“Saya Memohon Maaf Untuk Kekhilafan Kali Ini Walaupun Tahu Tidak Mampu Mengubah Apa-Apa,” – Aliff Aziz

Share

Selepas tiga hari, akhirnya pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz buka mulut terhadap apa yang berlaku. Di fahamkan, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Sayang Sayang itu ada melakukan sesi live di Instagram.

Malah, dia turut memuat naik beberapa posting di Insta Stories sejurus melakukan sesi live.

Menerusi salah satu status tersebut, Aliff antara lain merakamkan ucapan terima kasih kepada yang menonton dan turut meminta maaf terhadap apa yang berlaku.

“Saya mohon maaf kepada semua untuk kekhilafan kali ini walaupun saya tahu tidak mampu mengubah apa-apa,” tulisnya.

Malah pada masa sama, Aliff turut meminta netizen supaya jangan mudah untuk menghakimi mesti seseorang itu melakukan kesilapan sama beberapa kali.

“Jangan mudah untuk kata yang seseorang tu buat salah lebih dari sekali atau dua kali atau berkali-kali bererti seseorang itu tidak boleh berubah atau dia adalah orang yang jahat,” antara yang dikongsinya.

Terdahulu, isterinya, Bella Astillah ada memuat naik perbualanbya bersama seorang pengguna media sosial yang memaklumkan suaminya ada berkunjung ke sebuah kelab malam yang turut disertai seorang pelakon wanita.

Foto: Instagram Aliff Aziz

Published by
Rafiq Mazlan