Kini bebas dari jangkitan COVID-19, penceramah bebas yang kini bergelar pelakon, PU Riz mendedahkan dirinya menangis apabila disahkan negatif wabak itu selepas menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail menerusi laporan Harian Metro dipetik sebagai berkata, perkara itu dimaklumkan jururawat selepas hasil ujian swab kedua yang dibuat diterimanya pada Sabtu.

“Syukur pada Allah apabila disahkan sembuh dan boleh pulang. Saya menangis ketika dimaklumkan negatif. Bukan apa, wabak ini boleh membawa maut dan ibaratnya ini peluang kedua yang Allah berikan.

“Sepanjang dirawat, jururawat sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta supaya sentiasa berfikiran positif.

“Malah, ada jemaah tabligh pesan, yakin Allah ada dengan kita. Saya berdoa pada Allah semoga terus istiqomah sampai hujung nyawa,” katanya.

Ads

Pada masa sama, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat.

“Kepada doktor dan jururawat, Allah saja membalas jasa mereka. Mereka banyak bantu saya untuk keperluan.

“Kalau ikutkan tugas mereka lagi berisiko tinggi,” katanya yang disahkan positif COVID-19 pada 6 April lalu.

Ads

Sementara itu, Riz turut menjelaskan dirinya akan menjalani proses kuarantin diri selama dua minggu.

“Sekarang saya kena menjalani kuarantin diri selama dua minggu di rumah.

Ads

“Selepas itu saya perlu pergi klinik kesihatan berdekatan untuk mengesahkan sudah menjalani kuarantin selepas bebas dari wabak ini,” akhiri Riz.

Menerusi Instagram, Riz ada berkongsi satu rakaman video pendek yang antara lain merakam memorinya sepanjang menjalani tempoh rawatan selain memberikan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan.

View this post on Instagram

اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يشاء

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail) on

Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram PU Riz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI