Pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein tetap dengan pendirian untuk tidak berkongsi wajah anak-anak di platform media sosial seperti mana yang dilakukan kebanyakkan ibu bapa lain.
Bagaimanapun, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi menjelaskan situasi seperti itu hanya berlaku di media sosial dan anak-anaknya itu bebas berjalan seperti orang biasa ketika di luar.
“Saya memang memilih untuk menyembunyikan foto anak-anak selagi termampu. Saya hanya sembunyikan dan meletakkan emoji di media sosial sahaja.
“Ketika di luar, kami seperti orang biasa juga. Tidak perlulah sampai mereka kena pakai topeng. Orang luar pun boleh melihat dan menegur anak-anak saya.
“Pada saya, jika kita tidak kongsikan wajah anak-anak di media sosial, ada banyak kebaikkannya,” katanya kepada MH.
Jelas pengacara program Kilauan Emas 2024 ini lagi, dia lebih selesa jika anak-anaknya itu kurang mendapat perhatian masyarat seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa yang lain.
“Walau bagaimanapun, segalanya terpulang kepada cara ibu bapa itu sendiri. Setiap orang ada cara dalam membesarkan anak-anak.
Ads
“Buat saya, biarlah anak-anak berada di belakang tabir. Saya mahu mereka membesar seperti anak-anak yang lain seperti mana zaman kita dahulu.
“Saya mahu mereka bebas keluar dan kurang mendapat perhatian masyarakat luar. Saya nak mereka rasa sebegitu.
“Bila sudah cukup dewasa nanti, terpulang kepada mereka untuk punyai platform media sosial sendiri,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai respon anak-anaknya mengenai perkara tersebut, Elly memaklumkan mereka sangat memahami.
Ads
“Anak-anak saya sangat okay. Saya bagitahu anak-anak, saya melayan mereka seperti seorang dewasa. Saya jelaskan juga apa kebaikkan dan keburukan media sosial.
“Mereka sangat memahami. Bila ada sesuatu hal berlaku di media sosial, saya tunjukkan kepada anak-anak dan mereka faham apa niat saya,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Bungaku Bakawali ini juga turut mengulas mengenai suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh yang sehingga kini tidak memiliki akaun media sosial.
“Suami saya memang tiada akaun media sosial. Malah, saya sangat suka dengan cara kehidupan orang-orang dahulu. Di mana, kita tidak suka kehidupan dihebah-hebahkan.
Ads
“Bila pertama kali berkenalan dengan suami, saya nak periksa juga akaun Instagram tapi dia bagitahu yang dia memang tiada akaun sosial media. Terus lulus.
“Suami saya juga bukan sejenis yang suka keluar tanpa urusan. Balik kerja, terus balik rumah,” akhirinya.
Sekadar informasi, Elly berkahwin dengan Azlan yang bertugas sebagai guru pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang anak, Haider Mateen.
Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.
Mereka juga dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas didakwa menipu dalam urusan pembelian rumah melibatkan pelakon, Fathia Latif, usahawan yang juga suami kepada penyanyi Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tampil mempertahankan dirinya, susulan dakwaan yang dibuat Fathia, pada Isnin.
Menurut Mahadi, dakwaan tersebut tidak benar dan dia juga tidak pernah terlibat di dalam industri perumahan.
“Saya Mahadi Badrul Zaman yang juga dikenali sebagai Mahadi BZ, suami kepada Heliza Helmi ingin menegaskan dengan tegas bahawa saya tak pernah terlibat dalam sebarang industri perumahan,” tulisnya.
Penjelasan itu dikongsikan Mahadi menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Pada masa sama, Mahadi turut memaklumkan dirinya dia juga tidak pernah berurusan dengan Fathia sebelum ini.
“Saya tidak mengenal secara langsung mahupun tidak langsung individu yang bernama Fathia Latif seperti yang disebutkan dalam kenyataan di halaman Mstar,” tegasnya lagi.
Sebelum ini, portal media melaporkan mengenai kenyataan yang dibuat Fathia ketika satu sesi siaran langsung di Instagram yang mendakwa Mahadi sebagai penipu dalam urusan pembelian rumah.
Dakwa Fathia, rumah tersebut masih belum disiapkan selepas lima tahun mereka berurusan meskipun harus membayar ansuran sebanyak RM2,000 sebulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit: Instagram Datuk Seri MahadiBZ
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Radin Era menzahirkan rasa syukur kerana kini telah membuka klinik kesihatannya sendiri.
Menurut Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, sekiranya arwah ibunya masih lagi ada, perkara itu sudah tentu dapat menggembirakan hatinya.
Katanya lagi, tujuannya membuka cawangan klinik tersebut adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat mereka yang memerlukan selain mahu melebarkan sayapnya ke dunia bisnes dan keusahawanan dengan lebih serius.
“Kalau arwah masih ada, mesti Mama akan happy. Alhamdulillah rezeki untuk saya bagi 2022 dimana diberikan peluang serta ruang oleh @kumpulan_megaklinik_zahran untuk membuka klinik sendiri bersama OYB Dr. Syaiful. MEGAKLINIK ZAHRAN Cawangan Bandar Bukit Raja.
“Satu langkah besar dan berani buat saya dengan pembukaan klinik ini demi membantu insan-insan yang memerlukan serta satu pengalaman yang berharga buat saya sebagai motivasi dalam menjadikan diri sebagai seorang usahawan,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyampai Era FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Radin turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah memberikannya dorongan dan tunjuk ajar.
“Jutaan terima kasih buat Dato @nafidzrazak Datin @kai_kaklong @muazmahmudm serta @kumpulan_megaklinik_zahran khususnya atas peluang dan didikan ini dalam membantu ekonomi negara.
“Mohon berikan bantu dan ilmu perniagaan kepada saya yang baru ingin bertapak dalam bidang korporat. Nanti jemput datang ke klinik saya, MEGAKLINIK ZAHRAN BANDAR BUKIT RAJA,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Radin akan terus sukses lagi selepas ini.
“Alhamdullillah gee. Syukur. Proud gee. Moga Allah perluaskan lagi rezeki buat mu.
“Congrats dinnn..tahniaaah. Moga terus berjaya bro.
“Tahniah brother, Mesti diorang bangga dengan awak.
“Mesti arwah mak awak bangga din. tahniah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Radin telah mula menceburkan diri di dalam dunia bisnes selepas membuka sebuah cawangan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kurier.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos, penerbit dan pelakon terkenal, Oprah Winfrey, baru-baru ini mengenang kembali salah satu trauma zaman kanak-kanaknya dalam podcast yang diterbitkannya.
Dalam episod tersebut, Oprah kelihatan sebak ketika mengimbas kembali kenangan lamanya, terutama sekali hubungannya yang agak renggang dengan ibunya, Vernita Lee, yang sudah meninggal dunia pada tahun 2018.
Dalam episod tersebut dia turut disertai oleh pakar psikiatri Amerika, Dr. Bruce Perry, yang juga merupakan felo kanan di Child Trauma Academy di Houston.
Oprah berkongsi satu momen pahit yang mana dia sukar penyusun kata-kata positif mengenai ibunya semasa memberi penghormatan di gereja selepas pemergian wanita itu.
“Saya telah diminta untuk datang ke gereja dan memberikan pelbagai pujian mengenai ibu saya, tetapi saya tidak dapat memikirkan satu pun perkara baik,” ucap wanita berusia 71 tahun itu sambil menahan sebak.
Ketika ditanya mengenai sebarang kenangan indah bersama ibunya, bintang The Color Purple itu dengan nada yang agak menyedihkan berkata, “Dengan tidak menggugurkan saya, dia telah melakukan yang terbaik yang dia tahu.”
Dia juga turut mengulas lagi yang sepanjang membesar, dia akhirnya menerima hakikat tentang takdir yang sudah tertulis untuk dirinya.
“Apa yang dia tahu sebagai yang terbaik itu tidak cukup untuk memenuhi keperluan saya, tidak cukup untuk membuat saya berasa lengkap. Tidak cukup untuk membuat saya berasa dihargai, dilihat, atau penting baginya.
“Itu tidak mencukupi. Tetapi itulah yang terbaik yang dia mampu lakukan, dan saya akhirnya menerima hakikat bahawa ia tidak mungkin lebih baik daripada itu,” kongsinya lagi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.