Penyanyi Datin Alyah memohon para peminat tidak saling berperang di media sosial susulan persembahan Siti Nordiana menerusi lagu Kisah Hati di All Stars Vaganza (ASGV) malam tadi yang hangat diperkatakan.
Isteri kepada Datuk Ramli MS menerusi Instagram menjelaskan, dia hadir ke malam kemuncak program realiti ini bagi memberikan sokongan terhadap Siti Nordiana atau Nana.
“Seperti mana semua tahu saya jarang nak datang tonton GV secara live. Adakala dengan jadual jemputan nyanyian yang kebetulan kena pada hari yang sama.
“Tapi malam tadi saya hadir memang untuk support sahabat saya yang menyanyikan lagu saya. Walaupun dikejutkan dengan situasi yang agak buat saya terkedu sehingga saya tak tahu nak react macam mana dan hanya mampu senyum.
“Saya repost semua yang DM, tag nama saya sebab sokongan korang terhadap saya buat saya sebak.
“Terima kasih banyak-banyak cuma saya mohon sangat janganlah kondemkan sahabat saya dan bergaduh sesama fansclub ya,” tulisnya.
View this post on Instagram
Alyah pada masa sama percaya Nana juga sudah memberikan yang terbaik dan turut memohon agar peminat tidak membandingkan nyanyian mana-mana penyanyi.
“Saya yakın dia pun berusaha keras nak beri yang terbaik begitu juga saya. Saya rakamkan lagu Kisah Hati ini berulang kali sebab nak yang terbaik.
“Setiap penyanyi pasti akan lakukan sehabis baik untuk setiap nyanyian mereka. Tak Kisahlah lagu sendiri atau lagu orang lain.
“Hargailah kami kerana usaha kami mohon janganlah bandingkan kami kerana kami saja tahu bagaimana rasa sakit itu,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI