“Saya Nak Menetap Di Kampung Dan Buat Amal Ibadah,” – Cari Pengganti ‘Raja Gelek’, M Daud Kilau Kongsi Perkembangan Terkininya Pada Usia 83 Tahun

Share

Penghibur, Datuk M Daud Kilau mencari pengganti kepada sesiapa yang berminat dan berkebolehan bagi menggantikan tempatnya sebagai Raja Gelek.

Penghibur berusia 83 tahun itu turut menawarkan koleksi baju yang pernah digunakan ketika membuat persembahan secara percuma.

Bagaimanapun, mereka yang berminat perlu tahu untuk ‘bergelek’, bagi menggantikan tempatnya sebagai penghibur.

“Saya nak cari pengganti. Jika sesiapa nak gantikan tempat saya sebagai Raja Gelek, ambillah pakaian persembahan pentas yang saya simpan ini secara percuma.

“Ada 99 helai, saya nak bagi terus tetapi perlu ikut penampilan dan gaya saya iaitu mesti tahu bergelek semasa menyanyi.

“Kalau nak jadi pengganti saya, silalah datang jumpa datang saya tapi mestilah peminat Daud Kilau, minat lagu-lagu saya. Nak bergelek saya boleh ajarkan,” katanya menerusi laporan Utusan Malasia.

Ditemui di kediamannya di Sungai Balai Baru, beliau yang terkenal dengan lagu ‘Cek Mek Molek’ dan ‘Gila Judi’ menjelaskan, dirinya cukup sayang akan koleksi bajunya itu.

Malah, pernah menolak tawaran pihak yang mahu sewa kerana tidak mahu memberikannya kepada sembarangan orang.

“Daripada baju ini terbiar dalam simpanan saya, lebih baik saya tawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menggantikan tempat saya sebagai Raja Gelek,” katanya lagi.

Bercakap mengenai keadaan kesihatannya pula, Daud Kilau menjelaskan, beliau kini semakin sihat dan sudah boleh berjalan, menunaikan solat serta makan seperti biasa namun tetap dengan keputusan untuk meninggalkan terus dunia nyanyian.

“Saya tak akan naik pentas lagi, tak akan buat persembahan walaupun jika ada tawaran. Saya nak menetap di kampung dan buat amal ibadah,” katanya.

Sebelum ini, kesihatan penyanyi veteran itu merosot sejak beberapa tahun lalu kerana menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil menyebabkannya mengambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas.

Daud Kilau sebelum ini lebih banyak berbaring di rumahnya di sini dan pada 12 November lalu, beliau dikejarkan ke Hospital Teluk Intan akibat sesak nafas.

Sumber, Foto : Utusan Malaysia

Published by
MH