Artis dikecam dan menerima pelbagai komen negatif di akaun Instagram bukanlah perkara baru.  Boleh dikatakan setiap jam ataupun minit ada sahaja pihak yang mencari kesalahan artis dan dalam sekelip mata boleh jadi viral di media sosial.

Terbaru, aktres jelita, Rita Rudaini turut terkena nasib yang sama apabila memuat naik sebuah video di laman Instagram yang memaparkan tempat lepak anaknya, Airit Rafqa Arjuna yang sedang membaca buku.

Tempat lepak dia ? sempoi naa lepak pakai boxer je ?? harry style @airitqaqa727

A post shared by @ritrud727 on

Namun, ada individu yang mempertikaikan rambut anaknya Airit yang panjang.

Saya Memang Tak Suka Dan Anti Orang Bodoh – Rita Rudaini

Ads

“Kenapa rambut cam pompuan? Kalau boy buat cara boy.ni tak, dah dididik jadi girl esok jadi nursajat padan muka ” Tulis individiu tersebut mencetus kemarahan Rita.­

Walau bagaimanapun, niat individu tersebut yang mungkin menegur tidak kena dengan caranya mengundang pula pelbagai reaksi daripada pengikut Instagram Rita, sebaliknya beliau pula yang dikecam beramai-ramai.

Ada juga netizen menasihati agar berbudi bahasa bila mengata dan jangan menulis mengikut emosi.

Yelah, siapa yang tak terasa hati anak yang dikasihi bagai minyak yang penuh dikutuk-kutuk. Memang pedih hati dan terkilan hati seorang ibu, betul tak?

Ads

Malah, Rita turut membalas komen individu tersebut agar tidak lagi mengutuk anaknya.

Saya Memang Tak Suka Dan Anti Orang Bodoh – Rita Rudaini

“Saya memang tak suka dan anti ORANG BODOH.Cuba baca kat bio saya BODOH PIANG tu jangan tunjuk sangat, simpan skit untuk anak-anak awak”

 

Ads

Sumber : Instagram Rita Rudaini

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI