Pelakon Puteri Sarah Liyana meminta suaminya, Pengarah Syamsul Yusof supaya ‘melepaskannya’ kerana tak rela dimadu.
Sarah menerusi satu hantaran terkininya di Instagram hari ini turut mendakwa, Syamsul juga masih tidak ajak berbincang sehingga ke hari ini.
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic.
“We deserved better,” tulis Puteri Sarah yang sekaligus mengejutkan ramai pihak sehingga lebih empat ribu komen yang ditinggalkan selebriti dan peminat di ruangan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Kami Berdiri Di Atas Bumi Yang Bergoncang Menelan Lebih 10,000 Umat. Allahuakbar!,” – Nadzmi Adhwa
Pelakon Nadzmi Adhwa dan rakan baiknya Ardell Arayana ada menyertai misi bersama pasukan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia yang berakhir semalam bagi membantu penduduk sekitar Sigi dan Donggala, Indonesia yang sedang ditimpa musibah banjir besar dan banjir lumpur.
Malah, dua sekawan itu sering berkongsi aktviti mereka sepanjang berada di sana.
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
View this post on InstagramBismillahirahmanirahim ❤️ Doakan kami ?? #JejakRamadhanPalu #RescueTeam
A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
“Salam Jumaat. Kami berdiri di atas bumi yang bergoncang menelan lebih 10 000 umat manusia. Allahuakbar!
“Hadis Shahih – “ Menjelang tibanya hari Kiamat akan ada (orang – orang) yang dirubah bentuknya , DITENGGELAMKAN DI DALAM BUMI dan dilempari batu ” (HR. Ibnu Majah , Shahih ).
“Di bulan Ramadhan yang mulia ini, mari kita kembali pada Allah, Perbanyak taubat , jauhi maksiat dan kembali ke majlis ilmu. Insyaallah,” tulisnya pada satu entri foto terkininya di Instagram.
Foto: Instagram Nadzmi Adhwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Gayut Tiap Hari,”- Ini Respon Niena Azman Bila Ramai DM Fizikal Rendah Si Suami, Rody Kristal
Kata orang,jika si isteri lebih tinggi dari suami, pastinya murah rezeki.
Begitulah yang dialami pasangan Niena Azman dan suaminya Rody Kristal.
Niena yang juga penjaga gol futsal kebangsaan baru-baru ini ada memuat naik foto bersama Rody di Instagram.
“Bila dpt suami rendah ? klu la @adithya_jabbar tggi esok.. boleh la jd menara KLCC bile amek gambar ???
“ Apa pun percaya ketentuan Allah jodoh kte tu sentiasa melengkapi.. ada jugak DM mcm ne nk handle klu patner rendah.. senang je suruh diorg gayut tiap2 hari ??? ok! gurau je ?
“Insyallah xde kemalangan jiwa, just kte kene terima diorg bkn sb fizikal tp sb keperibadian mereka ❤ spread more love, pasti diorg nmpk cute dgn kependekkan diorg,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Nur Izwani ? Dekno ? (@niena_azmann) on
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap fizikal pasangan itu.
Untuk rekod, pasangan tersebut berkahwin pada 27 April tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung Adithya Jabbar, 3 bulan.
Foto: IG Niena
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guru Vokal Sarah Ismail Timang Bayi Lelaki; “Bersalin Normal, Dipermudahkan OlehNya.”
Tahniah diucapkan buat penyanyi yang kini komited sebagai guru vokal, Sarah Ismail yang telah pun selamat bersalin pada 14 Oktober lalu.
Berkongsi foto kandid dirinya yang sedang memangku cahaya mata lelaki yang baru sahaja dilahirkan, Sarah turut menitipkan rasa syukur di Instagram.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah saya Sarah Ismail selamat melahirkan anakanda lelaki saya yang pertama pada 14hb Oktober 2022 (Jumaat penghulu segala hari) yang lalu jam 9 pagi.
“Pengalaman yang cukup indah, bersalin normal dan dipermudahkan olehNya. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas doa-doa anda.
“Ada yang DM tanya keadaan saya, MasyaAllah. Sayang semua,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian gembira itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah atas kehadiran permata hati pelengkap keluarga.
“Tahniah Sarah,” tulis Haiza.
“Alhamdulillah… Tahniah Sarah dan suami. Syukur,” Shiha Zikir turut meninggalkan komen.
“Alhamdulillah, tahniah,” ucapan daripada Farawahida.
“Alhamdulillah, congratulations and welcome to the club of sleepless night,” seloroh Uyaina.
“Alhamdulillah congrats Cikgu,” ucap Arja Lee.
“Hey adik, congratulations dear. Alhamdulillah…,” coret Noryn Aziz.
Imbas kembali, Sarah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati, Asyraf Ahmad pada 14 Julai 2018 di Masjid DiRaja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI