
Pelakon Izara Aishah akui memilih untuk memperlahankan karier seni lakonannya setelah bergelar seorang ibu kepada seorang cahaya mata, Irisa Alaia yang kini mencecah usia dua tahun.
Jelas Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, keutamaannya adalah lebih kepada tanggungjawab kepada keluarga selain menguruskan perniagaannya.
“Buat masa sekarang, saya memilih untuk lebih memberi keutamaan kepada keluarga dan bisnes saya, tambahan pula apabila saya sudah ada anak.
“Saya memang memberi seratus peratus tumpuan kepada anak perempuan saya sekarang,” katanya.
Bekas peserta Dewi Remaja 2010 sezaman Neelofa itu juga bagaimanapun tidak menafikan, dia sehingga kini masih menerima tawaran lakonan.
Namun, ia terpaksa ditolak atas masalah kekangan masa dan komitmen.
Izara ditemui sejurus Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama Hijab RR Mono Scarves di RR Pop Up Store, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Bersempena meraikan ulang tahun pertama ini, Izara antara barisan tujuh selebriti terpilih yang telah dilantik sebagai ‘muse’ koleksi hijab berkenaan.
Selain Izara, antara yang terlibat ialah Ziana Zain, Aina Abdul, Kilafairy, Amyra Rosli, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman sendiri, Nurida Suraya.
Dalam pada itu, aktres berusia 30 tahun ini juga turut ditanya mengenai imejnya yang kini berhijab sepenuhnya sejak Ogos tahun lalu.
Akui Izara, dia mengharapkan diri terus kekal demi menjadi insan yang lebih baik.
“Alhamdulillah, setakat ini saya tiada masalah atau kekangan dengan penampilan saya sekarang.
“Saya bersyukur sangat sebab Allah permudahkan semua untuk saya dan saya pun tidak pernah terlintas untuk buka tudung balik sebagainya.
“Sejujurnya saya sudah sangat selesa dengan penampilan saya sekarang, alhamdulillah,” katanya lagi.
Imbas kembali, Izara mendirikan rumah tangga bersama usahawan Adib Khalid pada tanggal 17 November 2017.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Hot Mama Ini Pernah Join Dewi Remaja, Semuanya Top 15!

Dewi Remaja 2019 kembali lagi dengan pencarian bakat dan wajah baru, tidak lama lagi.
Sebelum itu, jom imbas antara jelitawan yang pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja yang kini sudah pun bergelar ‘hot mama’!
1. Scha Al Yahya
Pemilik nama penuh Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al Yahya merupakan juara Dewi Remaja 2005/06 yang telah menewaskan Ivy Lee (naib juara) dan Izreen Azminda (tempat ketiga).
Telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, pengacara dan model Awal Ashaari pada Mei 2012, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia lima tahun.
Memiliki 4.9 juta pengikut di Instagram, Scha antara Dewi yang berjaya mengangkat namanya ke persada dunia dengan mengeluarkan produknya sendiri.
2. Anzalna
View this post on InstagramA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
Sebut sahaja nama Anzalna, pasti terlintas akan figura berambut ikal mayang ini.
Berusia 31 tahun, Anzalna merupakan finalis Dewi Remaja 2009/10.
Anzalna selamat melahirkan anak sulung, Mohamad Eidrees pada 31 Mei lalu setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada Februari 2016.
3. Mawar Rashid
Fasih berbahasa Thailand, Mawar Rashid merupakan Dewi Favourite 2014/15.
Pemilik nama penuh Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah dikurniakan cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafeal pada Mac 209 seberat 3.4kg.
Memilih Raden Ahmad Faizal Yaakob (adik kepada Datuk Fazley Yaakob), mereka berkahwin pada November 2017.
4. Ramona Zam Zam
Berusia 29 tahun, Ramona Zam Zam merupakan finalis Dewi Remaja 2009/10.
Memilih jejaka warga Palestin, Rami Alashkar sebagai pasangan hidup, mereka dikurniakan cahaya mata, Ivanna Alashkar yang kini berusia setahun.
Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam ini juga memiliki raut wajah bujur sirih.
5. Izreen Azminda
Siapa yang tidak kenal dengan telatah Izreen dengan loghat utaranya, anak kelahiran Perlis ini merupakan tempat ketiga Dewi Remaja 2005/06.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Pada Ogos 2018 pula, Izreen memilih pemuzik bebas, Ude Wahid sebagai pasangan hidupnya dan mereka dikurniakan anak lelaki, Aaron Ibrahim.
6. Syatilla Melvin
Si cantik, Syatilla Melvin merupakan finalis Dewi Remaja 2009/10.
Meski dikurniakan dua orang cahaya mata, namun Syatilla persis ‘anak dara’ kerana amat menitik beratkan perihal kecantikan.
Syatilla telah berkahwin dengan Shaheizy Sam pada Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
7. Rita Rudaini
View this post on InstagramA post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on
Kini sudah mencecah usia 43 tahun, namun Rita Rudaini masih kelihatan cantik dan muda.
Rita merupakan finalis Dewi Remaja 1997/98.
Namanya mula dikenali menerusi filem seram, Mistik arahan Prof Abdul Razak Mohaideen, Rita dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Qaqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin.
Rita pernah berkahwin dengan Akbar Shaari pada tahun 1999 dan bercerai pada 2001.
Kemudian, Rita berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan,Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 dan mereka bercerai pada 2013.
8. Rozita Che Wan
View this post on InstagramPosing apa la yang kaki teqangkat tu 😜 @aaisyahdhiarana111
A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
Siapa yang tidak kenal dengan figura tinggi lampai, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta ini.
Tidak pernah gagal dalam berfesyen, Che Ta merupakan finalis Dewi Remaja 1994/1995.
Pada tahun 2013, Che Ta dijodohkan dengan suami yang 11 tahun lebih muda darinya,iaitu Zain Saidin, mereka dikurniakan nak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta sebelum itu pernah berkahwin pada 1995 dan bercerai pada 2003.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Kepada gadis diluar sana yang mahu menghadiri ujibakat Dewi Remaja,berikut adalah butirannya.
UJIBAKAT DEWI REMAJA 2019
• Tarikh: 07, 08, 14 & 15 September
• Lokasi : Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam
• Masa : 9am – 4pm (kaunter ditutup) .
Syarat Penyertaan :
• Perempuan & bujang
• 18 – 24 tahun
• Warganegara Malaysia.
• Personaliti menarik.
• Wajib 1 naskah majalah REMAJA edisi Julai-September 2019.
(Naskah juga boleh didapati daripada kaunter pendaftaran pada tarikh ujibakat)
• Wajib 1 keping gambar berukuran 4R & 1 keping salinan kad pengenalan.
• Pakaian : Baju putih, seluar jeans biru & kasut tumit tinggi hitam.
• Gadis berhijab digalakkan, warna tudung bebas.
Foto: Instagram selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Polis Rampas 6 Jenis Ubat Dari Kediaman Ridz Okumura, Bantu Siasatan Kematian Akiko

Isi Kandungan
TogglePihak polis merampas enam jenis ubat dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridz Okumura, bagi membantu siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, pada Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kes ini masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun siasatan terus dijalankan dari beberapa sudut.
“Ada beberapa ubat dalam bentuk pil yang kita rampas daripada rumah itu (tempat kejadian) yang dipercayai daripada Jepun (negara asal Akiko).
“Kita akan dapatkan bantuan daripada pihak kedutaan (Jepun) untuk kenal pasti apa ubat-ubat yang dia (Akiko) ambil, yang mungkin ada kaitan dengan insiden ini,” katanya.
Siasatan Lanjut
Pihak polis kini meneliti sama ada mangsa mempunyai sejarah kemurungan atau masalah kesihatan yang memerlukan rawatan ubat-ubatan.
Menurut Hussein, mereka akan mendapatkan bantuan pakar daripada Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenal pasti kandungan dan kegunaan ubat-ubatan yang dirampas.
“Sekiranya kita perlukan bantuan pihak di Jepun untuk kita dapatkan maklumat lanjut berhubung ubat-ubatan ini, maka kita akan minta bantuan pihak kedutaan Jepun,” katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada Akiko pernah menerima rawatan kemurungan, beliau memaklumkan perkara itu masih dalam siasatan, sama ada rawatan diterima di Malaysia atau Jepun.
Enam Individu Dirakam Keterangan
Setakat ini, polis telah merakam keterangan enam individu termasuk suami dan anak mangsa.
“Empat lagi individu yang dirakam keterangan adalah kakitangan hospital yang menjalankan bedah siasat serta saksi awam yang ada di tempat kejadian semasa mayat mangsa ditemui,” jelasnya.
Semalam, Hussein mengesahkan bahawa wanita warga Jepun berusia 50-an yang dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, ialah Akiko Okumura.
Jenazah Akiko Okumura selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, pada Sabtu lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Gelaran Datuk Tak Boleh Bawa Mati Tapi…,” – ‘Dahaga’ Ilmu Baru Di GV8, Fazley Yaakob Sedia Terima Kritikan Juri & Netizen

Sebelum bergelar cef selebriti, nama penyanyi, Datuk Fazley Yaakob sememangnya tidak asing lagi di dalam industri seni tanah air sejak tahun awal 2000.
Malah, lagu-lagu hitsnya seperti Asmara Ini dan Bila April masih lagi menjadi siulan sehingga ke hari ini.
Baru-baru ini, namanya diumumkan sebagai salah seorang peserta yang akan bertanding di program realiti, Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8).
Bercakap kepada MH, Fazley mendedahkan dia kini bersedia menerima sebarang kritikan daripada pihak juri profesional mahupun netizen.
Menurut Fazley, dia sebenarnya sudah terbiasa berhadapan dengan situasi tersebut memandangkan sebelum ini dia juga sering kali dijemput untuk menjadi juri bagi pelbagai program masakan.
“Sebelum ini saya pernah menjadi juri masakan serta nyanyian dalam dan luar negara. Bila saya mengkritik orang, saya sentiasa meletakkan diri saya di dalam ‘kasut’ mereka.
“Sekarang saya hanya tukar ‘topi’ sahaja. Kalau sebelum ini saya pakai topi sebagai juri masakan, kini saya jadi peserta program nyanyian pula. Saya memang mohon untuk dikritik.
“Saya dah lebih daripada bersedia. Jadi, kritiklah saya. Kerana kritikan itu merupakan satu semangat. Baik atau buruk kena terima sebagai pelajaran,” katanya kepada MH.
Bapa kepada empat orang cahaya mata ini berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.
Katanya lagi, kritikan-kritikan ini secara tidak langsung akan menjadi ilmu baharu buat dirinya untuk dimanfaatkan pada masa akan datang.
“Walaupun saya dah lama bergelar insan seni, setiap kritikan adalah ilmu baru. Jadi kalau setiap minggu saya dikritik oleh juri profesional atau netizen, itu ilmu yang saya dambakan.
“Bila pengumuman peserta GV dibuat, ramai tanya kenapa saya membenarkan diri saya untuk dikritik? Gelaran Datuk itu tak boleh dibawa mati.
“Tapi saya mahu nama Fazley Yaakob sebagai Abang Asmara disemadikan dalam duni seni sebagai seorang yang pernah menyanyi. Kutukan dan kritikan itu lumrah,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Fazley turut memaklumkan antara sebab dia menyertai program GV8 adalah untuk menyatukan peminatnya sama ada daripada bidang masakan dan nyanyian.
“Saya sebenarnya masuk ke GV untuk ‘kahwinkan’ peminat saya. Bunyinya macam lucu. Saya ada peminat daripada bidang masakan dan pernah ada peminat dalam bidang nyanyian.
“Masih ada juga segelintir peminat saya dalam bidang nyanyian yang bertanya bila saya nak buat comeback? Jadi, dengan GV saya dapat satukan kedua-dua generasi peminat yang berbeza ini,” akhirinya.
Konsert mingguan GV8 akan mula berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 21 November 2021 ini dan disiarkan di saluran Astro Ria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI