Awal hari ini, Haqiem Rusli ada memohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
Kata-kata tersebut dimaklumkan penyanyi Jatuh Bangun ini menerusi Instagram.
“Di sini saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang saya pernah mengguris hati, maafkan saya. Saya nak gerak untuk menunaikan umrah, doakan saya,” tulisnya.
Haqiem turut berkongsi momen sebelum berlepas ke tanah suci di Instagram Stories miliknya.
Difahamkan, pemergian bintang itu ke sana dengan mengikuti rombongan bersama agensi dan turut disertai ibu tersayang, Nazrah Ahmad Nordin.
Semoga Haqiem dan seisi jemaah mendapat umrah yang mabrur.
Foto: Instagram Haqiem Rusli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Sebarang Komplikasi Cuma Hilang Deria Rasa Dan Bau,” – Sweet Qismina Positif Covid-19, Kini Jalani Kuarantin Di Ipoh
Pelakon Sweet Qismina telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada Selasa lalu.
Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, menyatakan dia yang berada di Perak bagi menjalani penggambaran filem Tariandi rasa tidak sihat sejak 16 April lalu.
Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Instagram, pihak pengurusan Warner Music Malaysia turut memaklumkan pelakon berusia 24 tahun itu kini sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.
“Sweet mengambil langkah untuk membuat ujian calitan RTK di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya beliau adalah positif. Sweet telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin dan buat saringan PCR dan keputusan positif.
“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Keadaan semasa Sweet sekarang, tidak mempunyai sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau,” tulis kenyataan terbabit.
Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis serta para peminat turut menitipkan kata-kata yang baik buat Sweet seterusnya mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.
Foto: Instagram Sweet Qismina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Surau Reject Manusia Kesusahan Minta Tolong Kebumi Anak Baru Lahir Should Be A Wake Up Call To Melayu Islam,”- Redza Minhat
Pelakon, Redza Minhat ada meluahkan rasa kecewa selepas tularnya berita berkaitan seorang bapa yang didakwa diminta pulang pihak surau gara-gara kekurangan wang demi menyempurnakan jenazah anaknya.
Menurut Redza, insiden menyedihkan ini seharusnya menjadi pembuka mata buat semua umat Melayu Islam di Malaysia.
Luahan tersebut diutarakan Redza menerusi laman Twitter miliknya.
“Surau reject manusia kesusahan minta tolong kebumi anak yang baru lahir should be a wake up call to Melayu Islam.
“Something is really wrong. Really really wrong,” tulisnya.
Tweet tersebut kemudiannya tular selepas mendapat hampir 10,000 retweet dan 5,000 tanda suka.
Dalam pada itu, tweet tersebut ternyata menerima rekasi pelbagai daripada netizen,
Sementara itu, Redza juga ada membalas satu tweet daripada seorang netizen.
Kalau perlu jadi AJK untuk betulkan benda basic macam ni memang dah tahap kritikal der. ??♂️ https://t.co/zmEhB0DTTY
— morello (@rdzaminhat) April 5, 2019
“Kalau perlu jadi AJK untuk betulkan benda basic macam ni memang dah tahap kritikal der,” jawabnya.
Sumber: Twitter Redza Minhat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Boleh Pukul Rata, Yang Duduk Rumah Pun Tak Solat,”- Ramai Beri Tanggapan Buruk Fasal Orang Pergi Konsert, Ini Respon Nora Ariffin
Sejak awal tahun lalu, industri seni tanah air dilihat kembali rancak dengan penganjuran aktiviti-aktiviti seni termasuklah beberapa siri konsert yang melibatkan artis dari dalam dan luar negara.
Aktiviti seperti ini dilihat sebagai ‘win-win situation’ buat para selebriti mahupun peminat selepas segala acara membabitkan industri seni terpaksa dihadkan berikutan fasa pandemik yang melanda negara selama lebih dua tahun.
Bagaimanapun, penganjuran acara-acara seni ini tidak dapat lari daripada menerima kritikan daripada orang ramai
Ada yang beranggapan mereka yang hadir ke acara seni mahupun konsert ini akan mudah lalai dan mengabaikan tanggungjawab mereka lebih-lebih lagi bila melibatkan soal penjagaan solat sewaktu acara sedang berlangsung.
Penyanyi senior, Datuk Nora Ariffin menyangkal dakwaan tersebut dan merasakan ia sebagai agak keterlaluan.
Menurut Nora, tidak kiralah di mana kita berada, solat akan sentiasa menjadi perkara paling utama.
“Maaf tak boleh pukul rata ye. Orang pergi konsert tak solat. Tak semenstinya. Malah yang duduk rumah pun tak solat. Sama-sama doa yang baik-baik. Wallahualam,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
Katanya lagi, sekiranya ada pihak yang meninggalkan solat, itu adalah disebabkan pilihan mereka sendiri.
Lantaran, Nora menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa bersangka baik dengan orang lain.
Terdahulu, isu ini mula hangat diperkatakan selepas ramai pihak yang terkejut dengan keterujaan yang ditunjukkan oleh peminat yang hadir ke konsert penyanyi amtarabangsa, Billie Eilish kerana sanggup beratur sejak awal pagi untuk masuk ke dalam stadium.
Apapun, MH merasakan semua pihak kini sudah cukup dewasa untuk menilai segala tindak tanduk masing-masing sama ada baik mahupun buruk.
Segala kemudahan sudah pun disediakan lebih-lebih lagi untuk menunaikan solat. Kini hanya berbalik kepada pilihan individu itu sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nora Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI