Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin ada berkongsi mengenai situasi semasa yang berlaku ketika ini, melibatkan kestabilan perniagaan pakej perkahwinan Bizmilla Catering yang dibangunkan.
Jelasnya, warga kerja di Bizmilla cuba untuk bersama-sama membantu perkembangan syarikat dalam menempuh fasa sukar kini yang secara langsung menjejaskan industri perkahwinan khasnya.
Dalam rasa sebak, juara program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu, mencoretkan satu kapsyen panjang menerusi Instagram.
“Para pekerja saya BERSATU HATI membantu saya dan syarikat dalam menempuh fasa PKP yang telah menjejaskan industri perkahwinan dan travel.
“Sebenarnya waktu nak tulis posting ini pun, hati saya sebak. Few days ago, saya adakan meeting dengan pekerja saya di BIZMILLA.
“Saya maklumkan tentang situasi sebenar syarikat, dan apa perancangan syarikat untuk menjana pendapatan bagi menampung kos operasi dan kos pengurusan (Gaji Pekerja)
“Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat dan memastikan semua warga kerja mendapat gaji bersama sama disebabkan kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir 2 bulan lebih,” akuinya.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memaklumkan, syarikatnya masih mampu bertahan setakat ini dan dia bersama warga kerja cuba untuk mencari alternatif lain dalam mencari sumber rezeki.
“Buat masa ini, pihak syarikat masih bertahan walaupun kos operasi dan kos pengurusan menelan belanja hampir SETENGAH JUTA sebulan, saya tetap POSITIVE untuk berjuang bersama sama pekerja saya di Bizmilla #InsyaAllah.
“Di Bizmilla kami memang ada unit Pastry, unit ini menyediakan semua jenis manisan dan pastry untuk buffet Majlis perkahwinan di Dewan Bizmilla, team pastry dan beberapa warga kerja dibahagian pengurusan dengan penuh semangat berjuang bersama sama syarikat dan mencetuskan idea untuk menghasilkan kek kek yang super sedap untuk juadah Syawal ini dan juga untuk sebarang ulangtahun mahupun apa jua majlis sambutan dirumah.
“Boleh follow IG @bizmilla_cakepastry untuk melihat kek kek yang bakal dibuka tempahan dan boleh lah buat tempahan untuk Hari Raya nanti Insya Allah,” tulis Mila.
Atas sebab itulah, Mila tidak mahu mengharapkan keuntungan semata, sebaliknya dia berdoa agar usaha ini setidak-tidaknya mampu membantu menyelaraskan kos pengurusan melibatkan gaji pekerja yang berjumlah ratusan ribu sebulan.
“Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang, saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha usaha ini membantu serba sedikit, terutama kos pengurusan (Gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan.
“Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja pekerja saya hilang punca pendapatan, kita buat lah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama sama mendapat pendapatan.
“Saya mohon, pada rakan rakan saya di Instagram ini, bantulah menyokong inisiatif pekerja pekerja saya,” jelasnya panjang lebar.
Luahan positif Mila mendapat respon pelbagai netizen yang turut mendoakan agar usahanya dan warga kerja dipermudahkan.
Untuk info, bisnes tersebut diusahakan Mila bersama suaminya, Ailis Mustapha sejak beberapa tahun lalu.
Malah, sisi perniagaannya itu juga pernah mendapat liputan kami menerusi segment Lifestyle di YouTube sebelum ini.
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI