Tahniah diucapkan buat Zamani Ibrahim yang telah selamat bernikah dengan pasangannya, Nur Juliana Abdul Rani.
Memetik Harian Metro, pasangan tersebut diijabkabulkan di dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur, malam tadi.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 48 tahun itu memohon maaf kepada pihak media kerana tidak berkongsi hal berkenaan lebih awal.
“Saya minta maaf kerana majlis ini dibuat secara tertutup dan hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Saya bukan menafikan peranan wartawan terhadap karier saya, tapi ini hanya majlis akad nikah dan kami akan jemput semua pihak pada majlis resepsi yang dirancang nanti,” kata Zamani seperti yang dipetik.
Difahamkan Zamani sudah lama mengenali Juliana, yang juga merupakan pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.
Jun lalu, Zamani pernah mengumumkan dirinya mahu bertunang dengan Juliana menerusi sebuah majlis.
Malah, keduanya juga pernah menyanyi bersama pada majlis bersama peminat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan.
Sumber/Foto: Harian Metro, ZIME Production
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datin Lisa Surihani Bimbang Takut Lahir Sifat ’Sum’ah’, – “Sebagai Manusia Mudah Terlupa Apabila Kita Dah Rasa Seronok Orang Puji.”
Pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani bersyukur apabila sentiasa menerima titipan doa yang baik-baik.
Bagaimanapun, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengakui dia pada masa sama rasa takut apabila menerima kata pujian berlebihan daripada orang ramai di media sosial.
Jelasnya, meski hal tersebut bersifat positif namun ia boleh melahirkan perasaan ’Sum’ah’ yang mana mungkin mampu membuatkan seseorang itu berasa mudah lupa diri.
“Sebenarnya, antara dugaan atau ujian yang kita lalui berbentuk positif. Maksud saya, bila orang mendoakan kita Alhamdulillah, kita amin kan.
“Kita pun rasa macam Ya Allah biarlah doa itu berbalik kepada mereka berganda apabila orang mendoakan kita.
“Tapi kalau orang puji saya takut sebab pujian ini walaupun positif tetapi ia boleh melahirkan rasa sum’ah.
“Sum’ah tu maksudnya macam dia suka dengan pujian dan kita sebagai manusia mudah terlupa apabila kita dah rasa seronok orang puji kita,” katanya.
Dalam pada itu, Lisa atau nama lengkapnya Lisa Surihani Mohamed menambah, perkara bersifat positif juga antara salah satu ujian daripadaNya.
Lalu, aktres berusia 36 tahun ini menasihati semua untuk sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa semuanya adalah milik Allah SWT.
“Jadi, kita kena sentiasa memandang benda itu dari sudut positif dan ingat semuanya daripada Allah SWT.
“Ini sebenarnya adalah satu ujian untuk kita tidak lupa dan muhasabah diri untuk pastikan apa niat asal diri kita.
“Bagi saya ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Jadi kita kena selalu mendoakan antara satu sama lain,” katanya lagi.
Lisa telah berkongsi cerita tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program MeleTOP, pada Selasa.
Sekadar informasi, Lisa telah mula mengenakan hijab sepenuhnya sekitar Jun 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Lisa Surihani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Last-Last Bil Kena RM3k,” – Tak Lokek Belanja Kawan, Nabil Dihujani Doa Peminat Moga Murah Rezeki Selalu
Hos dan penyampai radio, Nabil Ahmad dilihat berkongsi rezeki bersama rakan-rakan sekerjanya ketika singgah di sebuah cafe popular.
Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagram rasmi ERA, Nabil yang bersama pasukan stesen radio terbabit di dalam perjalanan ke Kedah bersempena dengan program TouERA 2022.
Difahamkan, pengacara Gegar Vaganza itu membelanjakan wang sendiri dengan membeli minuman dan bekas tumbler untuk rakan-rakan sekerjanya di ERA.
“Mula-mula harga kopi RM300 je guys, @nabilzira cakap murah sangat. Dia suruh ambik tumblr. Last-last bil kena RM3k.
“Lain macamlah Nabil punya pemurah. Thank you @nabilzira belanja kitaorang hari ini,” tulis kapsyen terbabit.
Sementara itu di dalam video sama, Nabil turut meluahkan perasaannya.
“Gembiralah. Hari Jumaat ni hari yang paling berkat,”kata Nabil selepas ditanya mengenai kemurahan hatinya belanja kawan-kawan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji Nabil selain mendoakan semoga dia terus dimurahkan rezeki.
Hantaran tersebut sehingga kini mencapai lebih 11,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejak 1986 di Jalan Liku, Saya Menjadi Penyampai Berita Termuda Negara,” – Ras Adiba Radzi Tinggalkan Dunia Penyiaran Selepas 34 Tahun
Personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi mengumumkan pengundurannya secara rasmi dalam bidang penyiaran selepas berkecimpung kira-kira 34 tahun dalam bidang berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu posting yang di muat naik di Instagram, dalam dwi-bahasa.
Sambil berkongsi perjalanan kerjaya sejak awal, Ras Adiba turut mengucapkan terima kasih dan menyifatkan pengundurannya adalah aturan dari Yang Maha Esa.
“Setelah 34 tahun, saya bakal tinggalkan sesuatu yang saya kasihi & dikasihi. Saya hidup, makan, lena & bertugas sebagai Penyelaras pakaian, Wartawan siaran, Pengulas sukan, Penerbit & Penyampai berita.
“Sejak 1986 di Jln Liku, saya menjadi Penyampai berita termuda negara. Saya seronok pabila diberi tugasan luar & membaca berita. Ianya hidup saya.
“Teruja sungguh pabila mendengar kiraan saat untuk ke udara & sejurus lampu dinyalakan. Namun hari ini adalah hari yang saya tahu akan jelang tetapi tidak tahu kapan akan tibanya.
“Saya adalah seorang pemberita selamanya & berat sungguh untuk saya buat keputusan ini.Saya harus tinggalkan kamu aduhai, jiwa saya. Dan malam ini jam 8,16Mei NTV7, berakhirlah sudah kisah cinta kita.
“Pabila dengan perlahan saya cabut keluar mikrofon yang tersemat di kolar jaket & alat pendengaran dari dalam telinga saya.Kalbu saya teresak menangis kerna inilah pengakhirnya.
“Terimakasih TV3, terimakasih NTV7.Maaf kerana saya terpaksa berundur,bukan kerana tidak sayang tetapi kerana rancangan Illahi sudah tersusun rapi.
“Esak saya teramat sungguh namun tidak akan mahu saya ucapkan selamat tinggal. Apa mungkin saya akan dirindui?,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) on
Media tempatan melaporkan Ras Adiba dilantik menjadi senator mewakili golongan orang kelainan upaya (OKU) dan difahamkan, majlis angkat sumpahnya sebagai Ahli Dewan Negara itu dijangka berlangsung pada Isnin depan.
Foto: Instagram Ras Adiba Radzi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI