Pelakon dan usahawan, Boy Iman ada berkongsi sati foto bersama peguam Syariah, Dato Zaidi yang difahamkan bakal mengendali kes perceraianya bersama bekas isteri, Kumala Dewi Anas.
Menerusi laporan media, perpisahan kali ini merupakan perceraian ketiga buat mereka.
“Bersama peguam syariah saya, Dato’ Zaidi yang akan menguruskan penceraian saya dan bekas isteri.
“Insha-Allah akan diselesaikan dalam masa terdekat di mahkamah. Walaupun ianya satu yang amat pahit tetapi ianya perlu dibuat agar hukum dari segi agama terlaksana dan didokumentasi mengikut undang2 syariah yang diamalkan di negara kita,” tulisnya.
Boy bagaiamanapun tetap menghormati keputusan bekas isteri dan menyifatkan mereka kini sudah tiada jodoh.
“Saya juga menghormati bekas isteri saya yang mahu dilepaskan. Mungkin jodoh kami sampai disini sahaja.
“Namun hubungan sebagai bekas suami isteri dan ibubapa kepada anak2 akan tetap kami pelihara demi tanggungjawab yang dipikul walaupun tidak bersama lagi.
“Siapa yang tidak sedih, siapa yang tidak menderita. Hanya Allah sahaja yang tahu apa isi dalam hati ini. Ianya berlaku di usia saya mcm ini.
“Dan ketika saya dan bekas isteri berusaha untuk menyelamatkan mahligai yang dibina hampir 8 tahun. Belum masuk lg masa kami bercinta hampir 6 tahun. Macam2 kami lalui, tempuhi bersama. Sudah tentu byk kenangan indah dari pahit,” kongsi Boy lagi.
Malah, atas perpisahan yang sudah pun berlaku sejak 20 April lalu itu, bintang ini mengharapkan doa yang baik-baik dari peminat.
“Doakan yang baik2 kepada kami untuk menerima keburukan ini sebagai satu kebaikan kepada kami yang Allah kurniakan sesungguhnya yang buruk itu kami, yang baik itu dari Allah,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu menerusi laporan mStar, Boy mengakui mereka sudah jatuh talak kali ketiga.
Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 39, berkata, dia dan isteri pernah bercerai dua kali iaitu pada 2015 dan 2017, namun kembali rujuk semula sebelum habis tempoh edah.
Untuk rekod keduanya berkahwin pada 11 November 2011 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Norul Emmer yang kini berusia enam tahun.
Kumala sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata perempuan Ku Ivy Emmera berusia 19 tahun.
Foto: Instagram Datuk Boy Iman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI