Pelakon terkenal, Ayda Jebat tidak mahu menuding jari terhadap mana-mana pihak berikutan wujud dakwaan segelintir pihak yang berpandangan bahawa proses suntingan drama lakonannya, Bukan Gadis Biasa berada di tahap teruk.
Ayda sebaliknya tampil memohon maaf kepada semua penonton.
Katanya menerusi laporan Harian Metro, dia mengambil kelemahan tersebut atas kesilapannya sebagai pelakon.
Ini kerana baginya, sebagai satu pasukan dalam produksi, mereka perlu bekerjasama.
“Saya mohon maaf jika ada penonton yang kurang senang dengan perkara itu. Saya akui penonton sekarang semakin bijak dan boleh melihat sendiri kelemahan yang berlaku.
“Saya mohon jangan salahkan editor atau penyunting semata-mata kerana pada pendapat saya, semuanya harus bekerjasama.
“Saya salahkan diri sendiri. Kadang-kadang, sebagai pelakon, saya terlupa menjaga konti atau kesinambungan lakonan saya. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Kru yang menjaga konti juga mungkin terlepas pandang.
“Akhirnya, penyunting pun tak boleh nak buat apa dan mereka harus menyunting drama itu menggunakan visual sedia ada,” katanya seperti yang dipetik.
Menurutnya lagi, meski drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd itu terpalit beberapa isu, namun ia tetap menerima sambutan baik penonton.
“Alhamdulillah, drama bersiri ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan apabila kekal trending setiap kali bersiaran.
“Saya bersyukur kerana masih ramai penonton yang mengambil mesej positif dalam drama bersiri ini untuk dijadikan teladan dan contoh.
“Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang kurang itu datang dari saya sendiri,” katanya lagi.
Terdahulu selain elemen suntingan, drama bersiri Bukan Gadis Biasa turut mendapat kritikan dari segi solekan kesan khas watak orang tua lakonan Sheila Rusly serta kenyataan pengarahnya, Jinggo yang mendapat perhatian netizen.
Selain Ayda dan Sheila, Bukan Cinta Biasa turut dibarisi pelakon seperti Remy Ishak, Nazim Othman, Ozlynn Watie, Mas Khan dan ramai lagi.
Drama berkenaan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sempat Kena Usik “Bila Mahu Belanja Saya Makan Nasi Beriani Kambing?” – Akhirnya Sugu Pavithra ‘Bersidang Video’ Dengan PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berinteraksi dengan penerima-penerima bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melalui sidang video bagi mendapatkan gambaran manfaat yang diperoleh daripada bantuan tersebut.
Memetik Bernama, sidang itu berlangsung ketika Muhyiddin melawat Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan di sini, bagi meninjau operasi serta status pelaksanaan langkah-langkah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, PRIHATIN dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang jumlah keseluruhannya RM295 bilion.
Penerima-penerima yang dihubungkan melalui sidang video itu mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia atas bantuan yang disalurkan itu.
Antara yang berpeluang berinteraksi dengan Muhyddin hari ini ialah pasangan suami isteri YouTuber viral yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’.
Pasangan sebelum ini turut menerima sumbangan barang keperluan daripada perdana menteri yang membolehkan mereka meneruskan minat memasak.
Muhyiddin sempat mengusik M. Sugu, 29 dan isterinya S. Pavithra, 28, dengan bertanya : “Bila mahu belanja saya makan nasi beriani kambing.”
Pasangan yang merupakan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) itu berkata bantuan itu meringankan beban mereka terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berasal dari Sungai Siput, Perak, pasangan itu berhasrat membuka restoran sendiri. Saluran YouTube ‘Sugu-Pavithra’ kini mempunyai lebih 600,000 pengikut.
Perjalanan sidang berkenan turut dikongsikan menerusi Facebook Bernama.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau operasi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi…
Posted by Bernama TV on Monday, 15 June 2020
Rosnizam Ishak, 43, pula menggunakan dana BPN untuk memulakan perniagaan kambing perap setelah kedai makan yang diusahakannya sejak 2015 terjejas sewaktu PKP hingga terpaksa ditutup akibat perniagaan merosot selain pekerja tidak hadir bekerja atas faktor keselamatan.
