Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial mengenai isu salah faham di antara kalangan artis dan netizen.
Masing-masing cuba memberikan pandangan hingga menjadi tular dan sensasi di internet.
Lalu hos dan pelawak, Nabil Ahmad juga memaklumkan dirinya turut menerima tempiasnya.
Pengemudi rancangan MeleTOP itu bagaimanapun berharap agar semua pengguna media sosial untuk hentikan hal yang negatif ini dan saling berdoa agar pandemik COVID-19 berjaya dikekang.
“Salam semua, saya selalu cakap my fans are my friends… alhamdulillah friends Akan gunakan kata2 dan yg cara yg betol utk menegur.
Ads
“saya paham ramai yg ckp saya x ikhlas bila mintak maaf tapi korang pon bila menegur Nampak x ikhlas nyer.. lebih nak menjatuh kan dari membetol kan so kite ni same guys.
“kita x suka disakiti tapi kita menyakiti, saya post Vedio anak saya baca doa tapi korang gunakan kata2 kesat kat komen!! Komon laa guys we are better than that!!
Ads
“Saya nak jadi kan ini post yg last pasal isu artis dengan natizen ni!! Saya masih ahmad Nabil yg despatch dulu.
“Masih same guys masih susah masih mencarik rezeki utk keluarga masih menanggung mak dan Ayah same Macam korang jugak.
Ads
“kita move on and same doa kovid ni berakhir yeaaa…. betol x kemana kerjaya artis tanpa sokongan peminat.. Itu reality tapi masing2 jaga hak masing2 yeaaa.
“terima kasih kepada yg menegur cara islam dan kepada owner2 fake acc yg di buat just utk baka line #silameninggal. take care guys,” tulisnya panjang lebar.
Umum mengetahui, penyampai radio Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG meninggalkan stesen radio Kool FM dan kembali menjalankan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM, pada Khamis.
Sebagai rakan penyampai, Rohaizah Hanafi atau lebih dikenali sebagai Haiza meluahkan rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan AG setelah 5 tahun berkerjasama.
Dalam pada itu, Haiza ada mengimbau momen sepanjang berkerjasama dengan AG sebelum ini menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“AG Sign Off From Kool FM Bila semua dah terungkai, saya orang yang paling sedih. Saya tau @heymuazkoolfm pun sama cuma dia tak tunjuk.
“Kita perempuan boleh la menangis, lelaki tak mungkin tunjuk.
“Perjalanan kami bertiga untuk AHM terhenti di sini. Moga sahabat saya @ag_azmeer terus terbang tinggi dan dapat membawa @hotfm976 lebih jauh. Kat sana dia akan dengar suara saya jugak sebab ada kembar suara saya @therealfafau.
“Terima kasih yang menyokong Ag&Haiza sampailah AHM (Ag.Haiza.Muaz) @koolfmmy #AHMKoolfm #completeeachother #aghaizamuaz,” tulisnya.
Sekadar informasi, Haiza turut digandingkan dengan rakan penyampai Muaz selain AG untuk segmen Suara Semasa yang sebelum ini dikenali sebagai segmen Pagi Hari Di Kool (PHD).
Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Haiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui kehidupannya kini cukup bermakna sejurus meniti usia 50 tahun yang disambut pada 9 Mac lalu.
Lebih manis, sambutan hari jadinya disusuli dengan kediaman rumah baharu yang dikatakan bernilai hampir RM10 juta, terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Penantian empat tahun menghuni rumah jenis banglo itu akhirnya tercapai selepas menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor pembinaan menghilangkan diri.
“Tak dapat saya gambarkan perasaan menyambut ulang tahun kali ini. Tambah pula dapat masuk rumah baharu. Bukan sekecil anak jumlah saya laburkan untuk rumah ini.
“Kena tipu dengan beberapa kontraktor pembinaan lagi. Kemudian kita diuji dengan pandemik COVID-19, jadi proses pengubahsuaian rumah itu pun tertangguh.
“Tapi kini, saya bersyukur semuanya berakhir. Nak pula, Ramadan dan Syawal bakal disambut umat Islam tak lama lagi. Dapat masuk rumah baharu ini, kira hadiah paling terindah buat saya,” katanya.
Rumah banglo berkenaan tidak hanya didiami Che Ta bersama suami, Zain Saidin dan tiga anaknya.
Malah keputusan pelakon drama Kiah Pekasam ituyang mengajak ibu dan ibu mentuanya untuk tinggal bersama adalah yang terbaik.
“Zain sendiri terkejut dan tak sangka saya nekad mengajak ibunya tinggal bersama. Tak ketinggalan teman rapat saya pun ada yang berperasaan sama.
“Lagipun mak mentua saya tinggal seorang diri selepas cucunya yang juga anak Sasha Saidin berpindah ke luar negara. Jadi saya fikir tak salah ajaknya duduk sekali di rumah baharu.
“Keadaan kesihatannya kebelakangan ini pun tak bagus selepas menjalani pembedahan. Setidak-tidaknya ada yang melihat dan membantunya apabila tinggal sekali,” katanya lagi.
Pengasas bersama empayar perniagaan Inai Che Ta itu berkata Zain pada awal bimbang ibunya menjadi beban.
“Saya tak pernah berfikir begitu terhadap sesiapapun yang berada di bawah tanggungan ini. Saya percaya kadang-kadang Allah beri rezeki kita melalui orang lain.
“Dia pun tak cerewet dan mudah diurus. Di usianya 76 tahun, dia makan apa saja yang dihidangkan. Orang tuamakan banyak mana sangat pun. Malah dia enggan menyusahkan saya termasuk pembantu rumah.
“Selama ini, masa tinggal dengan cucunya (anak Sasha Saidin), dia memang sangat kuat dan kental. Dialah yang memandu kereta menghantar cucu ke sekolah, kelas taekwondo danmembeli barangan harian.
“Tapi sejak kesihatannya terganggu selepas terjatuh dan pinggulnya retak hingga terpaksa jalani pembedahan, dia seakan lemah,” katanya.
Tahun ini, Che Ta menganjurkan majlis santai bertemakan ‘menuju ke syurga’ yang dihadiri keluarga, teman akrab dan pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat di sebuah premis terkemuka di ibu kota.
“Tak ada apa lagi yang saya nak kejar. Selagikuat, insya-Allah saya akan berusaha sehabis baik menjadi isteri, ibu dan anak yang baik. Saya takkan putus membahagiakan mereka yang disayangi.
“Jadi wanita ini kena rajin dan bercita-cita tinggi. Saya pun kena ada keutamaan kepada diri sendiri. Saya kena sedikit berkira untuk diri sendiri, jangan penyegan dan terlalu berserah.
“Cuma kawan akrab bimbang saya kuat bekerja dan tak ada masa berehat. Saya pun bukan makin muda dan bergetah. Jadi kenalah jaga kesihatan di usia emas ini,” katanya lagi.
Mengenai kejutan hadiah hari lahir mengerjakan umrah tajaan teman niaganya, Anas Zahrin, Che Ta belum dapat memberikan kata putus bila boleh berangkat ke Tanah Suci Makkah.
“Awalnya, saya bercadang nak menunaikan umrah sewaktu sambutan ulang tahun kelahiran tahun ini. Tapi tak menjadi kenyataan atas beberapa sebab.
“Mungkin masa terbaik kalau diizinkan, saya nak ajak suami bersama ke sana pada 10 terakhir Ramadan. Harap niat itu dipermudahkan,” katanya.
Che Ta juga bakal terbabit mengacarakan program masakan, Rasa tak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Elfira Loy memaklumkan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf kini sedang dirawat di hospital setelah kerap mengalami gejala batuk, selesema dan demam sejak dua minggu yang lalu.
Jelas Elfira, setelah melakukan pemeriksaan darah, doktor mendapati bacaan darah putih anaknya itu dikatakan meningkat dengan agak mendadak.
“Hari pertama di hospital. Saya masih ingat kali terakhir kita di sini dan sekarang kita kembali lagi. MashaAllah.
“Disebabkan dah dua minggu batuk, selsema tak reda dan kerap demam. Kami lakukan ujian darah dan keputusannya sel darah putih anak saya sangat tinggi 16.5 kot, normal adalah 11.
“Jadi, doktor bagitahu kami yang Rayyan ada microplasma bacteria. Dia akan memberi kesan pada tekaknya. Sebab itu tonsil Rayyan besar sangat. Dah stage 3,” katanya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Pada masa sama, Elfira turut berharap agar penyakit pneumonia yang pernah menyerang anaknya satu ketika dahulu, tidak berulang lagi.
“Jadi, sekarang tengah tunggu keputusan x-ray pula untuk lihat ada pneumonia ke tidak. Semoga penyakit pneumonia tak datang kembali. Doakan ye.
“Mommy memang takut hospital. Saya risaukan dia tapi tengoklah dia. Sangat gembira dan riang. Bila doktor nak periksa je dia dah tahu dah rutinnya dan akan bagi kerjasama Dia yang tunjuk apa nak buat next next. Anak yang sangat kuat, tentu sekali bukan macam saya,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Rayyan lekas sembuh seperti sedia kala.
Sekarang informasi, Elfira telah mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhamad Faris Khairol Anuar pada tanggal 1 Januari 2019.
Selain Rayyan, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Aria Mikayla.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!