Penampilan bertudung pelakon, Nelydia Senrose sekembalinya daripada mengerjakan umrah kali ketiga Disember tahun lalu disusuli kembara percutian ke negara Timur Tengah selepas itu mencuri perhatian ramai.
Rata-rata peminat memberikan reaksi positif dan tak kurang yang mendoakan semoga isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid ituterus istiqamah.
Jadi tidak hairanlah sekitanya, jenama MINAZ Hijab pantas menyuntingnya sebagai wajah wakilan koleksi raya, MINAZ Blooming Raya yang dilancarkan hari ini.
“Penghijrahan ini saya mahu jalani selangkah demi selangkah tapi pasti. Saya memang ke arah itu. Saya cuma tak berani nak cakap lebih. Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.
“Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya. Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam.
“Kita pun nak sambut Ramadan, jadi ia juga satu cara menghormati bulan itu. Sekaligus saya mahu menjadi muslimah yang lebih baik. Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung.
“Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik,”katanya.
Mengulas mengenai perlantikannya itu, pelakon yang bakal muncul dengan drama Khilaf Asmara di TV3 terbitan Radius One Sdn Bhd ini akui tertarik dengan konsep minimalis diketengahkan.
“Saya boleh kata jatuh cinta pandang pertama terhadap jenama itu. Kak Pija MINAZ yang juga orang penting jenama itu pun sangat menyenangkan. Terasa seperti disayangi kakak yang mengambil berat dengan hala tuju lebih baik adiknya,” katanya.
Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senitu juga akur sebagai insan yang sentiasa diuji, terbit kebimbangan hatinya sebagai manusia yang mudah rapuh dan berbolak-balik.
Ads
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut juga andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila bila masaboleh tersasar. Hari ini okey, esok… jadi lain. Namun saya tak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah.
“Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat. Tak semua akan faham apa yang dilalui kerana mereka (netizen) tidak berada di tempat kita.
“Cuma saya percaya dan berharap mereka tahu prosesuntuk terus istiqamah mengambil masa, berdepan cabaran dan ujian. Saya harap mereka dan peminat boleh terus menyokong diri ini,” katanya.yang percaya rezeki.
“Saya percaya Tuhan itu pemegang rezeki kita. Ada yang bertanya tak takutkah saya dengan rezeki, jika memilih untuk bertudung.
“Saya tak gentar dan takut. Setiap kita pasti ada ujian masing-masing. Boleh jadi kalau Tuhan menyekat rezeki kita, itu adalah sesuatu yang baik. Demikian juga jika beroleh rezeki, ia mungkin boleh memudaratkan kita.
“Saya percaya apa yang berlaku contohnya tiada rezeki berlakon itu bermakna Tuhan melindungi kita untuk sesuatu yang lebih baik,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Pija MINAZ selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama itu mengakui pemilihan Nelydia mendapat reaksi positif.
“Sejak Nelydia diperkenalkan di semua platform digital sebagai wajah kempen utama edisi istimewa ini, ramai yang telah memberikan maklum balas positif terhadap pemilihannya. Tidak kurang juga yang mendoakan dia untuk kekal istiqamah berhijab.
“Seperti seorang adik, tutur bicara Nelydia yang lemah lembut dan dirinya sendiri yang tidak malu meminta nasihat untuk kekal berhijab membuatkan saya begitu selesa bekerjasama dengannya,” katanya yang turut memilih wanita mualaf, Ayana Jihye Moon sebagai wajah kempen.
Pija juga optimis berkongsi rezeki untuk membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan dari rumah mendepani era pandemik menuju endemik.
Tahun ini jenama itu mahu membantu lebih 4,000 ejen dan stokis seluruh Malaysia mencapai misi berkenaan.
Ads
Malah, jenama itu mensasarkan lima orang lagi bakal menjadi Jutawan Hijab menjelang hujung tahun ini.
Tak ketinggalan, sasaran 2 juta helaitudung bawal juga mahu dicapai sehingga 2022 berlabuh.
“Kami yakin sasaran jualan 2 juta helai tudung itu dapat dijual tahun ini dengan misi mahu membantu lebih ramai suri rumah dan keluarga menjana pendapatan tambahan.
“Sekali gus bangun dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kami juga berkongsi rezeki dengan tajaan pakej umrah tahun depan buat ejen dan stokis yang mencapai sasaran jualan ditetapkan tahun ini.
“Kami juga dalam masa sama sedang mengisi kekosongan stokis di tiga buah negeri iaitu di Melaka, Perlis dan Sarawak,” katanya.
Jenama yang diperkenalkan Ogos tahun lalu mempertaruhkan tudung bawal kain kapan dijual dengan harga rakyat RM29 dengan kualiti ‘kayangan’.
Koleksi keempat selepas menampilkan Nora Danish dan Kilafairy itu boleh diteliti di www.minaz.com.my.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/7MakqUyGT-8
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tuah nyata menyebelahi salah seorang finalis program realiti, Gimme The Mic Malaysia iaitu Farhan Mustapha baru-baru ini apabila namanya telah dinobatkan sebagai juara The Grand Champion, Ahad lalu.
Kemenangan yang dilakar Farhan berjaya melayakkan dirinya membawa pulang hadiah berbilai hampir RM30,000 keseluruhan iaitu wang tunai RM10,000 daripada Astro, RM10,000 Gimme The Mic Alha Alfa, USD2000 (RM8600) daripada Tiktok, serta sebuah lagu baru terbitan Rocketfuel Entertainment.