Kesan daripada PKP itu, katanya dia dan isterinya mendapat idea perniagaan baharu yang bersesuaian dengan kebiasaan baharu dengan memilih mengusahakan perniagaan kambing perap sejuk beku.
“Musibah telah menjadi hikmah. Perniagaan kambing mendapat sambutan luar jangkaan. Penggunaan 100 peratus media sosial telah memulihkan ekonomi kami,” kata Rosnizam yang berasal dari Bertam, Pulau Pinang, sambil menambah BPN itu diberikan tepat pada masanya.
Rosnizam berkata usahanya tidak terhenti di situ sahaja kerana perniagaan itu turut membuka peluang kepada orang lain dengan menjadi ejen dan penghantar kambing perap untuk menampung pendapatan semasa PKP.
Pemandu teksi di Lembah Klang, Ahmad Rusdi Mat Daud, yang terkesan ketika PKP berkata bantuan one-off RM600 untuk pemandu teksi dan BPN sebanyak RM1,600 telah membantu meringankan bebannya.
Berkongsi kesukaran ketika PKP, Ahmad Rusdi, 52, berkata pendapatannya begitu terjejas dan ketika itu amat sukar untuk mendapat RM20 walaupun bekerja sehingga 13 jam.
Turut berinteraksi dengan perdana menteri ialah Pajan Singh Kirpal Singh, 55, pemilik hotel bajet di Kuantan, Pahang yang menerima bantuan subsidi upah dan moratorium pinjaman bank.
Walaupun perniagaan hotel terjejas, beliau masih menyediakan perkhidmatan percuma untuk barisan hadapan yang bertugas ketika tempoh PKP bagi menghargai pengorbanan mereka.
Michael Lo Vun Leong dari Tamparuli, Sabah pula memanfaatkan bantuan pembiayaan BSN Micro/i Kredit sebanyak RM60,000 sebagai suntikan modal perniagaan dan membayar gaji pekerja.
Lo, 45, terlibat dalam perniagaan pengangkutan barang-barang sejak 2016, namun mengalami kerugian kerana perniagaan tidak dapat beroperasi dalam tempoh PKP.
Sesi persidangan video kira-kira 20 minit itu turut dihadiri Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah, dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Sumber: Bernama
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mira Filzah Terima ‘Restu’ Kedua Buah Keluarga, Tepis Dakwaan ‘Perlahankan’ Kerjaya Seni!
Umum sedia maklum, pelakon jelita yang juga pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman atau lebih mesra disapa sebagai Mira Filzah kini sudah jarang dilihat menghiasi kaca televisyen selepas mendirikan rumahtangga.
Malah, sejak bergelar ibu kepada seorang cahaya mata pelakon dan pengacara popular berusia 30 tahun itu dilihat cuba menyeimbangkan masa diantara karier dan juga keluarga kecil yang dimilikinya.
Kemunculan semula Mira dalam drama yang pernah menjadi fenomena tahun ini, berjudul “Imam Instant Ustazah Scammer” boleh diibaratkan sebagai ubat rindu kepada para peminatnya dan mendapat sokongan penuh keluarganya.
Karier Lakonan Akan Berjalan Seperti Biasa Atas Sokongan Kedua Belah Keluarga!
Dalam temu bual bersama MH, Mira melahirkan rasa syukur kerana dapat meneruskan kerja dan mendapat sokongan daripada kedua-dua belah keluarga.
Perkahwinan dengan Wan Khair Emir selama tiga tahun ini sedikit sebanyak mengubah kerjayanya. Di tambah pula dengan kehadiran anak sulungnya, Wan Khair Amir yang kini mencecah usia setahun lebih.
Ternyata ibu dan ibu mertuanya memberi reaksi berbeza terhadap idea Mira berlakon semula.
“Mak mertua dan mak Mira ni dua-dua berbeza sedikit, sebagai contoh Mak mertua career driven, dia macam takpe ambil je shooting mana-mana, lama-lama pun takpe jangan risau about Amir siapa jaga dia, don’t worry go achieve, dia suka kita busy, kita kerja” ujar Mira.
