Penyanyi Santesh telah menjadi tetamu jemputan dalam satu program hiburan di sebuah televisyen swasta baru-baru ini.

Popular dengan lagu Amalina, Santesh yang mengenakan baju T-shirt berwarna hitam lengan panjang dengan lambang seperti Jalur Gemilang.

Atas faktor cetakannya yang ‘berbeza’, lantas baju-T yang dipakai mendapat teguran netizen.

Mana tidaknya, lambang bulan sabit dan bintang pada Jalur Gemilang itu telah diubah suai menjadi corak hashtag #

“Saya Nak Buat Something Unik, Lain Pula Jadinya” – Tiada Niat Hina Jalur Gemilang, Ini Penjelasan Santesh 

Ads

Bagaimanapun, Santesh telah memuat naik video dan memohon maaf atas etika pemakaiannya itu.

“Dear Malaysian, saya Santesh dengan rendah diri ingin memohon maaf diatas perkara yang telah berlaku dan tular pada hari ini. 

“Saya tidak mempunyai sebarang maksud untuk menghina atau mempersendakan bendera Malaysia sebaliknya hanya menggunakan baju tersebut atas pemberian kepada saya.

Ads

“Saya juga berharap perkara ini tidak diperbesarkan. Terima kasih,” tulis Santesh. 

Video berdurasi satu minit itu memaparkan Santesh memohon maaf dan tiada niat untuk mempersendakan bendera Malaysia.

Ads

“Saya ingin mengambil kesempatan minta maaf atas satu isu.. Saya pakai baju bendera  Malaysia, tapi dengan corak lain.. Niat saya nak buat something unik..

“Nak buat hashtag Aku Sayang Malaysia..Tapi lain pula jadinya apabila ramai yg terkilan dgn pakaian saya itu..  Tanpa saya perasan, saya terus pakai baju tu.. Saya minta maaf sangat2.. lepasni, saya janji tak kan berlaku lagi benda-benda macam ni,” kata Santesh. 

Menerusi ruangan komen pula, ramai yang memuji tindakan profesional Santesh yang memohon maaf secara terbuka.

Video : Instagram Santesh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI