Video yang merakamkan linangan air mata saat si anak menyaksikan ibunya membuat persembahan pada saingan kedua konsert Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) malam Ahad nyata menjentik hati ramai.
Momen anak kepada penyanyi, Ashira Aziz, Megat Shazril Haziq Hadi, 14 tahun dalam satu video berdurasi 21 saat yang dimuat naik kakak penyanyi itu, Shasha Aziz menerusi Twitter sebaik sahaja wanita tersebut mahu membuat persembahan mencuri perhatian.
Sudah tiga minggu tidak bertemu dengan anaknya yang kini di bawah jagaan sementara Shasha, ternyata emosi si anak tidak dapat dibendung apabila dia dilihat mengesat air mata kerana kala menonton persembahan ibu serta wajahnya yang terpapar.
Berkongsi mengenai perkara berkenaan, Ashira mengakui turut merindukan anak lelakinya itu namun terpaksa berjauhan demi memberi komitmen penuh terhadap program nyanyian realiti itu.
“Memang rindu sangat kepadanya tetapi apakan daya saya masih lagi berjuang dalam GV7.
“Saya menangis bila melihat video itu dimuat naik kakak, tidak terluah dengan kata-kata.
Ads
“Sekarang saya masih berjuang dalam rancangan ini. Insya-Allah apabila tamat nanti saya akan mencari rumah dan kami dapat duduk kembali bersama seperti dulu,” katanya.
Dalam pada itu, Ashira yang menyampaikan lagu Sempurna yang dipopularkan oleh Andra & The Back Bone menyifatkan lagu tersebut sebagai pembakar semangat buatnya dalam meneruskan hidup lebih sempurna selepas ini.
Ads
Meski berstatus ibu tunggal, dia tetap mahu mencari kesempurnaan untuk keluarga kecilnya itu dan menganggap Shazril adalah segala-gala buatnya.
“Doakan supaya saya kuat menempuh dugaan ini. Dalam keadaan berjauhan dengan anak, saya hanya minta agar dikuatkan hati sahaja,” tambahnya.
Terdahulu, Ashira diarahkan keluar dari rumah sewa beberapa bulan yang lalu. Dia yang kehilangan mata pencarian akibat impak pandemik19 terpaksa menempatkan anaknya di kediaman Sasha sementara dia pula menumpang di rumah kakak kelima, Sharifah Nur Azita.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nabila Razali atau nama sebenarnya, Nor Nabila Mohd Razali akui tahun 2019 telah banyak memberi pengajaran buat dirinya.
Malah kongsinya lagi, sokongan ramai termasuk dari keluarga dan peminat turut memberi semangat buatnya untuk lebih terus maju.
“Tahun 2019 banyak yang Nabila belajar terutama sekali mengajar saya untuk banyak bersabar dalam banyak perkara.
“Pada tahun ini, banyak yang sentiasa menyokong seperti keluarga, peminat dan saya rasa dengan adanya mereka membuatkan saya terus mahu maju ke depan,” kongsi penyanyi lagu Pematah Hati ini.
Di samping itu, penyanyi berusia 27 tahun ini mengharapkan agar kisah sensasi melibatkan dirinya kurang diperkatakan tahun ini.
“Harap untuk tahun 2020 setiap hasil kerja saya dapat ditingkatkan mutu dan kualiti.
“Di samping itu, saya juga harap tahun ini dapat kurangkan gimik atau kontroversi.
“Malah berharap sangat dapat memberikan impak yang baik, mesej yang positif kepada semua pada tahun mendatang,” harapnya optimis kepada MH.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Vroom Vroom ini ditemui pada MH di Konsert Throwbaek 2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, baru-baru ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Nabila Razali mendedahkan dirinya tidak berasa ralat kerana terpaksa menolak beberapa tawaran kerja gara-gara masalah kotak suara yang dialaminya ketika ini.
Menurut Nabila, dia sebolehnya mahu terus berfikiran postif dan percaya bahawa rezeki sememang telah diatur dengan baik oleh Allah SWT.
“Penyakit kotak suara yang saya alami sekarang ini tidak boleh dipandang remeh. Mungkin perkara tersebut akan lebih mengeruhkan keadaan kalau saya paksa. Ini adalah satu-satunya aset yang saya ada. Ini periuk nasi saya.
“Buat masa sekarang banyak yang perlu saya lepaskan. Bagaimanapun bukanlah bermaksud lepaskan sangat tiada kerugian pun buat saya cuma lebih kepada berkongsi rezeki dengan orang lain.
“Pada waktu sekarang ini ramai yang perlukan kerja. Mungkin tuhan suruh saya berehat sekejap buatlah benda ni dulu bagi orang lain buat kerja yang lain pula.
“Bagi saya itu lebih kepada berkongsi rezeki dan saya lebih selesa untuk mencari sisi positif daripada ujian yang saya alami kini. InsyaAllah lebih banyak yang mendatang selepas ini,” katanya kepada MH.
Tidak putus-putus menerima tawaran sebagai duta produk, penyanyi lagu Peluang Kedua ini menyifatkan segalanya sebagai hikmah terhadap ujian yang sedang dilaluinya ketika ini.
“Saya memang gembira sangat-sangat. Walaupun dalam keadaan pendamik sekarang ini, saya masih lagi diberi rezeki. Saya tak tahu apa yang saya dah buat tapi lepas satu-satu rezeki datang dekat saya. Saya hanya mampu bersyukur.
“Dalam keadaan yang tak mengizinkan saya untuk menyanyi dan menggunakan suara secara berlebihan, tak bermakna saya tak berkerja langsung.
“Saya masih berehat tetapi kalau untuk kampen dan endorsement saya masih aktif,” kongsinya lagi.
Sumber: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menepati ramalan, Gie Hamid mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai juara wanita pertama program realiti, Kilauan Emas 2024 yang bersiaran secara langsung dari Royal Theatre...