Pelakon, Nazim Othman berkongsi cerita apabila dia mengalami mimpi menakutkan iaitu nyawanya dicabut sebanyak dua kali.
Ia sekali gus menjadikan pelakon berkenaan mengalami masalah untuk tidur pada waktu malam berikutnya disebabkan hal berkaitan.
“Ok, this is random, but I feel like sharing anyway. A few months ago, saya mimpi nyawa dicabut.
“Dah dicabut nyawa, lepas tu hidup semula selepas beberapa saat, lepas tu dicabut sekali lagi nyawa ini kemudian saya tersedar daripada tidur.
“Of course I was scared… rasa macam real.. and then I couldn’t sleep for a few nights following that particular night. Orang kata mimpi ni mungkin sekadar mainan tidur, but the way I see this one, it serves as a softest reminder from Him for me to reevaluate my choices and the way I’ve been living my life.
“Wallahualam. Semoga kita semua meninggal dalam husnul khatimah. Amin,” tulisnya.
Video yang dikongsikan pelakon drama Suri Katriana itu adalah berdasarkan sepotong video pendek dari peceramah bebas Indonesia berkenaan pengakhiran hidup setiap manusia.
Menerusi ruagan komen, rata-rata turut terkesan dengan perkongsian video tersebut.
Video: Instagram Nazim Othman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI