Menerusi akaun Instagram milik penyanyi Fakhrul UNIC, anggota kumpulan nasyid ini ada memuat naik sekeping foto ketika menziarahi pusara pelakon dan pelawak, Abam Bocey.
Malah, Fakhrul turut memaklumkan dirinya bermimpi bertemu dengan arwah.
Malah dirinya akui kerap memikirkan tentang rakannya itu ketika berada di tanah suci Mekah.
“Entah knapa sy mimpi almarhum abam kelmarin, mungkin kebetulan sbb dok fikir psl dia masa di mekah lg kot..kemarin smpai malaysia,” tulisnya.
Ads
Di samping itu, penyanyi berusia 33 tahun ini juga mendoakan semoga agar roh arwah Abam tenang.
“Harini jumaat yg mulia baru sempat ziarah pusara sahabat. Sampai harini masih ramai yg dtg ziarah ko abam.
Ads
“Moga tenang di sana. Alfatihah (hadiahkan bacaan) buat syed omar mokhtar @abam_bocik.,” tulisnya.
Imbas kembali, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah meninggal dunia di kediamannya di Gombak, pada 10 Februari yang lalu.
Arwah Abam telah selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu.
Foto: Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ternyata lakonan hebat pelakon Zara Zya menerusi drama rantaian Pia membuahkan hasil apabila aktres tersebut menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019, pada Jumaat lalu.
Bintang berusia 34 tahun ini turut meluahkan rasa syukur atas penerimaan anugerah yang diraih.
Zara turut berkata, dia sangat menanam impian untuk menerima trofi Anugerah Skrin.
“Alhamdulillah saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Saya memang nak sangat rasa trofi Anugerah Skrin sebab ini bukan undian ini daripada juri.
“Sejujurnya tak menyangka yang saya akan memenangi malam ini,” kongsi Zara Zya sejurus memenangi anugerah tersebut.
Tahun lalu, kategori sama telah dimenangi oleh pelakon Amyra Rosli menerusi drama Nur.
Ditanya andai ada pihak yang membanding-bandingkan, ini kata Zara;
“Itu terpulang sebab kita boleh bercakap apa sahaja yang kita nak cakap. Jadi terpulang kepada sesiapa yang ingin berkata.
“Akan tetapi saya tetap tahu yang penyokong Pia itu ada,” katanya kepada MH.
Pelakon versatil, Fasha Sandha ada bertemu mengisi masa bersama rakan lamanya, Nurida Suraya yang juga isteri kepada pereka terkenal di bawah jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.
Pertemuan dua ibu itu nyata bagi melepaskan kerinduan, selain Fasha turut memuji kecomelan anak sulung pasangan berkenaan.
“Baby Rizqaa @rizqaarizman comelnya kamu ni nak. Thank you Rizman and baby, izinkan kami pegang baby Rizqaa ni.
“Selalu tengok dia di IG dan selalu terasa teringin nak jumpa baby comel ni, Alhamdulillah hari ni Allah izinkan jumpa,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dibuat Fasha menerusi satu entri terkininya di Instagram.
Sambil mengakui usia Rizqaa sama dengan anak bongsunya, Fasha turut mendoakan agar bayi perempuan itu membesar dengan baik.
“Semoga membesar dengan sihat baby. Aunty kenal mommy Rizqaa sejak kami sama2 remaja.
“Alhamdulillah seronok tengok mummy bahagia dengan daddy. Syukur. Beza sebulan je dengan Aisha, semoga besar nanti dapat jadi kawan Aisha,” tulisnya lagi.
Beberapa foto yang dikongsikan itu juga turut mendapat perhatian peminat lantas pelbagai komen turut ditinggalkan.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas sedekad dalam industri seni muzik, duo penyanyi, Aishahanim bakal melakar sejarah tersendiri menerusi penganjuran Mini Konsert One Night Only Aishahanim pada 6 Ogos depan.
Aisha berkata, mini Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu adalah tanda penghargaan kepada keluarga, sahabat, rakan media dan peminat yang selama ini menyokong karier mereka.
Tambahnya lagi, persembahan tersebut juga bakal menjadi lembaran penceritaan sejarah permulaan mereka dalam menuai bakat di laman seni tempatan menerusi 15 lagu yang akan disampaikan.
“Setiap penyanyi mempunyai sejarah dan cerita sendiri. Begitu juga Aishahanim. Oleh sebab itu, konsert One Night Only Aishahanim adalah pentas untuk kami bercerita tentang perjalanan kami dalam dunia seni.
“Kami juga mahu membuktikan, kami mampu untuk menyanyi secara langsung. 15 lagu bukan mudah tetapi kami yakin dengan kemampuan dan bakat kami.
“Setiap lagu yang dipersembahkan mempunyai cerita dan sejarah tersendiri dalam hidup kami. Tetapi 15 lagu yang bakal dipersembahkan adalah pilihan terbaik untuk malam One Night Only Aishahanim,” kongsinya teruja.
Sepanjang dua jam persembahan, peminat bakal dihiburkan dengan rangkaian seleksi lagu-lagu nyanyian semula dan single hits mereka antaranya Angkara, Tinggalan Cinta dan Leka.
Malah, mereka bakal menyanyikan lagu-lagu nyanyian idola mereka antaranya, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, Ziana Zain dan ramai lagi.
Seleksi lagu yang bakal dipersembahkan juga akan menggabungkan pelbagai genre bermula dari era 60-an sehingga sekarang. Persembahan secara langsung itu juga diiringi oleh Band Tentera Darat Port Dickson.
Bercakap soal stamina, Aishahanim kini giat berlatih menerusi senaman dan aktiviti riadah untuk memastikan mereka bertenaga sepanjang hampir dua jam persembahan tersebut.
Tiket mini konsert yang turut disertakan dengan makan malam itu sudah mula dijual bermula pada harga RM299 sehingga RM499.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...