Pelakon dan model, Mimi Lana mendedahkan dirinya dengan rela hati telah menarik diri daripada sebuah pengambaran bersama sebuah jenama fesyen popular antarabangsa, Dior.
Jelas Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal, keputusan tersebut dibuat sebagai tanda solidaritinya buat seluruh rakyat Palestin yang ketika ini sedang ditindas oleh regim Zionis.
Malah, jenama Dior juga semakin hangat diperkatakan sejak beberapa hari yang lalu gara-gara tindakan mereka yang didakwa menamatkan kontrak model antarabangsa, Bella Hadid berikutan kelantangannya memperjuangkan nasib rakyat Palestin menerusi protes di jalanan.
The Smallest thing mean the most. I stand with my Palestinian people and for my sister @bellahadid ! #FreePalenstine 🇵🇸 pic.twitter.com/j63xm4JF87
— Mimi Lana (@missmimilana) May 21, 2021
“The Smallest thing mean the most. I stand with my Palestinian people and for my sister @bellahadid ! #FreePalenstine,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Pusaka itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter miliknya.
Bersama ciapan tersebut, Mimi dilihat turut berkongsi tangkap layar yang memaparkan perbualannya bersama wakil jenama berkenaan.
“Saya kesal untuk beri tahu kamu yang saya tidak dapat membuat sesi pengambaran Dior kamu esok.
“Saya baru je dapat tahu yang Dior telah mengugurkan Bella Hadid kerana sokongannya terhadap Palestin. Ini adalah isu sensitif buat kaum muslim di negara saya sekiranya saya memuat naik apa-apa berkenaan Dior. Saya mohon maaf dan harap kamu faham,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan rasa kagum selain turut menyifatkan tindakannya itu sebagai langkah yang sangat berani.
“Semoga Allah menggantikan rezeki yang lebih baik.
“Inilah salah satu solidariti yang tegas. Moga beroleh rezeki lebih baik. Amin.
“Semoga Allah gantikan dengan lebih baik mimi. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan usaha ini menjadi saksi di akhirat nanti,” antara komen-komen netizen di ruangan Twitter.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI