Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil mempertahankan diri selepas seorang gadis obesiti yang dikenali sebagai Wani Comel mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti yang dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan sebelum ini.
Terdahulu antara lain, menurut laporan media menerusi sidang media yang dilakukan gadis berusia 23 tahun itu, Wani turut memberitahu dia terpaksa membuat laporan polis untuk menjamin keselamatan diri selepas didatangi wakil usahawan tersebut.
Wani yang turut ditemani peguam menerusi sidang media sebelum ini juga berkata, antara lain, dia ingin menuntut pampasan dan perkara yang telah dijanjikan selain ingin membatalkan kontrak yang telah ditandatangani.
Pada masa sama, Wani menyatakan harapannya agar dapat membersihkan semula namanya di mata masyarakat.
Sementara itu, Alif yang turut melakukan sedang media pada Isnin susulan kontroversi berkenaan memberikan penjelasan mengenai kontrak yang didakwa sebagai berat sebelah.
Ads
“Saya banyak ambil duta sebelum ini seperti Erra Fazira, Wany Hasrita dan macam-macam lagi. Kalau saya buat percakapan perjanjian, mesti ada dalam agreement. Ada tak saya kata nak bagi rumah, kereta atau nak bantu keluarga dia?
“Saya hanya cakap mahu membantu dia untuk kembali boleh berjalan. Zaman fasa Covid-19 macam ni, orang tengah tak ada duit dik. Orang kalau dah ada kaki, ada tangan boleh berniaga, berniagalah.
“Kalau boleh bekerja, bekerjalah. Tak payahlah kalau boleh nak meminta-minta. Kalau rasa tak menunaikan janji, mudah… saman!
“Saya memang tunggu saman daripada Wani dan tunjukkan bukti yang mengatakan saya nak bagi kereta, nak bagi rumah.
Ads
“Saya minta maaf ya, cakap terus-terang. Benda ni permintaan yang berunsurkan permintaan di luar jangkauan. Sebelum saya kenal budak ini, saya sendiri sudah berniaga dan saya tak nak cakap lebih-lebih.
“Saya rasa tindakan meminta itu tak manislah. Kalau betul saya nak bagi, tunjukkan bukti.
“Sebelum kemunculan dia, saya memang sudah berniaga produk pelansingan badan pun. Tak sangka ya sampai ke tahap ini adik ini mengenakan saya,” katanya.
Ads
Ditanya sama ada sudah serik untuk mengambil mana-mana individu sebagai duta terhadap mana-mana produk yang dikeluarkan, ini kata Aliff yang pernah muncul menerusi single Cuba Bahagia ini;
“Sebagai seorang ahli perniagaan niat baik saya adalah untuk membantu dan pada masa sama, saya mempromosikan produk. Rasanya tidak salah.
“Saya bukan kata Wani dah kurus 100 peratus menggunakan produk LookFit. Itu agak ‘keras’ bunyinya.
“Malah, saya rasa produk saya pun ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia selain mempunyai pengiktirafan halal. Jadi tiada masalah kalau saya nak buat promosi pun.
“Cuma claimed dia tu melampau,” katanya lagi. Terdahulu, sidang media yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara antara lain turut merungkaikan mengenai dakwaan yang telah dilakukan pihak Wani.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang remaja di Melbourne, Australia mengalami pendarahan parah di kedua kakinya setelah merendam kakinya di pantai Melbourne. Mengikut sumber, pendarahan tersebut disebabkan oleh sejenis kutu laut yang menyantap daging kaki remaja itu.
Sam Kanizay, 16, pada Sabtu lalu seperti diberitakan Sunrise News ketika itu ingin mencuci kakinya yang penuh dengan pasir di pantai setelah habis bermain bola.
Namun ketika keluar daripada air, dia mendapati kakinya berlumuran darah. Ayahnya, Jarrod Kanizay, mengatakan anak lelakinya itu seperti digigit sesuatu di dalam air.
“Kakinya penuh darah. Mereka memakan daging melalui kulit Sam, dan membuatkan darahnya tidak henti mengalir,” ujar Jarrod.
Mereka mencuba untuk menghentikan darahnya daripada terus mengalir, namun tidak berhasil dan terpaksa membawanya ke hospital.
Pihak hospital juga tidak dapat memastikan apa penyebab pendarahan yang berlaku oleh kerana kes itu adalah yang pertama kali terjadi di pantai tersebut. Setelah dibersihkan darah, lubang-lubang kecil terlihat di kedua kaki Sam, seperti digigit sesuatu.
Oleh kerana ingin tahu, Jarrod mencuba memancing pemangsa kaki anak lelakinya. Kemudian, dia kembali ke pantai itu dan memasang jaring dengan umpan daging mentah. Setelah diangkat, apa yang didapatinya sangat mengejutkan.
Ada ratusan haiwan kecil berukuran 1-2 cm yang mennghurungi daging-daging mentah itu, memakan daging dengan rakus. Menurut profesor laut di University of Melbourne, Michael Keough berkata haiwan tersebut kemungkinan adalah kutu laut pemakan bangkai ikan yang mati.
Haiwan ini memakan daging dan tertarik pada darah. Kerana ukurannya yang kecil, gigitannya tidak terasa oleh manusia, dan akan disedari setelah darah memancut keluar.
Wakil Malaysia di pertandingan Miss Charm 2024, Rashmita Rasindran, berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Kemenangannya bagai sudah boleh dijangka sejak awal pertandingan lagi.
Menampilkan prestasi yang baik di pusingan kelayakan, gadis berusia 24 tahun ini mengalahkan 35 peserta lain yang datang dari seluruh dunia untuk merebut gelaran berprestij itu.
Dalam pertandingan akhir yang diadakan di Stadium Nguyen Du, Vietnam, Rashmita memukau pandangan dalam busana gaun petang potongan duyung rekaan Redzuan Harun Couture.
Dia meluncur laju mara ke kedudukan top 20, top 10, top 6 dan seterusnya ke pusingan akhir yang hanya melibatkan tiga peserta terbaik.
Ketika di pusingan top 3, Rahmita diberikan soalan berkaitan menggunakan pendidikan sebagai satu platform untuk memerangi ketidaksamaan sosial dalam masyarakat kini.
“Pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada kedidupan semua orang, kerana ia merupakan platform yang boleh mengubah kehidupan seseorang untuk menjadi seorang yang kosong ke hero.
“Dan saya percaya hanya dengan pendidikan yang merupakan platform berkuasa mampu merubah hidup seseorang dan memberi impak yang besar. Saya percaya setiap daripada kita dilahirkan untuk melakukan sesuatu di dunia dan ia hanya boleh berlaku dengan kuasa pendidikan,” jawabnya lancar.
Selain Rashmita yang bergelar juara, wakil Australia, Alana Deutsher-Moore bergelar naib juara dan peserta tuan rumah, Nguyễn Thị Quỳnh Nga pula berada di kedudukan ketiga.
Manakala Melati Tedja, Xiadani Saucedo dan Vanesa Velásquez, masing-masing dari Indonesia, Mexico dan Colombia melenagkapkan kelompok top 6.
Imbas kembali, kemenangan Rashmita mengulang kejayaan pelakon, model dan penerbit terkenal, Kavita Sidhu yang sebelum ini bergelar Miss Charm International 1990.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...