Doktor selebriti yang juga hos My Doctors, Dr. Say Shazril berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua.

Dia memaklumkan isterinya, Dr. Azura Abbas kini hamil lagi dan perkara tersebut diberitahu si isteri selepas beberapa kali melakukan UPT (Urine Pregnancy Test).

Seperti biasa, doktor ini berkongsi cerita panjang mengenai hal tersebut di dalam entri Instagramnya yang dikemas kini.

Bagi Say, khabar tersebut merupakan hadiah sempena Hari Bapa yang paling istimewa.

View this post on Instagram

Topic : Best Father’s Day Gift Ever!!! . Sy mungkin akan dimaki bini akibat post gambar ni tapi sy tak boleh tahan! Pagi tadi sy dapat panggilan cemas dari bini “Ubby, i buat UPT (urine pregnany test) tadi & dapat 2 line. I cam tak percaya so i buat sekali lagi & dapat 2 line jugak! Tapi samar2 aa both, betul ke ni? I pregnant ke ni?”. Dah dia kalut sy lagi la kalut “WAAAAH, best gila unny! Alhamdullilah! Hepi gilaaa, mai gambar tengok”. . Maka di whatsapp-kannya gambar di atas dengan pesanan “u jangan post, benda tak sure lagi, kalau tak jadi nanti i down”, tapi Say Shazril mana dengaq cakap bini & Say Shazril mana boleh simpan excitement maka HERE IT IS PEEPS, ALHAMDULLILAH! Sy tau mana ada orang post keputusan UPT ni sehinggalah sekurang2nya pregnancy mereka dah masuk 2nd trimester tapi bagi sy jadi atau tidak itu belakang kira. Sekurang2nya ada sinar harapan yg kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat. . “Sebab ape doc ckp cmtu? Doc dh dapat Ace kot, kenapa nak risau takleh dapat anak lagi?”. Ahaa tu semua ada sy jelaskan dalam my 1st Youtube video coming up really soon peeps! Something yg sy & bini tak pernah kongsikan dalam socmed kami kemungkinan yg kami akan sukar mendapatkan zuriat lagi. Tapi yelah masih terlalu awal juga maka di sini sy ingin memohon jasa baik anda, doakanlah kandungan kami ni agar terpelihara kesihatannya. Kesian tengok Ace takde kawan & kesian tengok daddy muka dia tak diturunkan kepada sesiapa ahaha.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

“Sy mungkin akan dimaki bini akibat post gambar ni tapi sy tak boleh tahan! Pagi tadi sy dapat panggilan cemas dari bini “Ubby, i buat UPT (urine pregnany test) tadi & dapat 2 line. I cam tak percaya so i buat sekali lagi & dapat 2 line jugak!Tapi samar2 aa both, betul ke ni? I pregnant ke ni?”.

Ads

“Dah dia kalut sy lagi la kalut “WAAAAH, best gila unny! Alhamdullilah! Hepi gilaaa, mai gambar tengok”.

“Maka di whatsapp-kannya gambar di atas dengan pesanan “u jangan post, benda tak sure lagi, kalau tak jadi nanti i down”, tapi Say Shazril mana dengaq cakap bini & Say Shazril mana boleh simpan excitement maka HERE IT IS PEEPS, ALHAMDULLILAH!,” tulisnya.

Meski ia belumpun disahihkan secara jelas, namun Say menganggap ia paling tidak memberi harapan buat mereka untuk sekali lagi mendapatkan zuriat.

“Sy tau mana ada orang post keputusan UPT ni sehinggalah sekurang2nya pregnancy mereka dah masuk 2nd trimester tapi bagi sy jadi atau tidak itu belakang kira.

Ads

“Sekurang2nya ada sinar harapan yg kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat. “Sebab ape doc ckp cmtu? Doc dh dapat Ace kot, kenapa nak risau takleh dapat anak lagi?”.

“Ahaa tu semua ada sy jelaskan dalam my 1st Youtube video coming up really soon peeps! Something yg sy & bini tak pernah kongsikan dalam socmed kami kemungkinan yg kami akan sukar mendapatkan zuriat lagi.

“Tapi yelah masih terlalu awal juga maka di sini sy ingin memohon jasa baik anda, doakanlah kandungan kami ni agar terpelihara kesihatannya.

Ads

“Kesian tengok Ace takde kawan & kesian tengok daddy muka dia tak diturunkan kepada sesiapa ahaha,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Say dan Azura mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aezreil, pada 5 Mei 2019.

View this post on Instagram

Topik : Happy 1st Birthday My Boy Ingat lagi 5.5.2019 daddy tengah shooting iklan Vitagen tiba-tiba mommy call dalam pukul 9 pagi dengan cemas “ubby air ketuban i pecah!”, terduduk daddy dibuatnya. Daddy mula gelisah, yelah ayah mana kat dunia ni yg taknak melihat atau menyambut kelahiran anaknya dahla daddy shooting baru suku jalan. Mujur mommy di rumah nenek maka nenek bawak mommy gi hospital sementara daddy dengan professionalnya (dan kalutnya) cuba habiskan shooting. Pukul 12 tengah hari mommy call sekali lagi kali ni dengan tangisan “ubby u tak habis lagi ke? CTG (denyutan jantung baby) dropped, i kena push untuk cesar (untuk menyelamatkan bayi daripada terus lemas)”. Kali ni pandangan & pemikiran daddy blank, dunia ibarat terhenti seketika, meraung daddy dalam hati sebab ini bukan seperti apa yg daddy jangkakan. Daddy jangka daddy dapat lihat mommy melahirkan Ace, daddy jangka daddy dapat terus dakap Ace bila Ace lahir ke dunia ni. Tup tap shooting habis pukul 12.30 tengah hari. Pecut daddy dari Sungai Buloh ke SJMC. Terus daddy meluru ke bilik pembedahan, kelihatan mommy dah selesai cesar. Daddy masuk penuh dengan rasa kekesalan. Mommy maafkan daddy (lepas ceramah & taklimat sikit). Tapi Ace tak kelihatan, daddy risau kembali. Rupa2nya Ace dah dihantar ke nursing room. Daddy pimpin katil mommy naik ke ward. Terus daddy minta dgn staf nurse nak jumpa Ace. Ace lahir 1.18 petang. Daddy dakap Ace. Tak pernah dalam pandangan daddy melihat seseorang seindah Ace. Ace tengah tidur, muka merah2, pipi montel. Daddy azankan Ace, sayang pipi Ace, selfie dengan Ace & pulangkan ke staf nurse. Fast foward lepas meroyan teman mommy berpantang, berkali2 di maki mommy akibat kecuaian, harini Ace genap setahun. Walaupun Ace tak sayang daddy macam Ace sayang mommy, percayalah tak pernah sehari pun Ace tidak ada dalam pemikiran daddy. I love u so much my son. Happy birthday again to u.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

View this post on Instagram

Topic : Alhamdulillah, I Am Now A Father . Mase gi ANC semalam, pakar sakit puan sy btau baby akan keluar Kamis atau Jumaat ni. Sy pun ok lah, maka sy gi shooting iklan arini thinking everything is gonna be fine. Sejam lepas sy sampai location shooting, bini call ckp "ubby td i buang air pastu i dgr bunyi "Pop" pastu kaki i basah". Air ketuban bini pecah, shooting about to start, sy watak utama maka xleh nk ciao. Sy tenangkan diri sb berdasarkan pengalaman kedoktoran, salu 1st baby akan keluar lmbt. Tp hati masih resah & nasib baik bini ade kt umah mak die, maka mak mertua & adik bradik ipar sy bwk bini ke hospital. . Tiba2 bini call balik, kali ni die ckp "ubby CTG baby ade deceleration deep gile (denyutan jantung baby lemah) & mcm nk kne push tuk cesar" terduduk sy dibuatnye bang. Kali ni mmg sy xsimpan, sy btau director yg "i gotta go". Memandangkan part sy nk habis, kami proceed lelaju & trus sy pecut ke hospital. Sesampainy di hospital, bini masih dlm operation theater maka sy masuk je ke OT ingin bertanye status bini. Muncul pakar sakit puan sy menerangkan sgale ape yg berlaku. Rupe2ny denyutan jantung baby jd lemah disebabkan tali pusat teramat ketat di sekeliling lehernya. Nasib baik bini akur tuk cesar secepat mungkin cz jika dibiarkan, xtau ape yg akan terjadi kpd baby kami. . Alhamdulillah 1.19pm 5.5.19 bini sy selamat melahirkan our 1st baby boy seberat 3.3kg. No words can describe how im feeling right now peeps. We are so blessed & so lucky with this miraculous gift from Ilahi. Thank u sooo much for all of ur warm wishes & du'a peeps. I am now a DADDY!

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Foto: Instagram Say Shazril

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI