Pelakon dan usahawan, Zara Zya tampil melakukan inisiatif tersendiri di dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dengan menjual kek pisang hasil air tangan sendiri.
Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin,35, kek pisang yang dijual dengan harga RM10 sebiji itu menggunakan modal sendiri dan hasil jualan akan disumbangkan kepada mereka yang layak menerimanya.
“Sepanjang tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dikuat kuasakan ketika ini, penggambaran ditangguhkan dan pergerakan menjadi terhad. Jadi, selain menguruskan restoran, saya mencari masa dengan membuat kek pisang dan dijual kepada orang ramai secara dalam talian.
“Kiranya mereka yang membeli kek ini sekaligus melakukan kerja amal. Hasil jualan akan disalurkan ke dalam dana Zara Prihatin dan akan diberikan kepada golongan susah yang terkesan akibat pandemik.
“Misalnya para pelajar yang terkandas di semenanjung, mereka yang kehilangan pendapatan selain petugas barisan hadapan. Pembeli boleh beli atau membuat tempahan menerusi Instagram.
“Agihan bantuan pula saya agihkan secara berperingkat dan mengikut sasaran,” kata pemilik ZaraZyaCooks ini.
Mahu menyumbangkan sesuatu kepada golongan yang terjejas, bintang drama Calon Menantu Tuan Rumah ini juga menambah inilah masa untuknya melakukan sesuatu dengan apa adanya.
“Sebelum ini pun saya terfikir juga, apalah cara yang ada untuk saya bantu masyarakat yang terkesan dengan situasi sekarang. Jadi, saya gunalah kebolehan membuat kek demi mengumpul dana.
“Orang ramai bukan sahaja boleh makan kek pisang resepi saya, malah pada masa sama turut melakukan kebajikan. Harganya juga mampu milik dan harapan saya moga sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit-sebanyak mampu meringankan beban sesetengah orang, insya-Allah” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan ushawan serta suaminya, Lana Nodin dan suami, Mohd Daud McKienzie baru saja mengumumkan berita gembira apabila Lana sudah pun selamat melahirkan zuriat kedua mereka.
Lana memaklumkan perkara itu menerusi instagram beberapa jam lalu, bersama sepotong video.
Sambil merakamkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak yang terlibat sepanjang proses bersalin, Lana turut rasa terharu apabila suaminya turut iqamatkan anak mereka yang baru lahir.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Terharu dan sayu bile mendengar suami tercinta iqamatkan seorang lagi insan yang akan menjadi penyeri dalam keluarga kami…
“Alhamdulillah dan terima kasih pada @rampaiputeri dan dr zanariah yg memberi layanan yang sangat baik sepanjang sy berada di hospital. Terima kasih Allah SWT,” tulisnya.
Lalu, ruangan komennya turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan artis.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Gia Quinn McKienzie yang kini berusia dua tahun.
Foto: Instagram Lana Nodin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal malam tadi, pelakon dan ushawan, Riz Amin ada berkongsi beberapa bahagian badannya yang mengalami kecederaan akibat kemalangan.
Difahamkan, pelakon KL Meroyan itu terjatuh selepas motosikal yang dinaiki kemalangan gara-gara brek secara mengejut.
“Saja nak cerita haha Pengalaman pahit lama x naik moto dok pusing2 area sini satu keta dah masuk simpang tekejut kita pun tekejut break cousin kat belakang pun tekejutla.
“Apa lagi…alhamduliah kami ok cedera ckit ja #budakbarunakbelajaq tapi harini dah ok mata pun x bengkak camtu dah hahahah,” tulisnya.
Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu...