Pelakon terkenal, Ayda Jebat tidak mahu menuding jari terhadap mana-mana pihak berikutan wujud dakwaan segelintir pihak yang berpandangan bahawa proses suntingan drama lakonannya, Bukan Gadis Biasa berada di tahap teruk.
Ayda sebaliknya tampil memohon maaf kepada semua penonton.
Katanya menerusi laporan Harian Metro, dia mengambil kelemahan tersebut atas kesilapannya sebagai pelakon.
Ini kerana baginya, sebagai satu pasukan dalam produksi, mereka perlu bekerjasama.
“Saya mohon maaf jika ada penonton yang kurang senang dengan perkara itu. Saya akui penonton sekarang semakin bijak dan boleh melihat sendiri kelemahan yang berlaku.
“Saya mohon jangan salahkan editor atau penyunting semata-mata kerana pada pendapat saya, semuanya harus bekerjasama.
Ads
“Saya salahkan diri sendiri. Kadang-kadang, sebagai pelakon, saya terlupa menjaga konti atau kesinambungan lakonan saya. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Kru yang menjaga konti juga mungkin terlepas pandang.
“Akhirnya, penyunting pun tak boleh nak buat apa dan mereka harus menyunting drama itu menggunakan visual sedia ada,” katanya seperti yang dipetik.
Menurutnya lagi, meski drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd itu terpalit beberapa isu, namun ia tetap menerima sambutan baik penonton.
Ads
“Alhamdulillah, drama bersiri ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan apabila kekal trending setiap kali bersiaran.
“Saya bersyukur kerana masih ramai penonton yang mengambil mesej positif dalam drama bersiri ini untuk dijadikan teladan dan contoh.
“Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang kurang itu datang dari saya sendiri,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu selain elemen suntingan, drama bersiri Bukan Gadis Biasa turut mendapat kritikan dari segi solekan kesan khas watak orang tua lakonan Sheila Rusly serta kenyataan pengarahnya, Jinggo yang mendapat perhatian netizen.
Selain Ayda dan Sheila, Bukan Cinta Biasa turut dibarisi pelakon seperti Remy Ishak, Nazim Othman, Ozlynn Watie, Mas Khan dan ramai lagi.
Drama berkenaan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Twitter, pengacara dan penulis lagu, Ahmad Fedtry Yahya ada berkongsi keadaan terkini bersama para peminat dah rakan artis.
Menurut Fedtri, dia kini dilaporkan semakin sihat selain turut menganggap segala kejadian yang berlaku ini adalah kifarah dosa baginya.
Pada masa sama, pengacara program Jejak Rasul itu turut berkongsi foto yang memperlihatkan perkembangan terkini wajahnya yang baru selesai menjalani pembedahan pada Khamis.
Tweet tersebut nyata menerima perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Get well soon bro. Saya doakan crpat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik-baik. ❤️
Penyanyi Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMN35) atas masalah kesihatan.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pihak pengurusan, keputusan untuk tidak membenarkan penyanyi berkenaan membuat persembahan menerusi lagu Peluang Kedua itu atas nasihat doktor.
“Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) yang bakal berlangsung bermula malam ini atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.
“Keputusan ini dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat & juga komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini & MFMF.
“Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik,” jelasnya.
Dalam pada itu, pengurus kepada Nabila, Ash mendedahkan, ia merupakan satu keputusan sukar dan menjadi impian penyanyi terbabit untuk membuat persembahan di pentas saingan Muzik-Muzik.
Malah, Nabila juga telah pun mengikuti kelas latihan vokal sejak September sebagai persiapan.
“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impian beliau sebagai penyanyi.
“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal.
“Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya.
Nabila sepatutnya menyanyikan lagu ciptaan m Hael Husaini dan MFMF pada Ahad, iaitu hari terakhir penganjuran SFMM.
“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian.
“Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Segala kesulitan amatlah kami kesali,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...