Khabar duka buat penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila memaklumkan dirinya kini telah disahkan dijangkiti wabak Covid-19 buat kali yang kedua.
Menurut Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, dia sememangnya berasa amat berat hati apabila terpaksa membatalkan dan menangguhkan segala komitmen kerjanya untuk 10 hari yang akan datang.
Lantaran itu, dia memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan dugaan yang menimpa dirinya itu.
“Assalamualaikum WBT, Dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti virus #Covid19 buat kali yg ke-2 (Ya, kali kedua)
“Banyak kerja terpaksa saya tangguh/batal untuk 10 hari mendatang. Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yang terkesan dengan berita ini,” tulisnya.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Peluang Kedua itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Nabila turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga kesihatannya dapat kembali pulih dengan segera.
Malah, bintang berusia 29 tahun ini turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah dengan penularan wabak Covid-19.
“Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. Covid is real guys & it’s still out there. Stay safe. Wasalam,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa duka selain turut memberikan kata-kata semangat buat Nabila.
“Get well soon bella. Don’t worry, you’ll recover fast in shaa Allah. Take care.
“Awwwww sorry to hear this. Stay safe darling.
“Gws Kak bella sayang. Semoga cepat sembuh dan dimudahkan urusan. Take care Kak Bella cayang.
“Allahuakbar.. get well soon bella. In shaa Allah everything will be fine. Ramai yang doakan ni. Just please take care ya. Love youuu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Nabila kini dilihat sibuk mempromosikan single terbaharunya yang berjudul Putus.
Sehingga kini, lagu berkenaan telah pun merain lebih 1 juta tontonan dalam masa dua bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nabila Razali