Pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim telah membuat pengumuman mengejutkan selepas selesai membuat persembahan konsert Kesuma Jiwa 2020, malam tadi.

Dukacitanya, Rizalman memaklumkan akan mengundurkan diri dari dunia fesyen buat selamanya.

“Sebenarnya saya ingin meminta keizinan daripada anda semua untuk mengundurkan diri, saya ingin bersara pada malam ini.

“Dan ini merupakan pertunjukan fesyen saya yang terakhir.

IKLAN

“Saya minta maaf tetapi perjalanan karier saya sebagai seorang pereka fesyen berakhir pada malam ini. Ampunkan saya,” katanya.

Sementara itu, Rizalman turut memaklumkan empayar fesyen akan diserahkan kepada rakan perniagaan, Faizul Surani untuk meneruskan legasi jenama Rizalman.

IKLAN

“Saya akan berikan tugasan ini kepada Faizul untuk meneruskan jenama Rizalman ini ke arah seterusnya,” jelasnya.

IKLAN

Terdahulu, pertunjukan fesyen Kesuma Jiwa mementaskan koleksi terakhir Rizalman selain diserikan persembahan khas dari Dayang Nurfaizah.

Turut sama terlibat dalam acara tersebut termasuk Hael Husaini, Datuk Syafinaz Selamat dan pelakon Sherry Alhadad.

https://youtu.be/cB6kP3xum38

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI