Pelakon, Fatiya Latif menjelaskan kekeliruan ramai mengenai kerjaya baharunya ketika ini.
Menurut Fatiya, dia kini bukanlah bekerja sebagai seorang peguam sebaliknya jawatannya merupakan kerani yang bertugas disebuah firma guaman.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang seorang kerani di firma guaman.
“Saya bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah seperti mana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak,” tulisnya.
Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri pelakon drama Ariana Rose itu menerusi satu kenyataan di laman Instagram.
Pada masa sama, Fatiya turut memohon maaf sekiraya ada pihak yang keliru dengan sebarang kenyataannya sebelum ini.
“Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan dimana saya telah terlepas pandang.
“Saya mohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan saya di media sosial yang telah menimbulkan kekeliruan kepada ramai pihak,” ujasnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pekerjaan sebagai kerani juga merupakan pekerjaan mulia selain turut menasihati Fatiya supaya mengabaikan komen-komen negatif.
“Terbaik. Kerani pun satu pekerjaan tahu. Saya pun kerani. All the best Fatiya.
“Okay, noted Tiya. Bermula daripada bawah. Kelak kesabaran membawa Tiya ke puncak kejayaan.
“Brave and proud. Keep going sis and good luck.
“Selagi halal tak mengapa. Janji jalani hidup yang lebih baik. InsyaAllah semoga diper urusan.
“All the best with the journey. Keep fighting,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Baru-baru ini, Fatiya ada memuat naik sebuah hantaran di Instagram yang mengatakan dirinya kini telah secara ramai bergelar ‘legal assistant’.
Posting tersebut berkemungkinan telah menimbulkan kekeliruan segelintir pihak tentang kerjaya sebenar Fatiya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fatiya Latiff