Go For It! Ini Masa Untuk Menyinar
Ibu mertua Mira, Datin Mastura Yazid, memberikan sokongan penuh kepada Mira agar dia dapat meneruskan kerjayanya dan tidak perlu risau tentang anaknya.
Pelakon yang mula popular dengan drama Cinta Si Wedding Planner ini berkata, sebelum menerima tugasan berlakon drama terbarunya itu, dia bercakap dengan ibunya dan bertanyakan pendapatnya.
“Masa mula-mula Mira dapat job lakonan terbaru, balik-balik Mira bincang dengan mak Mira, okay ke nak ambil ni? Amir masih kecil lagi
“Kalau macam mak, mak akan support je apa Mira nak buat, apa pun keputusan Mira dan kalau perlukan bantuan mak, maklumkan
“Kalau mother-in-law Mira, just go for it. It’s time for you to shine,” Katanya.
Mempunyai reaksi yang berbeza tetapi kedua-duanya akan sentiasa menyokong kerjaya Mira walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Sekadar info, Mira berkahwin dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki Wan Khair Emir yang dilahirkan pada 10 Mei tahun lalu.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Gambar: Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Naik Kapal Star Cruise,”- Sarat Hamil, Ini Hadiah Impian Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi telah menitip ucapan istimewa buat suaminya, Muhammad Faizal Zakaria bersempena ulang tahun perkahwinan keempat tahun, hari ini.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Gerak Khas 2 itu turut menyelitkan tazkirah mengenai perkahwinan.
“PERKAHWINAN itu IBADAH. Ibadah dlm ISLAM membawa maksud yg terlalu luas krn ISLAM memandang setiap amalan yg dilakukan oleh setiap umatnya dgn tujuan ikhlas utk mendapat redha ALLAH akan mendapat ganjaran pahala.
“Setiap sesuap nasi yg diberikan suami kpd isterinya dgn ikhlas akan mendapat ganjaran pahala dan keredhaan dari ALLAH SWT (kalau sama ganjaran lebih lagi.. aminnn🙊)
“Nafkah apa pun yang engkau berikan dgn harapan memperolehi keredhaan ALLAH, pasti engkau akan mendapat pahalanya, bahkan apa sahaja yg engkau suapkan ke mulut isterimu.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Saad Ibni Abi Waqas r.a.
“Abdullah bin Abas pernah mengatakan, “Hendaklah kamu beristeri, kerana sehari hidup beristeri lebih baik daripada seribu tahun beribadat” #fahamkanyangini #pentingutkygdegilnakkahwin
“HIKMAH PERKAHWINAN
Memandangkan betapa agungnya kurniaan ALLAH terhadap martabat manusia, maka ALLAH telah menganugerahkan hikmah perkahwinan.
“Antaranya: .
Perkahwinan merupakan cara yang paling seni untuk mendapatkan pengampunan ALLAH.
“Rasulullah pernah bersabda, maksudnya “Sesiapa yang membiayai kehidupannya sendiri dengan niat isti’af (tidak meminta-minta belas kasihan daripada orang lain) itu adalah sedekah dan sesiapa yang membiayai isteri dan anak-anak dan ahli keluarganya adalah sedekah” Hadis Riwayat oleh Ahmad bin Hanbal,” kongsi Abby.
Malah,Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan berterima kasih kepada suami kerana menerima dirinya seadanya.
“Ps: ❤14/7/2015-14/7/2019
Happy 4th Anniversary buat kami Suami i lebiuuuuu @jaiezzany .
“Terima Kasih sudi terima Sy, anak2 & keluarga Sy seadanya. Sorry Sy terlupa date ni, suami yg ingatkan semalam.
“Dia tanya nak hadiah apa Anniversary kita? Hehe.. Takde apa sayang, Sy nanti nak naik kapal Star Cruise je.Tahun ni tk dpt, tahun depan ada lagiii.. tak kiraaa. Nak naikkk jugaaa haha,” tulis Abby.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Sementara itu,di ruangan komen, netizen mendoakan agar hubungan rumah tangga yang dibina kekal hingga akhir hayat.
Terdahulu, Abby berkahwin dengan aktor, Norman Hakim pada Januari 2002 dan bercerai pada Disember 2008
Abby kemudian berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada Julai 2013 dan bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.
Foto : Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI