“Saya Menawarkan Sesiapa Yang Ingin Ambil Alih,” – Fizo Omar Kongsi Kisah Berkaitan Restoren Sama Bekas Isteri

Share

Membuat keputusan untuk menamatkan operasi perniagaan restoran yang diusahakan bersama bekas isteri, Mawar Karim, Fizo Omar menerusi Instagram terharu dengan respon netizen.

Kebanyakannya rasa kecewa dengan keputusan tersebut dan mengharapkan atau ia kekal diteruskan.

Jelasnya, demi menjaga kepentingan kedua belah pihak, menamatkan Fizo Mawar Kitchen adalah muktamad, namun dia berbesar hati menawarkan kepada individu yang berminat mengambil alih perniagaan tersebut.

Berkaitan Fizo Mawar Restoren, selepas kami membuat pengumuman untuk menutup operasi pada 27 Oktober ini, rata-rata komen membuatkan saya terfikir sesuatu dan tergerak hati memandangkan kami membuat keputusan menamatkan operasi adalah muktamad.

“Apabila saya membaca komen, rata-rata meminta kami rebranding dan meneruskan perniagaan. Namun saya menghormati keputusan kedua-dua belah pihak.

“Komen yang membuatkan saya tersentuh hati apabila netizen mengatakan di mana mereka boleh menikmati tomyam, daging bakar. Resepi yang digunakan di FMK adalah resepi yang saya pelajari sendiri di Thailand dan Phuket.

“Begitu juga dengan saya, apabila suka dengan sesuatu restoran, saya akan berulang makan di sana. Jadi saya letakkan diri di tempat pelanggan.

“Jadi saya menawarkan sesiapa yang ingin mengambil alih FMK menggunakan nama baru. Saya akan menurunkan resepi kepada pengurusan yang baru. Saya memikirkan pelanggan.

“Sesiapa yang berminat boleh mesej saya secara peribadi secepat mungkin.

“Saya harap pengumuman ini menggembirakan terutama kepada pelanggan setia.

“Saya harap pengurusan baru boleh meneruskan perniagaan ini menggunakan menu, resepi yang sama dan menyambung rezeki,” jelasnya panjang lebar.

Keputusan yang diambil nyata memberi pelbagai reaksi yang rata-rata gembira dengan kenyataan tersebut.

Foto : Instagram Fizo Omar

Published by
Noraini Abd Wahab