Pelakon Ruhainies memohon kemafaan kepada mana-mana individu yang telah tersakiti, bersempena dengan tibannya sambutan Hari Raya Aidilfitri, esok.
Ruhainies yang kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah yang turut disertai ahli keluarganya yang lain turut memaafkan sesiapa sahaja yang menyakiti.
“Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin from Madinah. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang saya sakiti.
“Saya juga memaafkan sesiapa juga yang menyakiti. Semoga Allah bersihkan hati, sucikan diri di akhir ramadhan ini.
“Semoga segala amalan kita pada bulan Ramadhan ini diterima Allah SWT. Insya-Allah dan amin yarabbal alamin…,” titipnya.
Dedikasi indah itu dikongsikan adik kepada pelakon Risteena ini menerusi hantaran terkini di Insta Stories.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kisah perhubungan membabitkan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli nyata mendapat perhatian ramai sehingga menjadi perbualan hangat di ruangan maya.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman difahamkan telah hadir di kediaman Iqbal secara mengejut, beberapa hari yang lalu hingga mencetuskan reaksi pelbagai di kalangan peminat.
Lalu, Iqbal tampil meluahkan rasa susulan kunjungan penyanyi yang sinonim dengan lagu I Am Me itu di rumahnya, seawal jam 3 pagi itu baru-baru ini.
Setelah menerima pelbagai tohmahan dan kritikan daripada orang ramai mengenai tindakannya itu, Vida antar lain turut membuat penjelasan mengenai perkara terbabit menerusi satu video yang dikongsi di Instagram.
“Assalamualaikum, saya sebenarnya tak nak panjang-panjangkan cerita, besar-besarkan cerita. Saya bukan tak boleh ‘move on’ tapi Ahmad Iqbal Zulkefli, saya pergi rumah awak secara jalan yang benar walaupun awak telah memanipulasi macam-macam kunjungan saya ke rumah awak.
“Saya nak pergi rumah awak ni, maruah saya, nama baik saya, harga diri saya dan saya simpan sebab saya tahu niat saya betul kerana Allah Taala,” katanya.
Dalam pada itu, usahawan berusia 45 tahun ini mendakwa Iqbal memanipulasikan cerita di balik pertemuan tersebut.
“Tapi kenapa cerita yang benar tu awak palsukan? Kenapa awak takut dengan kebenaran? Kenapa awk pergi jaja benda yang memalukan dan menjatuhkan maruah saya?
“Awak dah dapatkan apa yang awak nak kan, dah popular dan awak tak nak saya tumpang cerita awak. Saya pergi tu pun tak nak rakam-rakam tapi awak manipulasi cerita. Saya nak rakam sebab kalau tak rakam akan berlaku pergaduhan besar dan saya nak tengok rumah awak. Ya Allah tuhanku, sedih saya…
“Kalau netizen nak kata macam-macam saya tak kisah tapi awak sendiri yang menghentam, mengutuk saya secara logik akal saya tak boleh terima,” luahnya.
Sehingga kini, penjelasan panjang lebar dari Vida sudah pun ditonton lebih 170,000 tontonan.
Selepas hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Taiyuddin Bakar dan isterinya, Zila Zulkifli bakal dikurniakan rezeki zuriat yang pertama.
Dalam hantaran di TikTok, Zila memaklumkan dirinya telah disahkan hamil pada Mei tahun lalu.
Menerusi hantaran sama, pasangan itu berkongsi rasa teruja dan bahagia saat menyambut berita gembira itu.
Taiyuddin turut memanjatkan rasa syukur selain menyifatkan rezeki ini sebagai anugerah yang tidak ternilai.
“Ya Allah. Subhanallah. Serius ke sayang? Saya sangat gembira. Syukur,” katanya.
Dalam pada itu, Zila turut menyerahkan segala pengharapan kepada Allah SWT dan memanjatkan doa agar kandungannya itu sentiasa dalam keadaan selamat
“Kami serah sepenuhnya kepada perjalanan dan takdir dari-Mu ya Allah, buat kami. Kami tak ada usahakan apa-apa pun dan saya tak pernah ada apa-apa keguguran.
“Ini pertamanya. Alhamdulillah. Terima kasih menjadi kekuatan di sisi saya. Love you Kasih,” tulisnya.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih dua juta tontonan dan dihujani ribuan komen.
Rata-rata netizen juga tumpang gembira selain turut mendoakan segala urusannya dipermudahkan.
Untuk rekod, pasangan Taiyuddin dan Zila berkahwin pada Mei 2014 di Kota Madinah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini