WTCKL), Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di TV3 yang menyaksikan lagu Pelukan Angkasa diangkat sebagai Juara Lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Zizie Izette ada berkongsi momen InstaStory ketika dia sedang memasak di dapur menerusi akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
Walaupun bergelar status Datin dan isteri kepada ahli politik, Zizie tidak berasa malu dan kekok untuk berkongsi periuk kesayangan miliknya bersama peminat.
“Sup tulang. Jgn hina periuk gelap ni. Ni periuk kesayangan.”tulisnya.
Untuk rekod, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Kemudian, Zizie timang lagi seorang cahaya mata perempuan bernama Aalisa Belle Izette pada 1 Mac lalu.
Baguslah Zizie ni, sentiasa bersikap merendah diri dan penyayang. Dah lah cantik dan pandai memasak pula tu. Bertuah suami!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akui berdepan pelbagai cabaran termasuklah dakwaan rumah tangga yang didakwa diganggu orang ketiga sepanjang menyertai program realiti, Famili Duo.
Pendedahan tersebut sekali gus menjawab spekulasi ramai berhubung sebuah hantaran tentang perkongsian Bella di Instagram Story baru-baru ini.
Jelas Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, posting tersebut merupakan ‘amarannya’ buat individu terbabit agar tidak lagi menggangu suaminya yang juga merupakan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.
“Rasanya ramai yang boleh nampak dan setiap orang punyai masalah peribadi tersendiri. Mengimpikan hidup yang sempurna itu memang susah.
“Mengenai posting di Instagram, saya sebenarnya risau seandainya kejadian lama (kemelut rumah tangga) berulang kembali. Sebagai isteri, saya memang ada perasaan trauma.
“Alhamdulillah, Aliff telah menunjukkan banyak perubahan sejak kami rujuk. Selepas Aliff buat comeback, dia shooting dengan ramai pelakon wanita seperti Nad Zainal dan Intan Najwa tapi tiada masalah pun.
“Sampailah yang baru-baru ini, memang ada masalah. Posting tersebut merupakan amaran dan saya sudah pun bertanya kepada Aliff berhubung isu tersebut. Kata orang, sebelum apa-apa kita kena tanya suami kita dahulu,” katanya kepada MH.
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia bertambah geram apabila individu bergelar pelakon itu kerap cuba menghubungi suami dalam satu masa.
“Bila hari-hari ada missed call tujuh hingga lapan kali, rasanya itu tidak perlu. Pada mulanya, saya tak tahu itu nombor siapa. Bila saya minta nombor individu tersebut daripada rakan artis, rupanya memang nombor yang sama.
“Rasanya individu tersebut pun sedar yang saya dah tahu. Saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang tapi tak pernah pun berhubung selepas waktu kerja. Kalau telefon sekali dua, saya faham lagi. Tapi kalau tujuh lapan kali, saya tak nampak sebabnya,” kongsinya lagi.
Bella berkata sedemikian ketika ditemui usai konsert separuh akhir Famili Duo yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.
Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan pelakon wanita tersebut telah memohon maaf dan mengakui kesilapannya itu.
“Saya ada berhubung dengan pelakon wanita tersebut. Dia memohon maaf dan mengakui dirinya bodoh kerana tersuka pada suami saya. Dia direct message dan Whatsapp tanpa henti. Dia minta kami berkawan tapi saya tak mahu.
“Sekarang ini makin ramai yang berani mendekati pasangan orang lain. Saya rasa sangat kecil dan tidak dihormati,” ujarnya.
Bagaimanapun, Bella memberitahu, dia memerlukan masa untuk memaafkan individu terbabit.
“Saya ini hanyalah manusia biasa. Mungkin proses ini mengambil masa perlahan-lahan. Yang kejadian sebelum-sebelum ini pun saya dah maaf dan lupakan.
“Mungkin ini kuasa Allah. Saya tidak simpan perasaan dendam dan benci. Cuma kejadian yang terbaru ini saya tak boleh terima. Sebagai orang industri, mungkin dia pun tahu apa yang pernah kami lalui. Dia sepatutnya lebih berhati-hati.
“Apapun, Aliff dah bersetuju untuk tidak lagi bekerjasama dengan pelakon tersebut lagi selepas ini. Mereka ada sebulan lagi untuk habiskan penggambaran. Aliff pun ajak saya datang ke set kalau ada kelapangan,” akhirinya.
Terdahulu, Bella dan gandingannya Wani Kayrie telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Famili Duo yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Ikuti temu bualnya mengenai isu berkaitan di sini;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...