Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menafikan dakwaan adik iparnya yang juga pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam ada meminjam wang berjumlah RM1.5 juta seperti yang tular di media sosial.

Menurut Rozita, kenyataan ini perlu dibuat bagi menjernihkan semula nama Rebecca yang terkait dengan beberapa isu sebelum ini.

“Saya nak mencelah di sini utk menjernihkan spekulasi tentang Datin Rabecca. Pertama, dia tidak ada meminjam wang RM1.5 juta.

“Kedua, saya tidak ada urusan perniagaan dengannya sebelum dan selepas kawin dengan suami saya,” tulisnya di Instagram.

Malah, ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri itu berharap agar isu ini sudah jelas dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

Ads

“Saya Nak Mencelah Untuk Jernihkan Spekulasi,” – Rebecca Ada Pinjam Wang RM1.5 Juta? Bonda Rozita Lerai Kekeliruan

“Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan. Hiduplah bersyariat kerana Islam itu cara kehidupan dan indahnya kasih sayang.

“Saya mengharapkan agar Allah menunjukkan arah jalan kebaikan. Sebagai ketua keluarga, pastinya anak-anak dan keluarga itu adalah maruah yang amat saya jaga sekuatnya,” ujarnya lagi.

Semua Manusia Tak Sempurna

Pada masa sama, Rozita turut menyifatkan setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan ujian Allah.

Ads

“Saya Nak Mencelah Untuk Jernihkan Spekulasi,” – Rebecca Ada Pinjam Wang RM1.5 Juta? Bonda Rozita Lerai Kekeliruan

“Semua manusia tak lepas dari ujian Allah. Ujian itu kehidupan dan kehidupan itu adalah ujian. Tidak ada orang yang boleh terlepas daripada ujian Allah tapi bagaimana kita mengekalkan ketakwaan kepada Allah.

“Tidak ada keluarga yang dapat lari dari masalah. Semoga Allah redhai, beri kita hikmah dan belajar untuk meneruskan kehidupan yang lebih berkat.

“Yg ikhlas itu amat berat , yg panas huru hara itu adalah nafsu,” kongsinya lagi.

Ads

Sebelum ini, Rebecca menafikan kaitan dirinya dengan isu membabitkan RM1.5 juta seperti yang didakwa.

Rebecca turut menyifatkan tuduhan tersebut sebagai agak keterlaluan dan meminta kakak iparnya itu untuk membersihkan nama demi maruah keluarganya.

Sebelum ini, Rebecca tampil mempertahankan dirinya selepas didakwa cuba ‘menumpang glamor’ perkahwinan abangnya dengan Rozita dengan memuat naik pelbagai gambar dan video bersama pasangan tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Bonda Rozita

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI