Selepas dikritik hebat oleh stokis sendiri gara-gara menurunkan harga produk tanpa notis, usahawan, Anas Zahrin tampil permohonan maaf dan mengakui kesilapannya itu.
Menurut Anas, sebagai langkah penyelesaian, dia mengambil keputusan membeli semula kesemua produk milik stokis yang difahamkan bernilai lebih RM800,000.
“Saya mengaku saya silap bagi diskaun untuk ANAS Velvet Liptint tanpa berbincang dengan team. Jadi, saya minta semua team seluruh Malaysia pulangkan stok yang mereka ada dan saya akan beli semua sekali stock mereka
“Alhamdulillah, kes dengan team pun dah selesai dengan aman. Inai pun saya dah minta mereka tukarkan, happy sangat mereka.
“Permohonan maaf juga telah dibuat,” tulisnya.
Permohonan maaf itu dikongsikan sendiri oleh Anas menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Jelasnya lagi, setiap kejadian yang berlaku ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
“Saya berdiam diri selama beberapa jam selepas viral bukan sebab apa, untuk cari solusi yang wajar dan rasional. Mereka pun tak sangka yang saya sanggup beli kesemua stok liptint mereka
“Saya tau tak semua founder akan buat macam saya, tapi tanggungjawab adalah tanggungjawab walaupun saya perlu keluarkan sejumlah lebih 800k ringgit untuk beli semula stok. Saya yakin mesti ada hikmah disebalik semua ni
“Semoga menjadi pelajaran terbaik buat saya. Terima kasih atas dukungan kalian,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Anas turut menyifatkan kejadian ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjalanan bisnesnya.
“Untuk founders dan sesiapa yang tepuk tangan semasa kes viral berlangsung dengan harapan business saya akan terkubur, saya ingat setiap dari wajah kalian.
“Saya maafkan kalian, jangan risau. Saya takkan putus asa malah akan bangkit lagi mega,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum melihat cara Anas menyelesaikan permasalahan tersebut.
“Respek. InsyaAllah! Moga urusan selepas ini dipermudahkan. Sentiasa dalam reda-Nya. Manusia tiada yang sempurna.
“Alhamdulillah, Abang hebat. Team Abang pun hebat. Semua yang terjadi ada hikmah untuk lebih sukses lagi.
“Aturan Tuhan tak tercapai dek akal. Pasti ada hikmah disebalik kejadian.
“Alhamdulilah, ini yang kita mahu. Berani mengaku silap. Awak founder bertanggungjawab.
“Semoga tetap kuat, tabah dan terus mengorak langkah,” antara komen-komen netizen.
Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan keluhan seorang stokis yang kecewa dengan pihak ‘head quaters’ kerana menjual dan menurunkan harga produk tanpa berbincang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Anas Zahrin