Persembahan konsisten dari peserta yang berusia 28 tahun itu berjaya membuatkan hati juri dan para penonton tersentuh menerusi lagu Sampai Mati nyanyian asal Hazama dan Berhenti Berharap dari Sheila On 7.
Malah salah seorang jurinya, Bunga Citra Lestari turut dirakam sebak ketika Farhan membuat persembahan.
“Alhamdulillah, walaupun baru sahaja pulih daripada Influenza A dan suara yang tidak berapa okey, saya akhirnya bergelar juara.
“Memang tak sangka, tetapi mungkin ia sudah rezeki saya malam ini. Peserta lain pun hebat juga, jadi sudah tentu mereka juga layak berada di kedudukan enam terbaik” katanya.
Menurut Farhan yang pernah bekerja sebagai penebar roti canai, sebelum bersaing dalam program ini, dia pernah menyertai pelbagai program realiti lain termasuk Akademi Fantasia 2015.
“Saya ingat lagi, ketika cabar diri untuk sertai Akademi Fantasia 2015, saya tidak lepas ke konsert prelude.
“Begitu juga dengan pertandingan lain, pasti kandaw di pertengahan jalan. Jadi, bila tiba minggu separuh akhir Gimme The Mic, saya risau, bimbang perkara sama berulang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, 30 peserta telah mempamerkan kehebatan vokal dan kreativiti melalui persembahan, mereka yang konsisten dan mengagumkan sepanjang program ini berlangsung.
Setiap minggu, mereka berusaha untuk memukau hati para juri serta penonton menerusi pelbagai tema lagu dan pada minggu akhir ini, hanya 10 peserta terpilih diberikan kebebasan untuk memilih lagu sendiri.
Kini, enam daripada mereka iaitu Farhan Mustapha, Syaffiq Sahli, Ameerais, Jelly Belly, Shazreen Shaharum, dan Bulan Asyraff berjaya melayakkan diri sebagai The Grand Six.
Kesemua mereka bakal mewakili Malaysia untuk bersaing di peringkat Gimme The Mic Global bersama peserta negara lain seluruh dunia.
Program Gimme The Mic Malaysia diadili oleh juri tetap iaitu komposer prolifik Ajai di samping Yuna, Hael Husaini dan bintang Indonesia, Bunga Citra Lestari.
Sementara, Sherry Alhadad dan Sean Lee selaku pengacara program yang bersiaran selama lapan minggu itu yang dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana Redzuan berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa.
Berkongsi slip keputusan di laman Instagram, Hawa dilihat telah berjaya menamatkan semester akhirnya itu dengan himpunan purata nilai gred 3.78.
Pengacara program Wanita Hari Ini itu nyata bersyukur kerana dirinya berpeluang untuk menamatkan pengajian selama empat semester meskipun hanya bergelar pelajar separuh masa.
“Alhamdulillah. I am so grateful to have gotten the opportunity to complete my Master Level course within 4 semesters as a part time student and working at the same time,” tulisnya.
Sementara itu, Hawa juga dilihat ada menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokongnya selama ini
“Thank you for the endless support dearest family, lecturers and friends. Till i see you again @uitm.official,” katanya lagi.
Entri tersebut nyata telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah daripada penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah malah ada juga yang menyifatkan Hawa sebagai sumber inspirasi buat mereka.
Sumber: Instagram Hawa Rizwana Redzuan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah memberikan kesembuhan buat ibunya daripada wabak Covid-19.
Menurut Aisar, ibu yang terpaksa menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) kini telah pun dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga.
Katanya lagi, dia turut menyifatkan kesempatan tersebut sebagai peluang baginya untuk terus berbakti buat ibunya itu.
“Ya Allah terharu sangat hari ni dapat happykan mama. Mama baru lepas pulang daripada maeps serdang dan bebas daripada Covid-19. Terima kasih ya Allah. Kau memberi Peluang untukku menjaga ibuku @mama_aisar ,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pemilik akaun Youtube, Aisar Khaleed Channel itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Video berdurasi hampir satu minit itu turut memaparkan kejutan yang dibuat oleh Aisar bagi menyambut kepulangan ibunya itu.
Dikesempatan itu juga, Aisar turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa menghargai kedua orang tua selagi diberikan kesempatan
“Seorang ibu tak mengira berapa nilai yang kita beri mereka cuma ingin anaknya hargai dan berada di sisinya .
“Hargailah mereka selagi ada berilah pakaian, makanan dan semuanya terbaik untuknya. Moga kita sama-sama ke syurga Ameen,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan agar ibu Aisar segera diberikan kesembuhan seperti sedia kala.
“Anak-anak syurga Allah sayang.
“Aku pula yang menitiskan air mata. Wow, Aisar, good job.
“Gembirkanlah ibu bapa beforw it’s too late.
“Seronok tengok. Semoga Aisar, mama dan semuanya terus kuat. Amin,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih hampir 200,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
"Tak baik, mengapa mesti nak melontarkan kata-kata negatif kepada orang lain? Sebelum kita nak kata orang ‘bisa’, muka kita pun ‘bisa’.”Demikian kata selebriti versatil,...