Usahawan, Datuk Seri Vida menerusi Instagram meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila Azwan Ali memilih untuk mengungkit kisah hitam dalam hidupnya dalam hal melibatkan mereka berdua.
Jelas Vida, meski tidak menatap jenazah arwah anak-anak buat kali terakhir, namun mereka didakwa tidak rentung, sebaliknya punca kematian ialah kerana terhidu asap tebal kebakaran.
“Saya memang tidak melihat jenazah arwah buat kali terakhir tapi dia tidak rentung. Mereka mati berpelukan dan kerana lemas asap.
“Saya selalu berdoa supaya keluarkanlah segala memori itu daripada fikiran kerana terlalu sakit dan azab. Orang nampak saya tergedik-gedik, namun saya sering berdoa supaya tinggalkanlah sedikit sahaja memori anak untuk dibuat kenangan,” jelasnya menahan sebak.
Sementara itu, pengurus acara Vaganza Foodfest, Dyla turut menyifatkan tindakan Azwan Ali sebagai tidak berhati perut kerana melibatkan anak-anak Vida yang telah meninggal dunia akibat kebakaran.
Menurut Dyla, pembantu peribadi Azwan Ali menghubunginya secara peribadi untuk berbincang soal gerai di Vaganza Foodfest di saat akhir.
“Dia meminta booth sedangkan waktu itu kami sudah menutup tempahan. Namun saya menerimanya dan memberikan booth pakej Gold yang berharga RM2500 dan dia berniaga hanya sehari dan selepas itu menutup gerai.
“Duit meja yang ditambah juga belum dilunaskan. Dia datang pun tidak dijemput dan telah menuduh kami,” jelas Dyla menerusi Igtv di laman Instagram usahawan terbabit.
https://www.instagram.com/tv/B8EeE9sAbYf/?igshid=16cebacsrvpsx
Azwan Ali sebelum ini berang apabila kemunculannya di atas pentas bagi mempromosikan minyak wangi Vida di Vaganza Foodfest tidak menerima sebarang bayaran, lalu bertindak membakar minyak wangi pemberian Vida selain didakwa menghina kematian dua anak usahawan selebriti itu.
Foto : Instagram Vida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI