Susulan pelbagai tuduhan yang dianggap keterlaluan, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum tampil membuat laporan polis terhadap isterinya, penyanyi dan pelakon Lufya.
Bapa kepada seorang cahaya mata ini turut menegaskan, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
“Saya menafikan semua tuduhan yang dibuatnya. Malah saya juga telah membuat laporan polis yang disertakan dengan butiran bukti kukuh pada minggu lalu.
“Kes tersebut masih dalam penyiasatan dan biarlah pihak berkuasa yang melakukan siasatan,” katanya.
Dr. Che Hafiz, 29, turut menjelaskan tuduhan yang dilakukan dilihat agak keterlaluan dan merasakan dirinya perlu membuat penjelasan demi menjaga nama baik pelbagai pihak.
“Ini kerana tuduhan yang dibuat olehnya begitu keterlaluan dan saya perlu menjaga nama baik saya dan keluarga yang tidak bersalah selain imej sebagai seorang doktor serta penjawat awam.
“Kita Tunggu sahaja keputusan pihak polis dan saya sebolehnya mahu ia diselesaikan cara baik, lebih rasional dan mengikut saluran yang betul.
“Jika perlu, saya akan bersedia untuk ke tengah dan saya turut berharap agar netizen mendoakan yang baik-baik ketika ini.
“Biarlah kami mampu untuk selesaikan perkara ini dengan cara yang betul,” katanya lagi.
Terdahulu, Dr Che Hafiz sebelum ini ada mendedahkan dia sudah menyatakan niat untuk berpisah terhadap isterinya itu menerusi aplikasi Whatsapp atas permintaan Lufya sendiri.
Bagaimanapun, ia dinafikan wanita berkenaan yang mendakwa dirinya tidak menerima sebarang mesej lafaz cerai dari suaminya itu.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki mencecah usia dua tahun.